Rabu, Januari 06, 2010

SANTAI: METALLICA DAN 'TINNITUS'


Suatu ketika dahulu pernah miliki 2 album ini dalam bentuk pita kaset...
Petikan akhbar Utusan Malaysia - 6 Januari 2010 (Ruangan Luar Negara)
Pemain dram Metallica hidap penyakit 'Tinnitus'
NEW YORK 5 Jan. - Bunyi riuh di dalam sebuah dewan konsert sangat bingit dan gamat. Penonton-penonton melaungkan 'Metallica... Metallica'. Lars Ulrich memegang kayu pemukul dram tinggi di atas kepalanya. Hanya dalam masa beberapa saat, suasana yang awalnya gamat berubah sepi. Ulrich memulakan permainan dram bertenaga dan 'ditelan' bunyi yang sangat menggegarkan iaitu raungan gitar, dentuman gitar bass dan paluan rancak dramnya.
"Saya telah bermain muzik rock yang bingit selama kira-kira 35 tahun. Saya bermain muzik tanpa sebarang perlindungan,'' kata Ulrich, 46, pemain dram kumpulan muzik heavy metal Metallica.
Pada awal kerjayanya, tanpa sebarang perlindungan yang dipakai di telinga, bunyi bising daripada muzik terus terngiang-ngiang di telinganya biarpun Ulrich berada di luar pentas.
"Ia sentiasa bermain di telinga saya. Ia seperti tidak mahu pergi dan tidak pernah berhenti,'' katanya kepada CNN.
Bagaimanapun ia bukanlah bunyian yang didengar daripada bunyi sebenar. Ia adalah satu keadaan yang dipanggil 'tinnitus', satu persepsi yang menyebabkan seseorang mendengar bunyi walaupun ia sebenarnya tiada.
"Ia adalah satu rasa khayalan bunyi seperti ilusi kesakitan apabila tangan dipotong dan anda rasa kesakitan pada tangan yang telah hilang.
"Ia akan berlaku apabila anda menghidap 'tinnitus','' kata Richard Salvi, seorang pakar 'tinnitus' terkemuka dari Pusat Pendengaran dan Kesihatan di Universiti Buffalo, New York.
'Tinnitus' boleh berlaku berterusan atau sekejap-sekejap. Ia sering disifatkan sebagai bunyian nyaring di telinga, namun kadang kala boleh berbunyi seperti dengung, siulan atau bunyi klik.
Menurut Persatuan Tinnitus Amerika, lebih 50 juta orang di Amerika Syarikat (AS), mengalami beberapa darjah 'tinnitus'. Bagi 12 juta pesakit yang menghidapnya, hidung mereka hilang fungsi menghidu.
Ulrich berkata, masalah pendengarannya menjadi lebih teruk semasa siri jelajah konsert 1988 dan anehnya, ia berlaku semasa dia tidur.
''Saya biasanya akan tertidur dengan televisyen masih menyala. Saya akan terjaga di tengah malam untuk menutupnya. Tetapi ia sebenarnya tidak bernyala pun.
''Bila saya sedar saya kerap mengalaminya iaitu menutup televisyen yang tidak bernyala, saya sedar yang saya mungkin ada isu kesihatan,'' katanya. - Agensi
___________________________________________________________

Catatan:
- Misteri juga penyakit ini, boleh membawa dalam tidur rupanya...
- Mungkin bukan hanya mendengar muzik yang kuat dan bingit sahaja boleh menyebabkan penyakit ini timbul tetapi jika kerap juga mendengar deklamasi puisi yang kuat boleh membuatkan seseorang terkena sindrom ini...? Ya.. contohnya jika sering mendengar deklamasi puisi yang dimulakan dengan 'ngauman harimau'!
- Penyakit 'Tinnitus' ini rasanya juga boleh berlaku kepada pendengar muzik yang memasang kuat suara (volume) CD atau kaset secara kerap...? Namun pendengar dan peminat utama 'muzik dan irama keras' pasti bijaksana mengawalnya... tidaklah sampai 'hidung hilang fungsi menghidu'.

2 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Daripada berita ini, jelaslah bahawa muzik Barat jauh ke hadapan berbanding dgn artis Malaysia (kecuali Suffercation!)hingga mendapat penyakit ini. Tapi, satu maklumat/fakta yg tidak terpapar ialah Lars Ulrich pernah dinobatkan sebagai drummer terbaik dunia oleh majalah Kerrang! Gua sangat bersetuju krn Metallica merupakan legenda yg tidak akan terpadam seperti Jimi Hendrix. Metallica, band metal terbaik dunia. Kalau ada yg menafikan, percayalah, dia tidak layak utk berbicara soal ini! And Justice For All...
p/s: Cikgu Amir baca ke blog ini, sebab ada ngauman harimau! Dia e-mel pun tak dak! He..he..

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Sememangnya ramai mengetahui (khususnya peminat rock pelbagai genre) bahawa Lars Ulrich itu pernah dinobatkan pemain dram terbaik dunia...!
KEWAJARAN UTAMA dalam dunia komunikasi dan maklumat kini bahawa paling tidak sekalipun perlu ada E-MEL... Hehehe...