Selasa, Januari 05, 2010

KEHILANGAN JALUR LEBAR DAN HARGANYA...

Foto Hiasan: Sahabatku AS masih 'mencari' jalur lebar yang sesuai...

1. Seorang insan yang diri ini kagumi dan hormati iaitu AS - bukan nama penuh (antaranya kerana kehebatan dan kepakarannya dalam bidang bahasa dan puisi) telah kehilangan jalur lebar berjenama C sejak beberapa hari yang lalu. Diri ini mencadangkan agar beliau 'potong' sahaja jalur lebar berjenama C itu.

2. Atas kehilangan jalur lebar AS itu, diri ini tidak dapat menikmati tulisan dan ceritanya melalui blog popularnya itu. Khabarnya AS belum sempat untuk memiliki jalur lebar baharu - bukan kerana beliau tidak mampu membelinya tetapi beliau masih belum mampu untuk ke kedai syarikat jalur lebar kerana urusan sekolah dan persekolahan yang telah bermula sejak semalam.

3. Kebetulan kehilangan jalur lebarnya itu, seorang menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi pula menyatakan bahawa kadar jalur lebar akan dikaji agar berpatutan harganya. Memetik tajuk akhbar perdana hari ini 'Kadar jalur lebar lebih murah?'

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.
"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.
"Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yang digunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Ini untuk memastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri, di sini, hari ini.

4 . Sememangnya sungguh tidak diketahui sebelum ini bahawa kadar perkhidmatan jalur lebar di Malaysia mahal rupanya, nasib baik menteri itu menyatakan kebenaran bahawa harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia mahal! Namun begitu berkemungkinan juga jika harga perkhidmatan jalur lebar ini bakal murah di Malaysia suatu hari nanti - apakah banyak laman web pula yang akan disekat...?

7 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
AS tu macam saya kenal saja...pastinya bukan Amerika Syarikat. Potong....potong...potong! Potong harga sepatutnya, bukan potong talian. Sehingga hari ini saya masih menggunakan talian dengan wayar lagi....

Zaid Akhtar berkata...

Kat Malaysia ni segalanya mahal.
Segalanya memang untuk rakyat yang didahulukan.
ASTRO lagi satu lintah malun. Khabarnya kadarnya kedua tertinggi di Asia-Pasifik

Unknown berkata...

Salam Rusdi. Sama-sama kita menunggu jawapan daripada pertanyaan anda yang terakhir itu, "apakah banyak laman web pula yang akan disekat...?"

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Nampaknya AS mengalami kehilangan jalur lebarnya buat kali kedua, selepas kali pertama, cermin keretanya dipecahkan dan jalur lebarnya turut dilesapkan. Nampaknya, kes berulang. Jalur lebar kali kedua lesap dikebas orang di sekolah ketika sekolah belum dibuka! Entahlah, siapa punya angkara! Saya maafkan 'pengebas' itu kerana itu rezekinya. Semalam, saya telah ke kedai Celcom dan membeli modem yg baru. Benar RAR, khidmat jalur lebar di negara ini masih mahal dan sepatutnya tidak berlaku.

Azura berkata...

Sdr. RAR,
Kalau bukan rezeki kita...tetap bukan rezeki. Kalau sudah dicatatkan itu rezeki kita...di gunung tertinggi pun...tetap rezeki kita. Arwah nenek saya pernah cakap...org yang selalu hilang barang ni...orang-orang kaya saja...(?)Mungkin benar kata2nya...

terokai seni berkata...

assalamualaikum sahabat lama.

dah lama tak menyinggah sini.

isu yang dinantikan. bagus juga entri ni, selama ni asal naik harga selalu banding dengan negara jiran.. rupanya yang mahal kat sini tak pulak dibandingkan dengan orang lain...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Tidak kira jalur lebar tanpa wayar atau menggunakan wajar, yang pasti kepantasan menerima talian itulah yang penting...
Potong harga selayaknya tetapi jangan potong @ sekat laman web yang tertentu...

Cikgu Zaid,
Walaupun kadar ASTRO kedua tertinggi di Asia Pasifik tapi apakan daya kena langgan juga kerana ada EPL - CL - La Liga apatah lagi nanti ada Piala Dunia...!

Cikgu Azhar (AS @ Sifuku),
2 kali 'kehilangan' jalur lebar tidak mematahkan semangat cikgu untuk melanggan, diri ini amat yakin dengan upaya dan kemampuan cikgu. Ada bagusnya juga cikgu kekalkan guna jenama C kerana kita boleh berkongsi (silang rujuk dan bertanya) masalah dan kelebihan jenama C ini.
Semoga kali ini jalur lebar cikgu tidak kehilangan lagi...

Azura @ Pn. Maria,
Benarkah kata-kata "org yang selalu hilang barang ni...orang-orang kaya saja...(?)", jika ya... mahu rasanya selalu hilangkan barang tapi barang apa yang hendak dihilangkan kerana tiada barang berharga pun yang sesuai dihilangkan dalam diri ini, semuanya tahap biasa dan sederhana cuma... Hehehe...

Sdra. Amir Md. Wal,
Terima kasih kerana terus berkunjung dan membaca blog ini.
Memang negara kita selalu bandingkan barangan kita murah dengan negara lain tapi gaji manusia pekerjanya di negara lain itu 3-4 kali ganda besar berbanding kita serta bermutu sesuatu barangan dan perkhidmatan...