Khamis, Januari 28, 2010

3 PROGRAM 3 HARI - KOTA TINGGI

Nasi Ayam Istimewa Kota Tinggi.


Setelah selesai 2 program di Melaka hari Jumaat yang lalu kini tumpuan untuk melaksanakan 3 program dalam 3 hari di Kota Tinggi, Johor pada 30 - 31 Januari dan 1 Februari 2010 seperti maklumat di bawah. Tiga program ini merupakan anjuran DBPWS dan PPJ dengan mendapat kerjasama penuh pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. JPMM DUN Johor Lama, Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Tenggara, Panitia Bahasa Melayu Daerah Kota Tinggi dan Majlis Belia Daerah.

1. MALAM PUISI CITRA KOTA TINGGI
Tarikh: 30 Januari 2010 (Sabtu).
Pukul: 8.30 malam - 10.30 malam.
Tempat: Laman Tun Seri Lanang, Pinggiran Sungai Kota Tinggi.
- Semua Dijemput Hadir -


2. SEMINAR PENGARANG DAN KEPENGARANGAN JOHOR
Tarikh: 31 Januari 2010 (Ahad).
Pukul: 8.00 pagi - 1.00 tengah hari.
Tempat: Dewan Sekolah Agama Bandar, Kota Tinggi.
- Semua Dijemput Hadir -


3. DIALOG SASTERAWAN KOMSAS DAERAH KOTA TINGGI
Tarikh: 1 Februari 2010 (Isnin).
Pukul: 2.00 petang - 5.00 petang.
Tempat: SMK Tun Habab, Kota Tinggi.
- Khas Guru dan Pelajar Daerah Kota Tinggi -

2 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Tahniah dan syabas kerana sentiasa 'prolifik' untuk memartabatkan kesusasteraan di Hujung Tanah! Insya-Allah, saya akan cuba untuk hadir pada Malam Puisi Citra Kota Tinggi kerana saya memandu Naza Citra! Mudah-mudahan, semua program berjaya dan mencapai tujuannya.

Melihat Kesunyataan berkata...

Tuan Rusdi,
Saya juga ingin hadir majlis tersebut kerana nak baca sebuah sajak berjudul, "CITRA Sebuah Kota'.