Isnin, Mac 15, 2010

MAN U DAN LAGU MERAPU SINAR FM...



Radio Sinar FM sejak 1 Mac lalu mengadakan peraduan teka 'lagu merapu' yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00. Setakat hari ini dua pemenang telah meraih hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.00 dan RM9,000.00. 'Lagu merapu' ini merupakan lagu-lagu Melayu yang diterjemahkan secara langsung kepada lirik dalam bahasa Inggeris yang dinyanyikan oleh juruhebah Radio Sinar FM iaitu Salleh Yaakob. Jika didengar lagu-lagu ini cukup membuatkan hati tertawa...

Apa kena mengena 'lagu merapu' dengan Man U ini? Ya... petang tadi terdengar sebuah promosi terbaharu tentang teka lagu ini yang mengaitkannya dengan nama Man U! Popular sungguh Man U ini pabila namanya disebut-sebut dalam promosi itu, sememangnya diakui Man U diminati ramai peminat bola sepak di Malaysia mengalahkan jumlah penyokong Chelsea, Liverpool, Arsenal dan pasukan-pasukan kelab lain di Eropah seperti Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus.

Dalam promosi teka 'lagu merapu' itu terdengar kata-kata sebegini "...bagaimana mahu beli jersi Man U..." yang dikaitkan jika menang teka ini dapatlah membeli jersi 'mahal' Man U ini! Di merata tempat dapat dilihat memang ramai yang memakai jersi Man U berjenama Nike ini sama ada berwarna merah (calitan bentuk V warna hitam) dan berwarna hitam (calitan bentuk V warna biru) namun sama ada beli dan pakai yang asli atau cetak rompak itu yang sukar dikesan. Jersi asli Man U, Chelsea, Liverpool dan lain-lain kelab ternama lain keluaran Adidas dan Nike paling kurang harganya sekitar RM200 - RM300 (seperti dapat dilihat di rangkaian kedai Al-Ikhsan).

Namun istimewanya Man U dalam seminggu ini pabila berjaya menewaskan AC Milan 4-0 (agregat 7-2) dalam Champions League dan semalam kekal selaku pendahulu EPL dengan menewaskan Fulham 3-0. Kebangkitan Man U nampaknya sukar dibendung kini KECUALI...

2 ulasan:

pakcu berkata...

kiranay telah ditakdirkan MU bungkus..bungkus jua. tapi sekarang tengah perform...runi pula mcm penagih yg gian tak dapat candu, x bleh x skor..kalau x skor je mengigil hehehe...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Diakui setiap bermulanya separuh musim yang kedua Man U bangkit mengejar lalu....