Isnin, Mac 01, 2010

PROGRAM BULAN MAC DAN APRIL

Foto hiasan: Cikgu Azhar Salleh tetap tekun dan bersemangat tinggi dalam membimbing pelajar mendekati sastera dan menulis karya kreatif.


Kini sudah bulan Mac 2010, kadang-kadang masa terasa lambat serta pantas bersilih ganti. Sepanjang bulan Januari - Februari 2010 telah melaksanakan 7 program yang berskala sederhana dan kecil mengikut peruntukan perbelanjaan yang diterima. Secara kasarnya sebanyak 25% peruntukan telah dibelanjakan untuk 7 program yang terlaksana dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2010 ini.
Mengikut perancangan terdapat 8 program (berskala kecil dan sederhana) sepanjang bulan Mac dan April 2010 yang telah dibincangkan serta bakal dilaksanakan seperti maklumat di bawah:
i. 4 Mac 2010 - Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Segamat di SMK Gemereh, Segamat Johor anjuran bersama DBPWS dan PPD Segamat.
ii. 6 Mac 2010 - Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Batu Pahat di SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor anjuran bersama DBPWS dan PPD Batu Pahat.
iii. 6 Mac 2010 - Senandung Puisi Hujung Benua di Tanjung Piai, Pontian, Johor anjuran bersama PPJ dan DBPWS.
iv. 7 Mac 2010 - Dialog Sastera dan Bahasa di Tanjung Piai, Pontian, Johor anjuran bersama PPJ dan DBPWS.
v. 23 - 25 Mac 2010 - Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Melaka 2010 di Kem Modal Insan, Sungai Rambai, Jasin, Melaka anjuran bersama DBPWS dan JPNM.
vi. 5 - 7 April 2010 - Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor 2010 di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, Kulai Jaya, Johor anjuran bersama DBPWS dan JPNJ.
vii. 14 April 2010 - Seminar Puisi Melayu Tradisional sempena sambutan Jubli Intan IPG KPMM di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPG KPMM) anjuran bersama IPG KPMM dan DBPWS.
viii. 14 April 2010 - Malam Gema Puisi Melayu Tradisional sempena sambutan Jubli Intan IPG KPMM di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPG KPMM) anjuran bersama IPG KPMM dan DBPWS.
Sesungguhnya, walaupun peruntukan perbelanjaan tahun 2010 semakin mengecil (bukan hanya melibatkan 1 - 2 organisasi tetapi kesemua organisasi kerajaan termasuk badan bukan kerajaan) namun terdapat beberapa pendekatan dan kaedah untuk terus melaksanakan program demi sastera dan bahasa khususnya di negeri Johor dan Melaka ini. Banyak kaedah boleh digerakkan dalam kekangan kini antaranya termasuklah aspek perbincangan dan komunikasi yang berkesan, berhemah dan terancang dengan beberapa pihak atau organisasi agar pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini yakin dan bersama-sama membantu memajukan hal-hal yang berkaitan sastera dan bahasa Melayu.
Dalam keadaan kini seadanya dan semampunya melaksanakan program namun dalam memajukan hal-hal sastera dan bahasa alasan peruntukan kecil bukanlah penghalang utama... ada beberapa kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam situasi kini, persoalannya mahu atau tidak mahu - bijak akal atau pasif bertindak - bersemangat atau lupakan - pengorbanan atau duduk rehat sahaja...!

8 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Agak-agaknya sekitar awal April tu, Chelsea masih berada dalam saingan UCL kah?

:-)

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Nampaknya pada awal tahun 2010, aktivitinya agak padat juga....

azura berkata...

asyik wajah tampan lelaki unggul saja yg menghiasi entri blog ini sejak kebelakangan ini...ni yang 'jeles' niiii...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Pasti Chelsea masih dalam UCL ketika itu kecuali 'dibeli untuk keluar' oleh pihak yang 'main taktik kotor'... hehehe...

Cikgu Nizar,
Walau peruntukan mengecil namun tanggungjawab harus dikekalkan momentumnya dalam pelbagai cara. Padat dan giat program atau duduk 'mengeluh kerana peruntukan kecil lalu goyang kaki tanpa bertindak' itu bergantung kepada individu; kreativiti minda dan bertindak itu yang perlu kekal demi untuk 'menjual produk' yang kurang laku, kurang diminati dan kurang didekati masyarakat iaitu bahasa dan sastera...

Azura,
Foto tampan lelaki unggul @ Sifu itu hanya hiasan semata-mata kerana ada aksi yang menarik dalam foto itu namun ada 'komunikasi tersirat' pada foto itu... hehehe...

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Lapan program sehingga April..banyak tu. Tahniah.

Tanpa Nama berkata...

TUAN,

ANDA MEMANG HEBAT. TAHNIAH

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Haji Shapiai,
Apakan daya untuk 'menjual' produk yang kurang laku, kurang diminati dan kurang didekati kita kena lebih giat dan agresif agar hal-hal berkaitan sastera dan bahasa ini tidak terus hilang...

Sdra. Tuan Tanpa Nama,
Terima kasih.
Tiada yang hebat cuma inilah tugas yang harus sentiasa giat dan agresif untuk 'menjual' produk yang kurang laku, kurang diminati dan kurang didekati masyarakat. Jika tiada yang agresif dan bersungguh-sungguh maka hal sastera dan bahasa akan terus dipinggirkan masyarakat lalu lenyaplah adanya...

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Nampaknya foto jejaka itu sinonim dengan program perkampungan tuan! He...he...sayalah tuh! Azura jeles ye? Tahniah atas keprolifikan anda!