Sabtu, Januari 09, 2010

SALJI LEBAT - EPL MINGGU KE-21 TANGGUH

Buku wajib rujukan anak untuk EPL 2009/2010.

Minggu ini tiada coretan keputusan perlawanan EPL yang sering dicatat oleh anak selepas selesai sesuatu perlawanan EPL. Contengan dan catatan pada kertas ini menjadi teman setia anak - sudah terkoyak tetapi dicantumkan kembali...

Beberapa perlawanan English Premier League (EPL) atau dikenali Barclays Premier League minggu ke-21 atau perlawanan ke-21 bagi sebahagian besar pasukan kecuali Arsenal, Man City, Everton, Wigan, dan Bolton ditangguhkan kerana cuaca bersalji yang teruk melanda stadium perlawanan. Minggu ini juga bermulanya pusingan kedua (timbal balik) bagi pasukan EPL yang dijangka tamat pada pertengahan Mei 2010 nanti, persaingan makin sengit untuk menentukan kejuaraan EPL 2009/2010, apakah Chelsea atau Man U atau Man City atau Arsenal juara musim ini, kenapa Liverpool tidak termasuk dalam senarai bakal juara?
Dua anak bertanya kenapa tiada perlawanan malam ini dan esok, kenapa tidak bermain di stadium yang tidak dilanda salji? Diri ini terangkan jawapannya yang mudah mengambil suasana di Malaysia - jika banjir teruk serta padang sekolah becak teruk kerana hujan amat lebat maka perlawanan tidak dapat diteruskan. Laporan laman web EPL dan berita sukan televisyen Malaysia ada melaporkan tentang penangguhan ini seperti laman web berita Utusan Malaysia di bawah:

Beberapa perlawanan EPL ditunda akibat cuaca salji
09/01/2010 3:25am
LONDON, 8 Jan. - Keadaan cuaca yang bersalji di Britain menyebabkan beberapa perlawanan Liga Perdana England hujung minggu ini ditunda.
Perlawanan antara Hull City menentang pendahulu Liga Chelsea hari ini dan Liverpool bertemu Tottenham telah ditunda akibat cuaca teruk.
Terlebih dahulu perlawanan di antara Portsmouth bertemu Fulham, serta Burnley menentang Stoke City dan Sunderland melawan Bolton Wanderers juga terpaksa ditunda. - REUTERS


Maka malam ini tumpuan sepenuhnya menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih iaitu permulaan bagi musim baharu Liga Super Malaysia tahun ini iaitu melibatkan pasukan Negeri Sembilan menentang Selangor. Piala Sumbangsih umpama Piala Charity Sheild bagi permulaan EPL di England tetapi harus diingat mutu Piala Sumbangsih ini tidaklah boleh tandingi EPL umpama 'Langit dan Bumi'.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam RAR. Saya ingat RAR akan mengulas perlawanan Piala Sumbang(sih) pada malam tadi. Saya sempat melihat di kaca TV. Sekali imbas, saya yang kaki bangku ini menilai permainan mereka malam tadi sebagai "not bad". Permainan tidak seperti budak-budak main di lopak sawah. Apa komen RAR?

azura berkata...

Anak sdr. berbakat besar dalam pengurusan bola sepak! Siap ada rujukan tuuu...