Sabtu, Mac 27, 2010

MENUNGGU KATA DARI TUHAN DI UTM

Sabri Yunus bersama Sani Sudin di pentas. Rakaman foto hanya mampu dari jauh sahaja.

Peminat kecil PS2 - pastinya perlawanan bola sepak.


Sebuah kumpulan dinamakan ABC membuat persembahan sebelum pementasan teater.

Semalam (26 April 2010) berkesempatan ke UTM atau lebih tepat di kawasan tapak konvo @ padang kawad UTM untuk menyaksikan teater monodrama 'Menunggu Kata dari Tuhan'. UTM kini mengadakan Pesta Konvokesyen ke-44 bermula 24 - 29 April 2010. Tempat tumpuan semestinya di kawasan tapak konvo; penuh juga manusianya hingga menyebabkan susah untuk meletakkan kenderaan.
Sebelum pementasan teater sempat ada kumpulan yang dinamakan ABC (Alternatif Band Club) membuat persembahan dengan dua lagu bertemakan semangat kesedaran Islam. Ada juga ucapan ringkas mahasiswa yang penuh semangat untuk 'pertahankan hak itu dan hak ini' (lantas teringat zaman di UM dahulu) tetapi mahasiswa itu perlu banyak lagi kaedah berkomunikasi dengan baik dan berkesan untuk memikat pendengar...
Membawa dua anak ke UTM ini, mereka pantang melihat permainan PS2 lalu merayu dan memohon untuk bermain kerana teater belum bermula, lalu diizinkan - sempat main dua perlawanan lagi iatu Real Madrid-Barcelona dan Barcelona-Liverpool.
Malam ini (27 Mac 2010) datang lagi ke UTM untuk menyaksikan Malam Puisi Riong Berita Harian, ada kenalan yang mendeklamasikan puisi antaranya Hj. Shapiai Mohd Ramly, Amiruddin Ali, Hj. Mohd Rosli Bakir, Hamzah Hamdan dan Md Yusof Ali.
Menunggu Kata dari Tuhan
1. Teater yang dipentaskan sempena program Malam Simfoni Nurani ini bermula pukul 10.15 malam, jumlah masa pementasan sekitar 40-45 minit. Diri ini sudah dua kali menontonnya iaitu pertama di Masjid Tanah, Melaka (tahun lepas) dan kali ini di UTM.
2. Sabri Yunus selaku pelakonnya tidak boleh dinafikan mutu dan tenaga lakonannya dalam pementasan teater dibantu alunan muzik violin oleh Sani Sudin. Skrip dan dialognya sememangnya sarat dan agak berat yang memerlukan penonton menghayati dan menumpukan dialog dengan penuh tekun dan tanpa lalai.
3. Ramai juga manusia menyaksikannya, namun secara ikhlas pandangan bahawa teater monodrama ini agak kurang sesuai dipentaskan di tempat terbuka seperti di tapak konvo sebegini kerana tumpuan yang kerap terganggu - manusia lain lalu bebas sekitar kawasan ini ditambah ada acara lain yang menghidangkan muzik yang agak kuat.
4. Selepas pementasan, pengarah dan penulis skrip teater iaitu Dinsman sempat menjelaskan beberapa fakta menarik tentang teater ini antaranya:
- teater ini sudah genap setahun, sambutannya akan diadakan esok di DBP Kuala Lumpur.
- teater ini sudah 33 kali pementasan, kali pertama dipentaskan di DBP Kuala Lumpur serta sudah beberapa kali dipentaskan dalam ruang masjid.
- teater ini menghuraikan hadis, seumpama seorang ustaz membuat tazkirah agama menghuraikan ayat Al-Quran dan keterangan hadis.

Tiada ulasan: