Khamis, Mac 18, 2010

AWAL PAGI YANG SEGAR

Lionel Messi menyumbat 2 gol menewaskan Stuttgart 4-0.
Semalam mengalami 'awal pagi yang suram', namun awal pagi ini (walaupun cuaca agak panas) alami suasana 'segar'. Barcelaona menewaskan Stuttgart 4-0 di Nou Camp, Barcelona dalam Champions League (CL) lalu layak ke suku akhir dengan agregat 5-1.
Dalam peringkat 16 pasukan pusingan kedua CL ini yang menggembirakan (walaupun muram setelah Chelsea dan AC Milan gagal layak) pabila Real Madrid gagal melangkah ke suku akhir. 'Galaticos' kini sedang merisik Benitez atau Mourinho untuk 'mengajar' pemain-pemain bertaraf 6 bintangnya untuk musim hadapan.
Lengkaplah sudah lapan kelab ke suku akhir CL iaitu Man U, Arsenal, Bayern Munich, Lyon, CSKA Moskva, Inter Milan, Bordeaux dan Barcelona - 2 pasukan kelab England, 2 pasukan kelab Perancis, 1 pasukan kelab Itali, 1 pasukan kelab Sepanyol, 1 pasukan kelab Jerman, dan 1 pasukan kelab Rusia. Perlawanan suku akhir berlangsung pada 30-31 Mac dan 6-7 April nanti, manakala perlawanan separuh akhir pada 20-21 April dan 27-28 April. Perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Madrid, Sepanyol pada 22 Mei. Undian pasukan yang bertemu dalam suku akhir berlangsung pada 19 Mac ini (Jumaat).
Harapan agar Man U bertemu sama ada Barcelona atau Bayern Munich atau Inter Milan agar Man U 'rasa cabaran sebenar bola sepak' lalu tersingkir... jika Man U bertemu CSKA Moskva atau Bordeaux atau Lyon atau Arsenal pastinya mudah buat Man U melangkah ke separuh akhir.
Yang pastinya kini menunggu tarikh 21 Mac (hari Ahad ini) untuk menyaksikan perlawanan Man U menentang Liverpool, dan sememangnya harapan besar agar Man U tewas di Old Trafford..! Liverpool yang terumbang ambing sikit kini mula mendapat rentak pabila menewaskan Portsmouth 4-1 dua hari lalu.

Tiada ulasan: