Kutipan akhbar Berita Harian Online - 7 Januari 2010
Guru Tahun Enam di Terengganu akan diberi e-Book
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengagihkan 800 unit e-Book kepada semua guru yang mengajar murid Tahun Enam di negeri ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata sebelum itu, guru berkenaan akan terlebih dahulu menjalani tiga siri kursus yang dikendalikan syarikat komputer Intel dengan kerjasama kerajaan negeri.
"Kita tidak mahu murid menggunakan komputer manakala guru masih menggunakan buku biasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kecemerlangan pelajar UPSR Terengganu 2009 di sini, hari ini.
________________________________________
Catatan:
- Ya... umpama LANGIT DAN BUMI (tajuk album Search - foto di atas) tahap pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, sebelum ini ada negeri (negeri yang sama) mampu memberikan komputer riba sebegini kepada murid sekolah rendah.
- Baru-baru ini ketika cuti sekolah diri ini sempat menziarahi kakak yang tinggal di Kemaman, Terengganu, anak saudara darjah 5 menunjukkan e-book yang diterimanya. Cantik, kecil dan ringan komputer itu yang mengandungi pelbagai perisian terkini dalam sistem komputer.
- Pabila diri ini tanya apakah tujuan sebenar kegunaannya? Maka kakak dan anak saudara memberitahu bahawa tidak perlu membawa terlalu banyak buku teks dan buku latihan! Sudut positifnya - memang menyenangkan pelajar.
- Diri ini terkejut pabila kakak menambah bahawa pelajar sekolah rendah bukanlah guna sangat e-book ini tetapi ketika cikgu mengajar di hadapan para pelajar main 'game'...! Pelajar ada 'kata laluan' (password) untuk e-book ini yang dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapa.
- Teringat satu laporan berita akhbar tahun lepas (jika tidak silap akhbar KOSMO) melaporkan bahawa terdapat pelajar sekolah rendah yang menerima e-book ini menyalahgunakannya dengan memasukkan perisian lucah...!
10 ulasan:
Salam RAR,
Mungkinkan ada unsur2 diskriminasi dalam soal e-book ini? Apakah istimewanya pelajar-pelajar di sana dan apa kurangnya pelajar-pelajar di negeri lain?
Salam RAR,
Analogi mudah; dadah dicipta untuk menjadi penawar dalam perubatan. Tetapi, salahkah dadah kalau disalahgunakan? Hotel jugak yang salah! (RAR jugak yang faham, he..he..)E-Book atau Buku Elektronik, suatu pendekatan yang proaktif dan perlu disokong, apatah lagi untuk kegunaan murid Melayu. PIBG di sekolah saya sedang berura-ura untuk memperkenalkan E-Book kepada ibu bapa, guru, dan murid-murid pada tahun ini. Secara peribadi, saya menyokong pembaharuan ini. Janganlah murid Melayu terus ketinggalan seperti 'langit dengan bumi'!
Alangkah baiknyaa kalau e-book 'disedekahkan' di sini (di pejabat saya ini...yg ala-ala pejabat maya...). Boleh jugak digunakan dengan lebih maksimum. Betul tak RAR?
Rusdi,
Saya setuju dengan Azhar yang menyatakan bahawa pelajar kita perlu didedahkan dengan e-book ini. Masalah salah guna , itu masalah lain. Samalah dengan tv. Saya ada pengalaman dengan seorang salah seorang cucu sedara saya yang bapa, ibu dan kedua atuknya tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi cucu sedara saya ini faseh berbahasa Inggeris kerana sering menonton tv siri katun dalam bahasa Inggeris.
bagai tikus jatuh ke dalam kepuk...
Salam RAR,
Teringat dahulu ramai yang kata penyediaan komputer riba dan projektor sesuatu pembaziran walhal, kedua-dua alat itu sangat membantu pengajaran dan pemelajaran guru. Saya masih kagum dengan guru Bahasa Melayu yang mengeluarkan ongkos sendiri membeli komputer riba untuk digunakan dalam p&p..., termasuklah diri ini yang hanya memilikki sebuah komputer riba Made in Taiwan sahaja....
Cikgu Nizar,
Saya bersetuju dengan amalan ke arah menggunakan buku elektronik (e-book) ini buat guru dan pelajar secara seimbang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah guna pelajar juga harus dikawal dengan satu kaedah yang boleh difikirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Cikgu Azhar,
Hakikatnya sesuatu yang baik demi kepentingan pendidikan harus disegerakan tindakannya. Pembaharuan ini harus disokong bukan hanya oleh guru dan sekolah tetapi pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan PIBG harus proaktif memperkenalkannya.
Diri ini tidak salahkan sesiapa tetapi TETAP SALAHKAN HOTEL...! Hehehe... (hanya kau dan aku serta seorang lagi insan lagi yang kini berada di KL yang faham...)
PN. MARIA,
LAYAK SELAYAKNYA TAHAP TERTINGGI DEMI BUAT INSAN-INSAN YANG BENAR-BENAR INGIN BEKERJA BUKANNYA BUAT ORANG-ORANG YANG SIBUK MERUNGUT 'KELETIHAN' SERTA SUKA BERKUMPUL DI ARAS SATU PEJABAT PN. MARIA ITU...
ARAS SATU PEJABAT PN. MARIA ITU BAKAL 'DISERANG' TAHAP MAKSIMUM NANTI...! Hehehe
Tn. Hj. Shapiai,
Hal yang baik harus disokong sepenuhnya demi kebaikan namun 'orang kita' harus diberikan tunjuk ajar dengan sebetulnya agar tidak menyalahgunakannya... ya seumpama pinjaman perniagaan yang istimewa buat 'orang kita', ada yang berjaya dengan hebat dan ada yang longlai di tengah jalan...
Tuan Mohamad Kholid,
Terima kasih atas kunjungan dan meluangkan masa ke blog saya ini. Jika yang bermanfaat itu datang atas kurnia maha besar Allah SWT, yang tiada manfaat itu datangnya dari kelemahan diri ini. Teruskan berkunjung ke sini jika ada masa.
Salam RAR. Saya pun nak menyelit menyokong pendapat Munsyi Azhar. Nanti mak bapak boleh guna sama melayan blog...he..he..
Tuna RAR,
Demikianlah perlumbaan kehidupan. Yang kaya lupa asal tradisi; yang miskin terus dihinaai. Tradisi ilmu berkembang dgn keikhlasan pengajaran guru; bukan e-book. Saya sdg memikirkan, apakah bentuk p&p anak cucu-cicit saya pada tahun 2020 nanti? Mungkin sek. pun sudah tidak diperlukan. Mrk akan belajar cara maya dgn bantuan IT.
Kesian anak-anak M'sia yang usia kecilnya telah diajar prinsip kapitalisme.
Guru kian terhukum oleh kedewaan. Anak murid kian dimuakan dgn sekularisime.
Tuan Samsudin (Babah),
Mak Bapak tidak harus mengambil kesempatan itu..., mak bapak sudah banyak 'kesempatan'... Hehehe...
Tuan Shamsudin,
Mungkinkah wujudnya sekolah kluster lah..., sekolah bestari lah..., akan menyebabkan konsep 'yang pandai bertambah pandai, yang tidak cerdik berkuranglah ilmunya...'?
Tidak mengapa tuan, inilah 'Juara Rakyat' yang dicanangkan itu...!
Catat Ulasan