Selasa, Mac 09, 2010

HUJUNG BENUA - PERTEMBUNGAN MASYARAKAT JAWA - BUGIS - BANJAR...

Keceriaan para peserta dalam kalangan ahli PPJ dan KEMUDI.

Ahli KEMUDI sempat berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai - bergambar di monumen 'bumi' hujung benua dan memandang kapal dagang di seberang.

Program Dialog Sastera dan Bahasa sempena lawatan ahli Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor anjuran bersama Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan DBP Wilayah Selatan (DBPWS) diadakan pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor sekitar pukul 8.30 pagi sehingga 11 pagi.
Empat ahli panel iaitu 2 ahli / AJK PPJ (Hj. Mohd. Rosli Hj. Bakir dan Hj. Mohd. Khairy Hj. Halimi) dan 2 ahli / AJK KEMUDI (Tuan Abu Hassan Ashari Abas dan Pn. Asmira Suhadis) membentangkan pandangan dan idea yang berkaitan hal-hal memajukan sastera dan bahasa di tanah air ini. Pengerusi sesi dialog pastinya insan penuh komited dan tekun sepanjang usaha membawa ahli KEMUDI ke Johor ini - Amiruddin Ali, Ketua 1 PPJ.
Menariknya juga terselit dalam sesi dialog ini pabila tercetus 'pertembungan dalam mempertahankan' masyarakat atau puak masing-masing antara masyarakat asal Jawa, asal Banjar dan asal Bugis termasuk asal Minang. 'Pertembungan' ini terjadi pabila kebanyakan ahli PPJ dan KEMUDI asalnya keturunan masyarakat yang disebutkan itu... namun 'pertembungan' ini dalam suasana mesra dan ceria dalam usikan-usikan dan ramah tamah antara ahli panel dan para peserta. Akhirnya yang menjadi 'juara rakyat' merupakan masyarakat Melayu dalam konteks perbincangan dan luahan idea yang diutarakan.

1 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Cantik gambar-gambarnya..ada lagi ke?