Jumaat, Mac 19, 2010

AKHIR CL: 2 B...?

Paparan televisyen di rumah - perlawanan suku akhir CL dirakam kamera sendiri.

Barcelona meraih juara CL 2008/2009 - mudah menewaskan Man U..!
Pukul 7.15 malam ini menyaksikan undian kelab untuk perlawanan suku akhir Champions League (CL) melalui siaran langsung siaran Astro 813 (Star Sport). Maka bertemulah 8 kelab seperti berikut:
Lyon - Bordeaux
Bayern Munich - Man U
Arsenal - Barcelona
Inter Milan - CSKA Moskva
Perlawanan suku akhir berlangsung pada 30-31 Mac dan 6-7 April nanti, manakala perlawanan separuh akhir pada 20-21 April dan 27-28 April. Perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Madrid, Sepanyol pada 22 Mei.
Jangkaan perlawanan separuh akhir:
Lyon lawan Bayern Munich
Barcelona lawan Inter Milan.
Ramalan perlawanan akhir: Barcelona lawan Bayern Munich.
*** Habis itu bagaimana pasukan Man U...? Biarkan begitu, cukuplah setakat suku akhir CL sahaja...!
____________________________________________________
Catatan: Liverpool terus mara ke suku akhir dalam Piala Europa (dahulunya dikenali Cup Winners Cup) pabila awal pagi tadi menewaskan kelab Perancis, Lille 3-0 (agregat 3-1), namun mengejutkan pasukan 'biasa-biasa saja' dalam EPL iaitu Fulham berjaya menewaskan Juventus 4-1 (agregat 5-4) lalu turut berjaya ke suku akhir Piala Europa...

2 ulasan:

pakcu berkata...

wah pesimis betul dgn cabaran MU di CL. ( maklum lah dah tiada wakil heheh ) :)

ayam baru nak berlaga tuan.
belum diketahui mana yg terus gagah mana yg tumbang...:)
entahkan barca tumbang di kaki skuad budak2 mana tahu ? :)

Zaid Akhtar berkata...

saya pilih inter.
Final: inter v bayern.
dulu benci, sekarang rindu pula dengan kelibat Bro.Jose. hehe.

Europa League:
Final: Liverpool v Wolfsburg