2. Terus terang dinyatakan bahawa terdapat beberapa kekangan peribadi (dibaca sebagai cabaran, hikmah dan rahmat-Nya) yang melanda diri ini (tetapi ini bukanlah boleh dijadikan alasan yang mewajarkan untuk kurang menggerakkan program!) sepanjang 6 bulan pertama tahun 2009 ini. Antara halnya termasuklah:
i. Cuti selama 31 hari (16 Januari - 15 Februari) kerana pembedahan mata.
ii. Terpaksa ‘kuarantin diri sendiri’ (tidak boleh berlama-lamaan keluar dari Johor Bahru: 4 Mac - 4 Mei) kerana isteri ditahan di hospital selama 2 bulan.
iii. Menerima cahaya mata baharu yang ketiga - isteri bersendirian berpantang hanya di rumah, bukannya bawa balik kampung.
3. Namun dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2009 ini sebanyak 15 program dalam skala kecil, sederhana dan besar berjaya dilaksanakan serta perbelanjaan mencecah hampir 45 - 50%. Seperti biasa program yang dilaksanakan WAJIB mendapat anjuran bersama atau dengan kerjasama pelbagai pihak. 10 daripada 15 program yang telah dilaksanakan termasuklah:
i. Dialog Penghayatan KOMSAS Daerah Segamat: 2 Februari di SMK Gemereh, Segamat.
(Anjuran bersama DBPWS, PPD Segamat dan SMK Gemereh)
ii. Pementasan Teater ‘Cincin Emas Belah Rotan’: 13-14 Februari di Panggung Seri, Taman Budaya Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
(Anjuran Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri dan IKSEP dengan kerjasama DBPWS)
iii. Malam Puisi ‘Di Bawah Langit Gaza’: 18 Februari di Dataran Sungai Melaka, Melaka. (Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama TV9, ISMMA, DBPWS, JKKNNM, PENA)
iv. Pementasan Teater Muzikal ‘Derita Gaza’: 27 Februari-1 Mac di Auditorium JOTIC, Johor Bahru, Johor.
(Anjuran Puteri UMNO Johor Bahru dan Persatuan Teater KESUMA-I dengan kerjasama DBPWS, MBJB dan JKKNNJ)
v. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Melaka 2009: 10-12 Mac di Air Keroh D’Village, Ayer Keroh, Melaka.
(Anjuran bersama DBPWS dan JPNM)
vi. Kursus Pengucapan dan Penilaian Sajak Negeri Johor: 2 April di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
(Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
vii. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor 2009: 14-16 April di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor.
(Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
viii. Bengkel Penulisan Kreatif Guru Daerah Kluang: 20 Mei di SK Kluang Barat, Kluang.
(Anjuran bersama DBPWS, PPJ dan PPD Kluang)
ix. Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009: 22 - 24 Mei di Puteri Resort, Melaka.
(Anjuran PENA dan Kerajaan Melaka dengan kerjasama DBP, ASWARA dan DBPWS)
x. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Kota Tinggi: 23 Mei di SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.
(Anjuran bersama DBPWS dan PPD Kota Tinggi)
4. Program-program yang terlaksana di atas tidak akan terjadi dan terlaksana dengan baik tanpa bantuan penuh pihak jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan penulis dan teater negeri Johor dan Melaka, tambahan pula komitmen penuh padu, unggul dan bersungguh-sungguh beberapa individu tertentu yang menjadi penceramah dan pembimbing dalam beberapa program di atas seperti Cikgu Azhar Salleh, Cikgu Hj. Mohd Rosli Bakir, Cikgu Amiruddin Ali, Cikgu Hj. A. Rani serta ramai lagi nama yang banyak membantu selama 6 bulan pertama ini (mereka ini juga amat banyak membantu penuh padu dan teguh selama ini untuk tahun-tahun sebelum ini). Juga sokongan dan bantuan penuh kakitangan di pejabat. SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH TERAMAT SANGAT!
5. Maka, apakah momentum yang agak perlahan ini akan berterusan untuk 6 bulan berikutnya? Hanya rahmat dan kuasa-Nya sahaja dipohonkan doa agar terus teguh untuk berkhidmat dalam mengembangkan sastera dan bahasa serta meningkatkan apresiasi sastera dan bahasa di negeri Johor dan Melaka ini. Makanya, antara perancangan program untuk 6 bulan berikutnya dalam tahun 2009 seperti berikut:
i. Bengkel Ekspresi Puisi Melaka.FM - Julai.
ii. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Muar - Julai.
iii. Wacana Seni Melaka 2009 - Julai.
iv. Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim ke-7 - Julai.
v. Kolokium Penulis Johor 2009 - Julai.
vi. Pengucapan Puisi Alam: Gunung Ledang - Julai-Ogos.
vii. Sayembara Deklamasi Puisi Patriotisme Sekolah Daerah Johor Bahru - Ogos.
viii. Kembara Puisi Kemerdekaan 2009 - Ogos.
ix. Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2009 - Ogos.
x. Gema Puisi Ramadan - Ogos-September.
xi. Pementasan Teater ‘Srikandi Tanah Jauhar’ - Oktober.
xii. Gema Puisi Patriotisme dan Majlis Pelancaran BBSN 2009 Negeri Melaka - Oktober.
xiii. Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ dan Drama 10 Minit ‘Dalang’ - Oktober.
xiv. Bicara Karya Sastera Negeri Melaka 2009 - November.
xv. Penerbitan Buku Antologi Puisi dan Cerpen Pelajar Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor dan Melaka 2008-2009 - November-Disember.
6. Apakah program 6 bulan berikutnya ini terlaksana dengan jayanya? Pertamanya dipohon rahmat dan kekuatan daripada-Nya, keduanya bantuan dan sokongan padu anda sekalian. Jika anda ada sebarang cadangan dan idea yang berpatutan (berpatutan dengan upaya tenaga dan perbelanjaan), silalah nyatakan pandangan dan pendapat anda. Idea anda semua amat dihargai dan dimuliakan. TERIMA KASIH.