Rabu, Januari 06, 2010

TERBITNYA 'MAWAR: TAMAN EZZFLOWZ' DAN 'ASTAKA BAHASA'

Kulit depan buku antologi cerpen 'Mawar: Taman Ezzflowz'.

Kulit belakang (blurb) buku antologi cerpen 'Mawar: Taman Ezzflowz'.

Kulit depan buku antologi puisi 'Astaka Bahasa'.

Kulit belakang (blurb) buku antologi puisi 'Astaka Bahasa'.

Inilah tiga penggerak utama yang bersidang bagi sesi penilaian karya puisi dan cerpen pelajar untuk diterbitkan - hasilnya 'Mawar: Taman Ezzflowz' dan 'Astaka Bahasa'.
(Cikgu Azhar Salleh bersemangat menerangkan sesuatu kepada Cikgu A. Rani Embi manakala Cikgu Amirruddin Ali tekun menentukan 'kewajaran' karya yang dipilih.)

Baru sekejap tadi selesai menulis entri berjudul METALLICA DAN TINNITUS, maka datanglah individu syarikat percetakan buku menghantar sejumlah 2,000 buku iaitu 1,000 untuk buku 'Mawar: Taman Ezzflowz' dan 1,000 buku 'Astaka Bahasa'. AS (bukan nama penuh) merupakan orang luar DBPWS pertama yang diri ini khabarkan tentang penghantaran buku ini, tapi sayangnya diri ini tidak dapat berjumpa dengannya petang ini kerana ada tugasan tentang UQP 1041.
Syukur amat besar kepada-Nya terbit juga dua buah buku iaitu antologi cerpen dan puisi pelajar (karya yang dinilai dan terpilih) Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka 2008 - 2009. Walaupun dua buah ini tidaklah sehebat dan sesempurna penerbitan buku-buku antologi cerpen dan puisi yang lain namun proses awal sehingga terbitnya melalui proses seperti menerbitkan buku yang sebenarnya - ya... melalui proses pemilihan, penilaian, penyuntingan, menentukan spesifikasi buku, mendapatkan kod ISBN, menyemak dan mencetak. Terima kasih atas bantuan penuh komited rakan sepejabat iaitu Pn. Azura Mohd Halid (atau dikenali Pn. Maria - bukan nama sebenar) yang turut tekun menangani buku ini.
Dua buah buku ini berkonsepkan 'khidmat sosial', karya yang terpilih dalam buku ini dinilai rapi dan tekun oleh Cikgu Azhar Salleh, Cikgu A. Rani Embi dan Cikgu Amiruddin Ali. Sememangnya amalan diri ini sejak 2002 ingin terbitkan hasil karya pelajar yang mengikuti program perkampungan anjuran DBPWS dengan kerjasama JPNJ dan JPNM, ikutkan hati ingin setiap tahun terbitkan tapi apakan daya terpaksa buat cuma 2 tahun sekali kerana kekangan peruntukan dan perbelanjaan dalam konteks 'khidmat sosial' sebegini.
Sebelum ini sudah terbit antologi cerpen dan puisi pelajar perkampungan tahun 2006 - 2007 berjudul 'Pengorbanan' dan 'Jaring Harapan'. Memeranjatkan juga pabila 3 karya puisi dan 3 karya cerpen dalam buku itu meraih semua hadiah bagi kategori Karya Penulis Remaja Bawah 19 Tahun Hadiah Sastera Darul Takzim 2009 yang lalu. Begitulah juga harapan (jika bersesuaian mutunya dan layak untuk memasuki pertandingan dan penilaian) jika ada pertandingan lain di Johor dan Melaka mahupun peringkat kebangsaan pada tahun semasa penilaian karya diri ini akan menghantar penyertaan buat pelajar yang terkandung karyanya dalam 2 buku terbaharu ini.
Buat Cikgu Azhar Salleh yang banyak berkorban masa dan tenaga sama ada dalam program perkampungan serta penilaian untuk menerbitkan dua buah buku ini, diri ini ucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan yang besar; juga buat Cikgu A. Rani Embi dan Cikgu Amiruddin Ali atas komitmen jitu dalam hal pengurusan program perkampungan dan proses ke arah terbitnya buku ini.
Buat para pembaca entri ini, jika berminat untuk dapatkan dua buah buku ini bolehlah menghubungi saya dalam pelbagai bentuk komunikasi yang ada kini.

5 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Terima kasih atas bingkisan yang pelbagai itu! Tahniah dan syabas atas penerbitan antologi ini! Memang tahniah peringkat universiti! Saya juga berharap agar usaha RAR ini akan terus disemarakkan pada masa depan. Saya dan rakan-rakan yang lain akan terus menyokong dan membantu. Antologi ini membuktikan bhw dengan kerjasama dan komitmen, pasti dpt direalisasikan. Kerana 'ada kewajaran'! Rasanya, mutu penerbitan kali ini lebih baik drpd yang lepas. Kandungannya, saya akan berikan komen nanti kerana sdg 'giat tahap Setiausaha PIBG' utk menelaah Meranduk Ranjau. Sekali lagi, tahniah bro! Tidak lupa juga kpd Puan Azura@Maria yg banyak membantu tugas panel penilai.

azura berkata...

Salam RAR,
Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Terima kasih atas naskhah percuma. Terima kasih daun keladi.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Niat yang baik, mutu kerja yang baik, pasti akan mendapat hasil yang baik (jangan lupa akan kawan-kawan yang baik). Saya mendoakan tahun 2010 dan seterusnya kita menjadi orang yang baik-baik sahaja. Terima kasih sahabatku, yang baik. Bertambah koleksi khazanah berharga hamba.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
2 buku ini terhasil dalam beberapa kekangan, jika tanpa bantuan penuh tekun cikgu khususnya maka agak payah juga ingin terbitnya. Terbitnya buku antologi ini (termasuk buku antologi 2006-2007) pada asasnya bermula dengan 'cuma angan-angan kosong RAR' namun pemangkin kuatnya cikgu!
Sesuailah pilihan untuk menelaah MERANDUK RANJAU kerana bakal dibentangkan di sebuah IPG yang dikuasai wanita.

Pn. Maria @ Azura,
Masih ada naskhah untuk diberikan nanti buat penyelenggara bersama ini. Bukan setakat kepercayaan tetapi keyakinan tinggi buat Pn. Maria.

Cikgu Nizar,
Seadanya dan semampunya yang boleh diri ini buat dalam serba kekurangan serta masih dalam mengutip pelbagai ilmu dan pengalaman. Terima kasih atas sokongan besar cikgu.

Nisah Haji Haron berkata...

Salam.
Kiriman 4 judul buku itu saya terima kasih ini. Terima kasih sebagai tanda ingatan daripada pihak RAR dan juga DBPWS. Sayangnya, NS tidak dapat dimasukkan ke dalam DBPWS. Dilema yang tak sudah-sudah. NS ke selatan pun tidak ke tengah pun bukan. Namun, usaha tetap diteruskan.