Catatan: Berita di bawah merupakan kutipan langsung dalam Ruangan Sastera Berita Harian Online (Isnin - 1 Mac 2010).
Senandung Puisi Hujung Benua
SERATUS dua puluh peserta dijangka menyertai Senandung Puisi Hujung Benua yang dijadualkan berlangsung di Tanjung Piai Resort, Pontian, pada 6 Mac ini , jam 8.30 malam dan Dialog Sastera dan Bahasa Penulis Johor-Selangor, pada keesokan harinya jam 8.30 pagi. Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah, berkata program itu diadakan sebagai mengalu-alukan lawatan 40 ahli Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) yang bertujuan mengeratkan hubungan antara penulis tanah air, sekali gus mengembangkan bahasa dan sastera. “Kami memilih Tanjung Piai yang menjadi penghujung benua Asia untuk memberikan pengalaman baru mereka dan menikmati kehidupan lestari di kawasan taman negara,” katanya pada Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Amiruddin berkata, Senandung Puisi Hujung Benua anjuran PPJ bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS), mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor akan turut menampilkan persembahan iringan nyanyian kumpulan ghazal. “Penulis Johor yang membacakan puisi ialah Asnani Lasiman, Zolkeple Jemadar, Khadijah Sunok dan Yahya Suip, manakala Kemudi pula menampilkan Kazajiza AS, Ahmad Sarju serta Aminhad. “Bersesuaian dengan matlamat melebarkan apresiasi puisi juga, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng turut membacakan puisi pada malam puisi itu, selain pemimpin pada peringkat tempatan yang lain,” katanya.
Dialog Sastera dan Bahasa Penulis Johor-Selangor pula akan membincangkan hala tuju sastera, bahasa dan budaya yang membabitkan kepentingan dua negeri berkenaan. “Panel dialog ialah Ketua Dua PPJ, Khairy Halimi dan Setiausaha Satunya, Mohd Rosli Bakir, manakala Kemudi pula diwakili Ketua Duanya, Abu Hassan Ashaari. Orang ramai dialu-alukan hadir,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan