Sabtu, April 03, 2010

MAIN 90 MINIT (MASA DITAMBAH 4 MINIT 11 SAAT)

Masa penuh (full time) 1-2.

Masa tambahan mencecah 4 minit 11 saat... dan tamat!

Foto yang dirakam pada masa tambahan 3 minit 11 saat: Seorang Pengurus mengharapkan agar masa ditambah sehingga minit ke-10..!
Walaupun menang di Old Trafford 2-1, pasukan biru tetap merendah diri.
Walaupun masa tambahan 4 minit 11 saat, pasukan biru tetap bersabar.
Walaupun gol pasukan merah dijaringkan menggunakan tangan, pasukan biru tetap mengizinkannya.
Entah berapa kali (mungkin sudah 15 kali) menonton filem 'Brave Heart'; semalam sekali lagi menontonnya secara penuh melalui saluran TV2, William Wallace (lakonan Mel Gibson) dengan muka berconteng warna biru tetap cekal dan tabah berjuang - itulah semangat juang menentang musuh yang lengkap pakaian tentera warna merah...!
Hujan malam ini cukup menggambarkan bahawa pasukan biru tenang sahaja walaupun kajian dan pendapat ramai iaitu 100% amat yakin pasukan merah menang. Dapat juga disaksikan bahawa seorang 'pemain unggul' pasukan merah hanya duduk jauh dalam ruang berkaca di stadium, khabarnya 'hampir hilang kaki' atau mungkin tidak dapat ke Afrika Selatan pada Jun ini, mungkin habis musim EPL dan Champions League penghujung Mei ini pemain itu tidak bermain langsung...!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Go Chelsea Go!
Mesti menang EPL!

p/s: Pandai betul Tuan RAR buat analogi ya.

Zaid Akhtar berkata...

MU memang selalu akan menang dengan cara keji dan pertolongan referee. Salah satunya (yang biasa) memberi penalti dan menambah masa kecederaan yang tak masuk akal (ingat lagi gol Macheda masa lawan Villa musim lepas).

Penyokong MU elok pakai jersi warna hitam - sama macam baju referee.
:-)

Apapun, Chelski kena minta ihsan Liverpool pada 1 Mei depan.

Md Nizar Parman berkata...

Tetap yakin MU akan mengungguli BPL musim ini - beza 1 atau 2 mata sahaja... :)

Ameen Homestay berkata...

tenang tenang sahaja :) ...dunia..dunia
kalau gol si drog clearly offside tiada siapa mahu membicarakan refree bias refree sokong MU..especially pool fans :)

but we acept it. lose is lose. no need try to rubish anybody.
1st half memang mcm haram.
2nd half baik sikit tp stil haram.

the rooster stil fighting.
dunia belumkiamat ( yg kiamat hanya utk looserfool, mengharap ehsan UEFA utk dpt masuk CL thn 2006, thn nih tidak lagi, percaya tak ? )

to be profesional. we acept it. not our day..
( dengar cerita pak alex nak berbaik dgn rafa hahahaa..u dont have any choice acept win the match kecualila memang x berminat masuk CL thn depan hehee )

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Tanpa Nama,
Terima kasih atas kunjungan dan titip komen.
Entah mengapa TV2 tayangkan filem 'Brave Heart' sehari sebelum perlawanan itu... muka William Wallace berconteng 'biru'.

Cikgu Zaid,
Ramai yang tidak sokong pasukan merah (walaupun bukan sokong pasukan biru) gembira pasukan itu tewas. Walau tewas pasukan merah itu dapat juga 'bonus besar' pengadil pabila Macheda guna tangan jaring gol...

Cikgu Nizar,
Ya... benar pemenangnya pasti jarak 1-2 mata sahaja tapi pasukan mana ya? Mungkinkah biru, merah atau meriam...

Pak Cu,
1. Ayam masih terus berlaga. Masih ada 5 perlawanan tapi Man U kena korbankan CL bertemu Bayern?
2. Menang kalah itu sudah biasa untuk 2 ayam biru dan merah tapi amat kecewa semalam pasukan meriam kontot menang gol minit ke-94... pasukan meriam ini kacau sungguh...
3. Biasalah penjaga garisan mata kelabu, tapi pengadil yang dekat dengan Macheda lagi mata rabun...
4. Sudah biasa dan banyak kali pasukan merah dapat 'bonus' pengadil sebelum ini, kali ini biarlah 'sedikit bonus cuma' untuk pasukan lain pula...

akureformasi berkata...

Salam,
Rasanya macheda pakai perut skor... Xnmpk pun pkai tangan.. Hurm...

Papepun gol Joe Cole tu memang smart..

5 match terakhir United : Blackburn, City, Spurs,Sunderland dan Stoke.

5 match terakhir Chelsea : Bolton, Spurs, Stoke, Liverpool, dan Wigan..

Peluang seimbang.. Si meriam kontot; outsiders yang agak sukar untuk dijangka.. Hanya tinggal Spurs, Wigan, City, Blackburn dan Fulham saja utk ditentang..