Selasa, Januari 26, 2010

SANTAI: LOGO SBT DAN EPL...

20 Logo Kelab-kelab EPL 2009 - 2010.

20 Logo Sekolah-sekolah SBT.
LOGO SBT SEMACAM LOGO EPL
Melihat dan membaca akhbar Berita Harian seawal pagi tadi (26 Januari 2010), mata tertarik dengan paparan foto / grafik halaman hadapannya iaitu susunan 20 logo sekolah-sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Susunan logo sekolah-sekolah SBT semacam susunan logo buku rujukan anak tentang English Premier League (EPL) seperti terpapar foto di atas iaitu 20 kelab yang bersaing dalam EPL 2009/2010. Logo EPL dan SBT yang terpapar di atas juga seumpama hampir-hampir sama; ada semacam logo pasukan Stoke, Liverpool, Portsmouth, West Ham, Wolves, Man U dan Arsenal. Semacam kebetulan pula pabila dua foto di atas diletakkan sebegitu...
SBT - KLUSTER: SEMACAM SAMA FUNGSINYA...?
Dalam 20 buah sekolah yang terpilih sebagai SBT yang kali pertama ini, ada juga kena mengena sikit-sikit sahaja dengan diri ini pabila sekolah anak antara yang tersenarai. Tahun lepas sekolah ini sudah memperoleh tahap Kluster manakala tahun 2007 mendapat Anugerah Kecemerlangan Sekolah Peringkat Kebangsaan.
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran, SBT ini diberikan semacam autonomi antaranya (maklumat dikutip langsung dalam Berita Harian Online):
Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Istimewa serta banyak juga kelebihan SBT ini rupanya tetapi bukankah semacam hampir sama (rasa-rasanya) dengan Sekolah Kluster (mungkin diri ini kurang faham tentang konsep memajukan sekolah zaman kini...), namun satu keistimewaan SBT yang diri ini dapat terkesan paling awal pabila dinyatakan 'Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain'.

4 ulasan:

mohamad kholid berkata...

ingat masa dulu-dulu - kumpul lencana sekolah. sekarang x boleh lagi, lencana sekolah dah jenis kain tampal

Sham al-Johori berkata...

Tuan,
nasib baik ada logo SPURS. Kalau tidak, tentu saya tak nak kawan tuan lagi.
Hehehehe

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Agak-agaknya, Menteri Pelajaran yang akan datang akan mewujudkan sekolah apa pula?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Mohamad Kholid,
Terima kasih atas kunjungan.
Masih ada lencana besi kini tapi untuk promosi '1 Malaysia' sahaja dikhaskan.

Tuan Shamsudin,
Jika diperhatikan sepintas lalu logo sekolah di Malaysia ini masih 'terjajah' dengan gaya logo di England rasanya...
Logo SPURS tetap ada selagi menghuni EPL...

Cikgu Nizar,
Mungkin ada sekolah khas yang 'berprestasi tinggi' dalam kategori sastera - seni - budaya - bahasa suatu hari nanti, kita doakan...