Ahad, Mac 21, 2010

SESAK LUAR BIASA DI PLAZA ANGSANA


























































Petang tadi (21 Mac 2010 - sekitar pukul 4-5 petang) sempat berkunjung ke Plaza Angsana (PA), Johor Bahru. Sering ke PA kerana dekat dengan rumah, hanya 2 kilometer sahaja. PA sebuah kompleks beli-belah yang sememangnya menjadi tumpuan ramai dan amat popular khususnya pada hari Jumaat sehingga Ahad setiap minggu.
Sejak semalam ada promosi tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di PA ini. Khabarnya jerayawara ABPBH ke Johor Bahru ini merupakan kali ketiga selepas di Kedah dan Terengganu. Jerayawara ABPBH diadakan untuk mempromosikan undian artis dalam pelbagai kategori 'popular' dalam akhbar Berita Harian serta menjelang majlis gemilangnya pada 4 April 2010 di Genting Highlands. ABPBH kiranya sudah menjangkau usia 21 tahun khabarnya.
PA pada petang tadi sungguh sesak pada tahap luar biasa, bermula di ruang letak kereta dan motosikal sehingga menyebabkan motosikal terpaksa diletakkan di ruang lain! Kereta memang susah untuk diletakkan. Masuk ke dalam PA bertambah mengejutkan terutama di ruang pentas utama - berlaga bahu dan berlaga tangan serta bermacam-macam berlaganya sesama manusia; manusia penuh sesak dan penuh ghairah untuk menyaksikan persembahan artis jemputan. Patutlah amat penuh sesak luar biasa!
Sempat juga menjenguk dari jauh (dari aras 3 PA - seperti rakaman foto di atas), sesungguhnya manusia yang ada penuh sesak 'cukup ceria dan bahagia' bergembira menyaksikan persembahan artis yang diminati itu. Melihat gelagat dan aksi para penonton sekitar 30 minit ketika itu yang pelbagai ragam jenis baju, jenis seluar, jenis rambut, dan 'pelbagai jenislah' - ada santai, ada gaya 'indie', ada gaya seksi, ada gaya ghairah dan pelbagailah gaya.
Memang situasi ini sungguh klise dalam masyarakat masa kini, beginilah amat kuat, luas dan besar pengaruh masyarakat menyanjungi artis..., ya sememangnya itu hak dan minat masing-masing tetapi yang terfikir sejenak juga ketika riuh di PA pabila artis lelaki yang dikategorikan 'cute' (tetapi belum tentu bermutu) cukup mendapat tepukan gemuruh serta ghairah dalam tempik sorak yang luar biasa para penonton dalam kalangan anak gadis dan wanita - umpamanya di Amerika Syarikat @ Britian @ Jepun pula rasanya...
Jauh dalam hati terlintas...; alangkah hebatnya jika sambutan (penonton tanpa dipaksa dan tanpa disediakan makan minum, datang penuh minat hati) acara apresiasi sastera dan bahasa begitu sesak penontonnya semacam ini...!
(Catatan: Foto di atas dirakam menggunakan telefon bimbit yang berkuasa 2.0 megapixels sahaja.)

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Tuan RAR. Kali terakhir saya ke PA pada tahun lepas semasa Sambutan Minggu Saham Amanah PNB. Seminggu saya di sana menjaga booth BNM. Boleh tahan juga pusat membeli belah ini, setanding dengan pusat membeli belah di KL. Seperti RAR, saya juga selalu berharap agar orang ramai tidak hanya sanggup bersesak untuk program hiburan, tetapi juga program yang lebih bermanfaat...

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Demikianlah adanya sikap dan mentaliti bangsa kita. Mendewa-dewakan artis hingga tahap gaban! Sebab itulah saya tidak mahu menjadi artis walaupun suara seperti Ali XPDC! he..he..lawak je bro!

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Hati orang tua seperti saya ini lebih gusar melihatkan bagaimana orang Melayu terlalu fanatik terhadap artis. Kita bukanlah cemburu pada artis, mereka ada tugas mereka. Cuma kita haruslah sedar ada lagi sesuatu yang lebih penting selain berhibur melampau-lampau. Selain mengisi hati dengan hiburan, isikan juga minda dengan ilmu.