Zizan dan Johan di pentas Plaza Kota Raya, Johor Bahru ketika sesi uji bakat mencari peserta RL4 pada bulan Disember 2009 yang lalu.
Sebahagian penonton yang menyaksikan sesi uji bakat RL4 di Plaza Kota Raya, Johor Bahru pada Disember 2009 yang lalu.
(Catatan: Foto dirakam menggunakan kamera telefon bimbit yang berkapisiti rendah.)
Selesai akhirnya rancangan realiti Raja Lawak (RL) musim ke-4 semalam. Kumpulan Kecik dinobatkan oleh para pengundi Sistem Mesej Singkat (SMS) selaku juara pada musim ini. Inilah kaedah undian SMS dalam rancangan realiti TV yang harus diterima (sama ada suka atau tidak suka) untuk menobatkan seseorang itu juara. Soal mutu atau tidak bermutu merupakan soal kedua, yang penting penganjur rancangan realiti TV sebegini mengutamakan unsur komersil terlebih dahulu.
Persaingan antara tiga peserta peringkat akhir RL4 ini biasa-biasa sahaja namun komedi yang ditonjolkan oleh peserta bernama Alex cukup mendapat perhatian atas kandungan dan mutu lawak jenakanya namun undiannya tetap rendah kerana kurangnya 'penyokong kipas' (mengambil kata-kata Zizan dan Johan selaku pengacara RL iaitu asal perkataan fan club). Memang nasib tidak menyebelahi Alex untuk meraih juara kerana Alex bertubuh gempal tidak seperti 'lawanya' anggota kumpulan Kecik. Idlan seorang peserta pilihan untuk juara kurang menunjukkan mutu persembahan yang baik, sekadar isu dan kandungan yang sama namun dalam tema komedi muzikal yang ditonjolkan oleh Idlan semalam cukup menghangatkan suasana Auditorium MBSA Shah Alam.
Tertarik dengan tulisan Sdra. Nazmi Yaakub berjudul 'Kalau mahu tahu apa itu komedi tragedi, tontonlah Raja Lawak' dalam blognya kawat.blogspot.com tentang RL ini. Mengutip sebahagian kata-katanya:
Rancangan Raja Lawak adalah rancangan yang lawak. Serius. Rancangan itu sendiri adalah lawak. Lawak kepada komedi itu sendiri. Lawak yang mensplastikkan komedi. Lawak yang menerajang dan menempelak seluruh apa yang dunia ketahui tentang komedi. Tetapi pada masa sama, Raja Lawak ialah komedi tragedi yang paling hebat. Sepanjang persembahannya ialah lawak tetapi ia diakhiri dengan tragedi paling menyayatkan hati. Tragedi kepada komedi.
Namun begitu RL sejak musim ke-2 hingga ke-4 ini yang menariknya serta ditunggu-tunggu keletah dan aksi dua pengacaranya iaitu Zizan dan Johan dalam menghidupkan rancangan RL. Kata-kata dan aksinya (tidak dinafikan bahawa kadang-kadang ada juga terselit sedikit unsur 'lawak bodoh' dan 'terlampau') berjaya menarik gelak ketawa penonton di studio dan di rumah, jika dibuat kajian penonton lebih tergelak serta besar ketawanya pabila Zizan dan Johan berkata-kata dan beraksi berbanding kata-kata dan aksi sebahagian peserta yang kurang berilmu dan 'membodohkan' diri mereka sendiri.
RL perlu diteruskan lagi untuk mencari bakat lawak jenaka yang benar-benar mesra masyarakat tapi setelah bergelar selebriti lawak janganlah pula lupa diri dan sombong serta angkuh terhadap masyarakat; lihat sahaja Juara RL2 yang telah 'besar kepala', 'menunjuk-nunjuk' dan 'separuh lupa diri' kini, moga-moga juara itu cepat mengubah dirinya...
Mengikuti RL sejak musim pertama hingga keempat ini, sememangnya sekadar hiburan semata-mata namun dalam keadaan sebegitu dapat berfikir juga akan 'lawak berisi, lawak bermesej, lawak bermutu dan lawak bodoh' yang dipaparkan dan ditonjolkan dalam konteks kandungan lawak atau komedi di Malaysia kini.
2 ulasan:
Salam RAR,
Nama "Raja Lawak" itu sendiri sudah terlalu besar dan agak malang kerana pada malam itu persembahan lawak peserta-peserta akhir RL musim ke-4 ini agak hambar lagi tawar. Saya bersetuju dengan RAR bahawa Alex ialah peserta yang terbaik kerana mutu lawaknya. Idlan pula mengulangi skrip lama persembahannya yang kurang lancar dan persembahan keduanya saya sifatkan agak kontroversi (wajarkah 3 orang juri profesional itu naik ke pentas?). Saya tidak tahu apa akan jadi kepada program ini jika bukan Johan dan Zizan (Jozan) yang menjadi pengacara dalam program ini.
en rusdi..
saya cukup tidak bernafsu menonton raja lawak, seingatnya sekali haram x pernah ku layan.
poster / iklan final raja lawak dlmmetro pun sgt menyedihkan. merek betul2 di badutkan. x lawak langsung posternya..dengan penambahan gambar2 oleh pelukis / designer iklan yg amatur barangkali ?
arghh aku rasa kesian tgk poster tuh..diorang tak terasa apa2 kah ?
poster anda bleh tgk di metro ahad
Catat Ulasan