Ahad, Januari 10, 2010

SANTAI: SISI LAIN JUARA LAGU KE-24...

Kulit album 'Battle of The Band' tetap diingati ketika kemunculan awal era rock 'otai' pada tahun sekitar 1980-an. Kulit album tercatat 'Hapuskan Cetak Rompak'.

LIRIK DAN TAJUK LAGU
- Ada lirik lagu dalam Juara Lagu (JL) ke-24 ini yang mudah, frasa seperti ‘aku cinta kamu, kamu cinta aku…’. Mungkin mutu lirik tidak diutamakan tetapi nada muzik dan glamor seseorang artis atau kumpulan muzik itu yang diutamakan, ya… kini semuanya ‘wajib’ komersil berbanding mutu.
- Tajuk lagu juga bercampur-campur, ada tajuk seperti ‘Becinta’, ‘Aku Rindu Sayang Kamu’, ‘Pakai Buang’, ‘Aku Skandal’, ‘Situasi’, 'Pergi', 'Cinta Adam dan Hawa'. Adakah kata ‘Becinta’ dalam Kamus Dewan?, ya… difahamkan bahawa ‘Becinta’ ini menggabungkan perkataan ‘benci’ dan ‘cinta’?
- Lirik lagu 'Cinta Adam dan Hawa' tulisan Arwah Loloq tetap menarik dan pemilihan kata yang baik dalam rangkap yang bermutu.

EKSPLOITASI PELAJAR SEKOLAH
- Satu perkembangan yang ‘hebat’ pabila dalam lagu yang disampaikan oleh Aizat iaitu ‘Kau Aku’ menggunakan pelajar sekolah rendah dengan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap menari dan ikut serta buat persembahan.
- Inilah unsur eksploitasi yang nyata ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia; pelajar sekolah rendah ini mungkin mendapat izin Kementerian Pelajaran Malaysia? ya… sesuatu pembaharuan dalam membina masyarakat Malaysia yang ‘hebat’ suatu masa nanti!

PERSEMBAHAN SEARCH
- Search membuat persembahan dalam selingan persembahan kumpulan era 1960-an hingga kini. Search mewakili kumpulan muzik era 1980-an, ya… era rock ‘otai’.
- Lagu ‘Pawana’ dan ‘Fantasia Bulan Madu’ - gaya Search memakai kostum (baju dan seluar ketat) dan rambut palsu yang menggambarkan era rock kapak @ rock ‘otai’ 1980-an.
- Gaya dan suara Amy Search usah diperkatakan lagi… kumpulan Search sendiri jangan ditandingi lagi, ini legenda besar muzik Malaysia yang tidak akan terpadam.

6 ulasan:

pakcu berkata...

ye.setuju. perkataan / lirik dah macam hampas. dah tak berseni. jauh sgt nak dibanding dgn lagu AJL zaman dulu. Ada kelas. Ada seni. Puitis.
Lirik lagu sekarang dah tak penting itu semua, asal sedap dengar, sudah ! Ku rasa budak darjah 4 pun boleh tulis lirik utk mereka. Pakai buang ? hahah...

p/s : aizat menang coz dia pandai psiko juri. guna konsep 1 malaysia. ada suara tamil, gesekan biola cina. lagu x sedap pun ! haha. mcm ni punya lagu pun boleh menang aduss...( abis tu ? siapa yg layak ? ) :)

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Saya sekadar mengikuti AJL suku masa sahaja. Entah, hati ini kurang teruja untuk menyaksikan AJL tidak seperti beberapa tahun yang lalu (ketika era rock menguasai pentas muzik tempatan). Hanya kedengaran jerit pekik yang melampau-lampau daripada penonton. Saya pun terpinga-pinga apabila lagu yang dinyanyikan oleh Aizat menang. Ikhlas cakap, saya tidak pernah dengar lagu itu pun!!! Apa pun, menghayati sepenuhnya persembahan SEARCH... Otai juga yang menjadi pilihan.

Unknown berkata...

Salam RAR. Saya tidak menonton, tetapi hanya menjeling, walaupun berada di depan TV. Sibuk menyiapkan entri "phishing" untuk blog. Berhenti sekejap mendengar lagu "situasi" nyanyian Bunkface. Saya minat dengan melodinya dan tak berapa ambil pusing tentang lirik. Ketika hendak melelapkan mata pada malam itu sempat saya bertanya isteri "awak perasaan tak hampir 100% yang hadir di stadium tadi orang Melayu. Ada yang sampai sana dari petang. Entah solat entah tidak". Isteri menyahut "hmmm....". Harap-harap kegilaan saya tidak sampai begitu. Lebih-lebih sudah tua begini. Sehari sebelum itu, saya ditawarkan tiket masuk percuma. Respons daya pantas, beri kepada budak-budaklah beb!.

Zaid Akhtar berkata...

Hampeh semuanya.

AJL terbaik bagi saya adalah AJL 1994. Ada lagu Anak-anak Kita, Bonda dan Tanya Sama Itu Hud-hud.

Sifu M. Nasir sapu bersih!

Farmilla Hamdi berkata...

Banyak benar kata saudara Rusdi. Pelbagai cara manipulasi suasana sedang dan giat berlaku. Kini kita semua benar2 dicabar fenomena "pascakrisis identiti"

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Eksploitasi dalam lagu tentang konsep 1 Malaysia pun boleh dikesan rupanya, inikah 'Juara Rakyat'?
Cuba bayangkan jika lagu-lagu popular Indonesia yang menguasai radio Malaysia dibenarkan bertanding, bagaimana agaknya ya?

Cikgu Nizar,
Mungkinkah lagu 'Kau Aku' nanti bakal dijadikan lagu ketika perhimpunan di sekolah, katanya lagu ini ada unsur motivasi...?
Ya... memang diri ini juga suka Juara Lagu era muzik rock ketika tahun 1988 - 1990 dahulu...

Tuan Samsudin,
Terbayang juga jika ketika itu stadium itu di......... bagaimanakah keadaannya ya?
Lirik harus juga diutamakan kerana lirik menyampaikan mesej. Diri ini tidak berapa gemar kumpulan yang dilabelkan 'indie' sebegini seperti Bunkface lah..., Hujan lah..., MUH lah..., macam-macam lah..., kumpulan sebegini berlebih-lebihan (lewah) glamornya.

Cikgu Zaid,
AJL tahun itu juga mementingkan lirik, kalau tak silap ada beberapa tahun kategori lirik diberikan hadiah...

Sdra. Jaafar,
Memang pelbagai eksploitasi terhadap pelajar sekolah dalam dunia hiburan kini, jika mahu mengajak pelajar sekolah sertai program bahasa / sastera... jawapannya liat sekali kerana kata-kata "PELAJAR KINI BANYAK AMBIL SUBJEK SAINS...!", maka tidak sesuai untuk sertai program bahasa / sastera...?