%5B1%5D.jpg) Sudah lama impikan agar negeri Melaka juga mempunyai anugerah sastera yang mendapat pengiktirafan penuh Kerajaan Negeri Melaka seumpama Kerajaan Negeri Johor yang mengadakan Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT). Sekadar makluman, HSDT mula diwujudkan sejak tahun 1996, HSDT diadakan dua tahun sekali secara konsisten sehingga kini. Pihak DBP Wilayah Selatan (DBPWS) mula terlibat dalam HSDT (sebagai rakan / organisasi kerjasama) bermula pada tahun 2001 dan seterusnya untuk tahun 2003, 2005, 2007 dan 2009. HSDT ini diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama DBPWS, PPJ, MKNJ dan GAPENA.
Sudah lama impikan agar negeri Melaka juga mempunyai anugerah sastera yang mendapat pengiktirafan penuh Kerajaan Negeri Melaka seumpama Kerajaan Negeri Johor yang mengadakan Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT). Sekadar makluman, HSDT mula diwujudkan sejak tahun 1996, HSDT diadakan dua tahun sekali secara konsisten sehingga kini. Pihak DBP Wilayah Selatan (DBPWS) mula terlibat dalam HSDT (sebagai rakan / organisasi kerjasama) bermula pada tahun 2001 dan seterusnya untuk tahun 2003, 2005, 2007 dan 2009. HSDT ini diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama DBPWS, PPJ, MKNJ dan GAPENA. 
 Sesungguhnya dalam mengejar kemajuan dan kemakmuran ekonomi serta sosial buat masyarakat negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka akhirnya menumpukan juga terhadap kemajuan dan kelestarian dunia sastera dan persuratan khususnya untuk negeri Melaka. Setidak-tidaknya terdapat sebuah penganugerahan khas dalam hal karya serta kegiatan sastera dan persuratan yang mendapat pengiktirafan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia ini. Sesungguhnya ramai anak kelahiran Melaka dan pemastautin tetap di Melaka yang prolifik dalam penulisan dan persuratan sastera sama ada peringkat negeri dan peringkat kebangsaan sejak berdekad lamanya.
Umum juga mengetahui bahawa beberapa kerajaan negeri juga telah mewujudkan anugerah sastera sebegini sebelum ini, cuma ada negeri yang konsisten dan ada negeri yang sudah lama tidak melaksanakannya.
___________________________________________________________
Catatan kecil - sekadar maklumat tambahan: Melaka kini mempunyai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baharu iaitu MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ). MPHTJ ini diwujudkan dan dilancarkan secara rasmi pada minggu lepasa. PBT ini merupakan PBT keempat selain Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 ulasan:
Meskipun 4 kategori anugerah, ini adalah permulaan yang baik bagi melihat perkembangan sastera di negeri Hang Tuah itu.
Catat Ulasan