Isnin, Januari 25, 2010

KESULTANAN JOHOR: SAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT

Foto dan informasi dikutip dalam web akhbar kosmo.com.my yang tersiar semalam (24 Januari 2010).


Sekadar berkongsi maklumat, mungkin sudah ramai mengetahui tentang Kesultanan Johor serta Sultan yang memerintah negeri dan jajahan negeri Johor. Seperti foto di atas (diambil dalam web akhbar kosmo.com.my) dipaparkan lima Sultan Johor yang dikategorikan dalam era moden (Sultan Johor ke-21 sehingga kini). Antara Sultan Johor sebelumnya dalam abad ke-19 dan abad ke-18 termasuklah:
i. Raja Temenggung Tun Seri Maharaja Johor (1855 - 1862): Sultan Johor ke-20.
ii. Sultan Ali (1835 - 1877): Sultan Johor ke-19.
iii. Sultan Hussain Shah (1819 - 1835): Sultan Johor ke-18.
iv. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1812 - 1819): Sultan Johor ke-17.
v. Sultan Mahmud Shah III (1761 - 1812): Sultan Johor ke-16.

Umum juga mengetahui bahawa Kesultanan Johor bermula dengan Sultan Mahmud Shah I (1511 - 1528) merupakan Sultan Johor yang pertama. Dalam kutipan akhbar KOSMO semalam tertera penuh nama Sultan Johor yang pertama sehingga yang ke-25.
Sama-samalah kita berkongsi maklumat ini. Terima Kasih.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam RAR. Banyak cerita kita dengar tentang sultan Johor yang baharu mangkat. Apa-apapun, selepas kematian, kita dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menceritakan tentang kebaikan beliau dan menghormati roh (jamak: arwah) yang akan berdepan dengan Allah. Semoga masyarakat Islam faham tentang perkara ini...

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Mulai esok, saya akan memakai songkok berlilit kain putih sbg tanda menghormati kemangkatan baginda. Walaupun saya bukan anak Johor, tetapi saya telah menyebatikan diri saya sbg warga Johor. Saya berharap agar akan terus menetap di bumi ini, hujung tanah yang terlalu banyak berbudi kpd saya dan keluarga saya. Mudah-mudahan, roh almarhum dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang yang benar. Dan saya berharap agar penulis blog yang menghina almarhum (adukataruna.blogspot) itu akan dikenakan tindakan yang setimpal atas kelancangan tulisannya. Mudah-mudahan, dengan izin Allah SWT, Sultan Ibrahim akan dikurniai kekuatan dan keterampilan untuk memerintah dengan adil dan saksama kepada seluruh warga Johor.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Suatu perkongsian maklumat yang menarik. Saya memang jarang membaca KOSMO kecuali jika mampir di sebuah restoran berhampiran tempat tinggal yang menyediakan semua surat khabar tempatan sebagai sajiannya. Ternyata Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang memerintah negeri-negeru Melayu mempunyai sejarah yang cukup menarik. Masih teringat akan kisah "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang".

azura berkata...

Salam sdr. RAR,
maklumat ini sgt berguna. Orang Johor sendiri pun ada yang tak tahu.