Rabu, April 07, 2010

PPMPSMNJ 2010 - HARI AKHIR

Sesi bedah karya puisi para pelajar - Azhar Salleh.

Sesi bedah karya cerpen para pelajar - Mohd Kasim Mahmud.


Hari akhir buat peserta tahun 2010.

(Catatan dari Bandar Baru Uda - 7 April 2010 - 10.30 malam)

Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor (PPMPSMNJ) 2010 bermula pada 5 - 7 April 2010 di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya, Johor. Program anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) melibatkan seramai 47 pelajar dari seluruh daerah dalam negeri Johor iaitu melibatkan 10 daerah (4 pelajar setiap daerah - daerah Kulaijaya punyai lebihan peserta selaku daerah tuan rumah). Program ini bermula sejak tahun 2002 sehingga tahun ini telah berlangsung sebanyak 9 kali dengan komitmen serta izin penuh pihak JPNJ.

Hari akhir program bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari diadakan sesi 'Penilaian Karya Cerpen dan Puisi' yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Kasim Mahmud dan Cikgu Azhar Salleh dan sesi penutup iaitu penyampaian sijil. Sebelum sesi penutup diselitkan nyanyian lagu rakyat oleh Cikgu Rohaidah Yon selama 20 minit iaitu lagu 'Seloka Pak Kaduk', Seloka Pak Pandir' dan 'Endoi' (dalam kamus tercatat Endul). Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah dan guru pengiring daerah serta penyampaian sijil penyertaan kepada para pelajar disempurnakan oleh Tn, Hj. Kamaruddin, Ketua Unit Kokurikulum JPNJ.

Semua tugasan menghasilkan sebuah cerpen dan 3 puisi yang diamanahkan kepada setiap pelajar berjaya disiapkan. Seperti biasa dalam tempoh 1-2 minggu terdekat ini penceramah akan menilai karya cerpen dan puisi untuk dikemaskan dan disunting bagi dihantar ke majalah terbitan DBP khususnya majalah Dewan Siswa dan Tunas Cipta, dan diterbitkan juga dalam buletin Jendela Selatan DBPWS. Selain itu, karya pelajar ini juga akan dinilai dan dipilih untuk dimuatkan dalam antologi pelajar perkampungan negeri Johor dan Melaka seperti amalan lepas yang dilaksanakan oleh DBPWS iaitu sebuah antologi kaya puisi dan sebuah antologiu karya cerpen pelajar tahun 2003-2005, tahun 2006-2007, dan tahun 2008-2009.
Kehadiran guru pengiring dari setiap daerah juga membantu kelancaran hari pertama PPMPSMNJ 2010 ini antaranya melibatkan guru yang aktif menulis serta karya mereka sering mendapat tempat peringkat negeri dan kebangsaan iaitu Cikgu Rohaidah Yon (Batu Pahat), Cikgu Nazim Mohd Subari (Mersing), Cikgu Khuzaimah Hj. Siraj (Kota Tinggi) dan Cikgu Hamzah Hamdan (Kluang).
Sekalung besar penghargaan terima kasih buat Cikgu Azhar Salleh dan Cikgu Mohd Kasim Mahmud selaku penceramah utama, buat para guru pengiring dari 10 daerah yang banyak membantu melancarkan program, buat pihak JPNJ dan PPD Kulaijaya yang bersama-sama DBPWS dalam memilih tempat program serta keizinan mengadakan program walaupun awalnya ada sedikit kekangan, buat pihak Kem Bina Negara Gunung Pulai yang menyediakan tempat dan kemudahan selesa, dan buat urus setia DBPWS iaitu Mohd Rizal, Shahrur, Norsheilla dan Roz Idayu yang sedia dan setia membantu.

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Saya dan Cikgu Taufiq "terpaksa" memboikot PPSMNJ tahun ini. Birokrasi oh birokrasi. :-)

Tuan RAR,
YNWA!

Azhar Salleh berkata...

Salam TUAN RAR,
Dengan CEKAL dan SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI, diiringi oleh fahaman KITA PENG YU dan BAGAIKAN SAMURAI, saya tetap tegar di HIJAU BUMI TUHAN untuk terus memancang SAKINAH agar IMPIAN SEROJA di TITIAN PERJALANAN menghadirkan manfaatnya. Terima kasih, bro, atas segala kepercayaan yang diberikan walaupun lipan dan cicak raksasa menjadi sentuhan kenangan kali ini! Saya akan terus bersama-sama Unit Sastera selagi khidmat diperlukan!