Mendengar siaran Radio Sinar FM sekitar pukul 9 - 10 malam tadi (12 April 2010) ada sesuatu yang agak istimewa. Sekitar hampir satu jam satu segmen khas iaitu ada artis undangan, bukan artis 'murahan' atau artis 'glamor dan kacak' atau 'artis kumpulan indie glamor' yang diundang tetapi yang diundang ahli kumpulan Search dan Wings - tetamunya Eddie, Kid, dan Black.
Mereka bertiga diundang khas untuk segmen promosi Konsert Double Trouble yang bakal diadakan pada 1 Mei 2010 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Selama hampir satu jam secara berselang ada temu bual dan hanya lagu Search dan Wings sahaja diputarkan.
Khabarnya tiket konsert ini berharga RM70.00. Eddie sempat menyatakan bahawa pihak Search dan Wings juga ada impian ingin bergabung juga bersama kumpulan rock era 1980-an secara serentak dalam satu konsert seperti Lefthanded, Rusty Blade, dan May seumpama 'Battle of The Bands' dahulu. Tambah beliau lagi bahawa Konsert Double Trouble ini tidaklah ditaja oleh syarikat besar hanya komitmen tinggi tenaga belakang tabir Search dan Wings yang keras berusaha untuk adakan konsert pada 1 Mei nanti.
Kecewa juga pabila hanya Kuala Lumpur dipilih lokasi konsert ini... kenapa bandar raya Johor Bahru tidak tersenarai? Bukankah bandar raya Johor Bahru dan Singapura merupakan antara pemangkin utama dan unggul semarak rock era 1980-an dan awal 1990-an selain Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (negeri asal Sifuku Azhar)? Ini tidak adil buat rakyat Johor dan Singapura...! Perlukah penghuni bandar raya Johor Bahru terus dihidangkan dengan konsert kumpulan 'indie glamor' dan kumpulan dari Indonesia sahaja sepanjang tahun ini...?
Pihak pengurusan Search dan Wings harus 'turun padang' ke sini... bukankah 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'? Bimbang nanti 'undi dan sokongan' kepada Search dan Wings nanti beralih arah... Hehehe...
3 ulasan:
Jangan risau, aku dimaklumkan akan tiba masanya dibuat di JB (bergantung dengan sambutan konsert pertama di KL). Sasaran venue kedua penganjur sememangnya JB, tarikh pun sudah ada dalam perancangan.
Tuan RAR,
Tentunya engkau Gemuruh kala terdengar Seribu Satu Natijah yang berGema di Inderaloka.
Hahaha. Dah banyak lupa keindahan zaman-zaman muda rumaja dulu. :-)
p/s: Salam dari Hotel Selesa, Pasir Gudang.
Salam RAR,
Kalau saya tidak bekerja Sabtu dan Ahad, pasti kita akan ke sana! Tak apa, kita tunggu hadirnya DT di JB. Ini yang datang JB, Wali Band! Samdol sungguh! Kalau orang rumah bagi Cari Jodoh lagi, tak apalah jugak!
Catat Ulasan