Semakin hampir Konsert Double Trouble Search - Wings yang dijadualkan berlangsung di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2010 nanti. Semakin rancak juga radio rasmi untuk konsert ini iaitu Radio Sinar FM mengadakan promosi antaranya panggilan pendengar yang boleh menyebut kata laluan dan melagukan lagu Search - Wings.
Radio Sinar juga mengundang ahli kumpulan Search - Wings ke studio untuk temu bual. Petang tadi sekitar pukul 4.30 - 5.30 petang sempat mendengar temu bual yang melibatkan juruhebah bernama Nila Kurnia bersama Amy, Yazid, Eddie dan Black. Temu bual petang tadi agak kurang lancar pabila juruhebah semacam 'tidak berapa pandai' bertanya kepada ahli kumpulan Search - Wings ini.
Juruhebah ada bertanya kepada Amy begini bunyinya, "...antara kumpulan Bunkface, Hujan, Meet Uncle Husin, Azlan The Typewriter... kumpulan manakah yang boleh setanding dengan pencapaian Search kini...?". Amy tidak menyatakan kumuplan manakah yang boleh setanding tetapi Amy bijak menjawab dengan menyatakan bahawa kumpulan muzik rock dahulu begitu teliti dalam menghasilkan sesebuah album, bukannya hanya 2-3 lagu yang diminati, lagu-lagu dalam album harus sesuai dengan pelbagai situasi iaitu untuk semua peringkat termasuk lagu-lagu yang sesuai untuk konsert dimuatkan dalam sesebuah album... Makanya tersirat secara mendalam kata-kata Amy itu.
Hakikatnya setakat ini memang tiada kumpulan yang kononnya perjuangkan muzik 'indie' ini yang boleh setanding dengan Search serta kumpulan Wings dan lain-lain kumpulan rock era 1980-an. Maaf cakap..., kumpulan 'indie' ini hanya pertaruhkan glamor dan lagak semata-mata tanpa melonjak mutu muzik dan persembahan. Kumpulan 'indie' (kononnya cukup popular) lebih terarah kepada muzik dan lirik 'kosong tanpa jiwa' yang dihidangkan tanpa ada didikan pemikiran yang bernas dan jitu khususnya buat penggemar muzik era rock 1980-an; kumpulan sebegini tiada jiwa dalam lirik dan iramanya, mereka berhibur berhabis-habisan sahaja nampaknya...? berhibur kosong tanpa didikan moral yang jelas...?
Sepatutnya pabila temu bual dengan insan yang penuh pengalaman dalam muzik sejak 2-3 dekad perlulah seorang juruhebah yang juga mengetahui banyak tentang muzik era rock 1980-an seperti Rustam (Ketua Radio Sinar). Rustam semenjak menjawat ketua ada juga kadang-kadang menyiarkan lagu-lagu kumpulan Iron Maiden, Metallica (walau hanya diulang 2-3 lagu yang sama), Loudness, Black Sabbath dan kumpulan seangkatannya. Radio Sinar kerap juga menyiarkan lagu-lagu kategori 'retro rock' era 1980-an dan 1990-an yang kadang kalanya jarang diputarkan dalam siaran radio lain.
Dalam temu bual itu juga Amy dan Yazid ada menyebut bahawa tiket konsert pada 1 Mei 2010 telah terjual sebanyak 75%. Amy juga ada menjawab soalan juruhebah perempuan itu bahawa muzik rock seperti era 1980-an akan kembali diminati suatu hari nanti dalam 'putaran perkembangan muzik' di Malaysia ini kerana irama dan susunan muzik rock punyai ketelitian dan keistimewaan yang dijaga kualitinya.
2 ulasan:
Salam RAR,
Membezakan Search, Wings dgn band indie, samalah membezakan Kancil dgn BMW. Benak betul juruhebah tu. Band indie yg ada, biarlah depa dgn cara lagu tu, sebab gua (ikut konteks)percaya tak sampai album ketiga akan lingkup. Konsert DT akan singgah di JB, city of rock n roll! Doakan bro!
Cikgu Azhar @ Sifuku,
(Catatan pada 3 Mei 2010 - 11.20 pagi)
Dalam akhbar Berita Harian hari ini ada kenyataan bahawa DT akan berkunjung ke JB Jun ini.
Band 'indie' yang ada kini cuma sarat glamor sahaja tanpa mutu muzik dan persembahan istimewa... lebih bersifat melalaikan remaja...?
Catat Ulasan