Khamis, Mac 04, 2010

PROGRAM BENGKEL PENULISAN KREATIF KOMUNIKASI

Kain rentang (PVC) program di hadapan pintu masuk PERPUSTAM.

Sebahagian peserta bengkel (foto dirakam dari atas pentas).

Bengkel Penulisan Kreatif Komunikasi yang diadakan pada 23 Februari 2010 di Dewan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM), Bukit Baru, Melaka merupakan anjuran Biro Wanita Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan (DBPWS) dan PERPUSTAM merupakan sebuah program berskala kecil yang bersesuaian dengan skala peruntukan yang ada buat tiga pihak penganjur ini.
Bengkel yang dihadiri seramai 50 peserta ini lebih menumpukan bidang penulisan umum seperti berita dan esei dalam konteks penulisan yang mempunyai nilai kreatif yang bertepatan dengan sasaran pembaca dan isi kandungan sesebuah penulisan. Peserta yang terlibat dalam kalangan kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Usaha mengadakan program ini digerakkan oleh Puan Hanita Hassan (penulis kreatif yang prolifik kelahiran Melaka) yang merupakan tenaga utama dalam Biro Wanita DMDI. Beliau kini bekerja sendiri sejak awal Februari lalu selepas meninggalkan IKSEP tempat beliau berkhidmat selama lebih 10 tahun.
Terima kasih buat DMDI khususnya Puan Hanita Hassan dan ahli jawatankuasanya yang mengundang pihak DBPWS bersama dalam penganjuran program ini, dan kepada pihak PERPUSTAM yang menyediakan sebuah tempat program yang sungguh baik kemudahannya (sebuah dewan yang luas dan punyai kelengkapan siar raya yang sempurna).

Tiada ulasan: