Rabu, Mac 24, 2010

PPMPSMNM 2010 - HARI PERTAMA

Kain rentang program sebagai latar pentas.

Sebahagian para peserta dan bahan program.

Cikgu Mohd Kasim Mahmud membimbing penulisan cerpen.
(Catatan dari Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka - 1.00 pagi - 24 Mac 2010)
Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Melaka (PPMPSMNM) 2010 bermula pada 23 Mac sehingga 25 Mac 2010 di Kem Modal Insan, Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin, Melaka. Program anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) melibatkan seramai 56 pelajar dari seluruh sekolah menengah dalam negeri Melaka. Program ini bermula sejak tahun 2002 sehingga tahun ini telah berlangsung sebanyak 7 kali dengan komitmen serta izin penuh pihak JPNM.
Hari pertama program bermula pukul 3.30 petang sehingga 4 petang dengan diadakan sesi taklimat dan penerangan (selepas selesai pendaftaran sekitar pukul 2 - 3.15 petang). Program diteruskan pada pukul 5 - 6 petang dengan sesi 'Motivasi Penulisan' yang disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Rani Embi yang merupakan penulis kreatif negeri Melaka dan guru SMK Tun Perak, Jasin, Melaka.
Sesi malam bermula pukul 8.30 sehingga 10.30 malam melibatkan sesi 'Penulisan Cerpen' yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Kasim Mahmud, seorang penulis prolifik karya kreatif khususnya cerpen, novel dan puisi peringkat negeri Johor dan kebangsaan. Beliau juga merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa di SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor. Tugasan untuk menghasilkan sebuah atau lebih cerpen untuk penilaian diamanahkan kepada setiap pelajar. Para pelajar wajib menghantar karya cerpen menjelang pukul 6 petang esok harinya.

1 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Tuan RAR,
yang Johornya pula bila?
:-) Jangan lupa match CL pada malam harinya. Kita sokong Arsengal ye. haha