Penuh minat awal pagi tadi menonton perlawanan kedua separuh akhir Champions League (CL) antara Barcelona menentang Inter Milan. Perlawanan pertama di San Siro, Milan, Itali minggu lepas dimenangi Inter Milan 3-1. Barcelona harus sekurang-kurangnya menewaskan Inter 2-0 untuk ke akhir pertahankan kejuaraan musim lalu (tewaskan mudah Man U).
Barcelona hanya menang 1-0 melalui jaringan minit ke-82 oleh Pique (pemain pertahanan), juga diri ini gembira sesaat pabila Borjan jaringkan gol pada minit ke-92 tapi dibatalkan kerana terlebih dahulu bola terkena tangan Keita. Inter layak dengan agregat 3-2. Inter akan bertemu Bayern Munich di Madrid, Sepanyol pada 22 Mei 2010 nanti. Bayern cemerlang tewaskan Lyon 3-0 semalam (agregat 4-0).
Habis perlawanan (90 minit + 4 minit) pemain Inter melonjak riang walaupun tewas 1-0. Gelagat Jose Mourinho (foto) seperti biasa dalam aksi 'terlampau', dapat dilihat hampir berlaku pertengkaran antara Mourinho dengan Valdes (penjaga gol Barcelona). Kegembiraan pemain Inter penuh maknanya juga kerana hanya bermain 10 pemain sahaja bermula minit ke-28 pabila Motta dilayangkan kad merah. Inter cekal dan teratur bertahan menyekat Messi dan Ibrahimovic, Borjan dan lain-lain ditambah kecekapan 'luar biasa' penjaga gol Inter, Julio Cesar.
Ramalan dalam entri bertarikh 19 Mac 2010 seperti maklumat di bawah hanya tepat 75% sahaja pabila Barcelona gagal ke perlawanan akhir.
Perlawanan suku akhir berlangsung pada 30-31 Mac dan 6-7 April nanti, manakala perlawanan separuh akhir pada 20-21 April dan 27-28 April. Perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Madrid, Sepanyol pada 22 Mei. Jangkaan perlawanan separuh akhir:
Lyon lawan Bayern Munich
Barcelona lawan Inter Milan.
Ramalan perlawanan akhir: Barcelona lawan Bayern Munich.
Walaupun ramalan tidak tepat 100% hati ini gembira juga pabila pasukan bergelar 'Red Devil' dari Manchester tidak layak ke separuh akhir. Pasukan baju merah ini tewas kepada Bayern pada peringkat suku akhir CL lagi, jika pasukan baju merah ini berjaya ke akhir bagaimanakah riaknya nanti?
Ramalan lagi: Bayern juara CL 2009/2010 di Madrid nanti.
3 ulasan:
saya rasa ramalan final (Inter v Bayer) saya tepat.
cuba tengok entri lama RAR ketika undian suku akhir diumumkan dulu.
:-)
Sdr Rusdi: Saya datang membaca, walau bukan peminat sepak bola yang tegar.
MARSLI N.O
Cikgu Zaid @ YNWA,
Benar seperti yang cikgu nukilkan itu, ramalan tepat cuma ramalan diri ini tersasar sikit; yang pasti Bayern harus menang untuk mengubat kecewa ini...
Sdra. Marsli,
Terima kasih atas kunjungan yang berterusan ke blog ini. Diri ini juga sering berkunjung dan membaca banyak entri terkini juga entri yang lama dalam blog Sdra.
Tidak salah kerana tidak menjadi peminat bola yang tegar; yang pasti tulisan Sdra. tetap tegar dan segar sentiasa...
Catat Ulasan