Selasa, Januari 12, 2010

BICARA KARYA SASTERA MELAKA 2010

Novel 'Meranduk Ranjau' - Mohd. Kasim Mahmud.

Novel 'Haruskah Aku Berlari' - Hanita Hassan.

Mengikut perancangan terkini program Bicara Karya Sastera Melaka akan diadakan seperti maklumat di bawah:

BICARA KARYA SASTERA NEGERI MELAKA

Anjuran
DBP Wilayah Selatan
dan Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP
dengan kerjasama
Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Perempuan Melayu Melaka

22 Januari 2010 (Jumaat) , 9 pagi - 11.30 pagi,
di Dewan Tun Fatimah,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun, Melaka.

Program yang bakal diadakan akan membicarakan tiga karya iaitu:
i. 'Meranduk Ranjau' - novel karya Mohd. Kasim Mahmud, dibicarakan oleh Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP.
ii. 'Haruskah Aku Berlari' - novel karya Hanita Hassan, dibicarakan oleh En. Mohamad Hj. Musip, Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka / Munsyi Dewan DBP.
iii. 'Simbiosis' - kumpulan puisi Borhan Md. Zain, dibicarakan oleh Hj. Shamsudin Othman, Pensyarah UPM.

Menariknya, tiga pengkarya ini merupakan anak jati kelahiran Melaka walaupun Cikgu Mohd. Kasim Mahmud sudah lama bermastautin di Kota Tinggi, Johor namun beliau merupakan anak jati kelahiran Merlimau, Melaka.
Novel 'Meranduk Ranjau' bersesuaian dibicarakan di sebuah pusat pengajian iaitu IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang kesemua pelajarnya (guru pelatih) wanita kerana novel ini berkisar soal perjuangan serikandi dalam sejarah pada abad ke-15. Novel 'Haruskah Aku Berlari' juga berkisar soal gadis yang terperangkap dalam pilihan cintanya.
Sekadar tambahan maklumat, buku novel 'Meranduk Ranjau' (terbitan 2009) dan 'Haruskah Aku Berlari' (terbitan 2008) diusahakan penerbitannya oleh DBPWS melalui Pn. Azura Mohd Halid.
SEMUA DIJEMPUT HADIR - buat masyarakat Melaka khususnya yang berminat silalah hadir dalam program ilmu yang mengungkap dan mengangkat karya sastera. Program ini juga diadakan bersempena sambutan Jubli Intan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan majlis Anugerah Sastera Negeri Melaka.

6 ulasan:

Hanita Hassan berkata...

Salam En Rusdi,
Jarang-jarang novel saya dipromosi sebegini besar. Terima kasih. Mungkin ini satu permulaan yang sihat untuk saya. Amin.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Terima kasih atas titipan 2 buah antologi yang saudara selenggarakan dan sijil BBK. Saya akan menyimpannya sebagai suatu khazanah yang tidak ternilai. Terima kasih... terima kasih... terima kasih!

Farmilla Hamdi berkata...

Salam ziarah;

Mohon bantuan teman-teman mewar-warkan kepada teman2 lain,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

KALAM dengan kerjasama pelbagai NGO lain akan mengadakan "HARI PEJUANG BAHASA" pada 15 Februari 2010 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Insya Allah majlisnya akan dilancarkan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka,

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi sdr Ikram 012-2908429 atau sdr taib 017 2760100

TAKBIR!

Korakora berkata...

jumpa di sana, insya-Allah

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pn. Hanita,
Seadanya mampu untuk adakan promosi yang biasa-biasa sahaja cuma... Semoga terus aktif kembali berkarya.

Cikgu Nizar,
Sama-sama. Buku itu juga seadanya mampu dalam serba kekurangan diterbitkan demi kemajuan karya peringkat pelajar Johor dan Melaka melalui hasil diadakan program Perkampungan sebegini.

Sdra. Jaafar,
Makluman ini telah dimasukkan ke dalam entri blog kecil ini.

Sdra. Nazmi,
Kawe harap demo dapat datang untuk dua acara pada pagi dan malam 22 Januari 2010 itu ya...

Tanpa Nama berkata...

Sdr Rusdi,

Saya tinggal menunggu hari untuk bercakap tentang novel Haruskah Aku Berlari. Novel ini berpusat pada watak Sofea Delaila yang mendepani dilema untuk memilih lelaki pendamping hidupnya. Segala persiapan di IPGKPM, insya-Allah sedang giat dilakukan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengulas karya seseorang yang saya kenali dan biasa pula bekerjasama dalam urusan bawah Kerajaan Melaka.