Ahad, Januari 03, 2010

DUA DARJAT - MAN U TEWAS DI OLD TRAFFORD

Foto kutipan melalui laman web Liga Divisyen 3 England - Gol kemenangan bersejarah Leeds dengan mudah tumpasnya Kuszczak dan Brown.


Puas hati dan lega rasanya bersama ahli keluarga menyaksikan tewasnya Man U kepada Leeds United 0 - 1 dalam pusingan ketiga Piala FA sebentar tadi. Gol jaringan pemain Leeds iaitu Beckford pada minit ke-19. Keegoaan Man U terjunam pabila tewas kepada Leeds yang merupakan pasukan Liga 1 Coca Cola (iaitu Liga Divisyen 3 selepas English Premier League (EPL) dan Coca Cola Championship) dalam pertandingan liga bola sepak di England. Jika secara mudahnya ikut sistem liga bola sepak di Malaysia ini - Leeds itu hanya dalam Liga FAM iaitu selepas Liga Super dan Liga Perdana.
Fakta terkini: Leeds sedang mendahului Liga 1 Coca Cola (Liga Divisyen 3) dengan 56 mata melalui 23 perlawanan.
Berdasarkan sejarah lalu, pasukan Leeds ini merupakan antara pasukan yang sering menghuni kedudukan 10 terbaik dalam EPL atau terdahulunya dikenali Liga Divisyen 1 England, namun sejak 6-7 tahun lalu pasukan ini menjunam lalu terhumban ke divisyen corot di England. Suatu ketika dahulu ramai juga pemain Leeds ini hebat serta terpilih menyertai pasukan England serta menjadi sasaran pembelian oleh pasukan yang lebih kaya seperti Man U sendiri. Salah satu sebab Leeds menjunam kerana kekurangan peruntukan kewangan dalam menguruskan pasukan dan pemain serta dihukum 'bankrap'.
Apa-apapun Leeds berjaya 'menumbangkan' ego besar Man U di stadium Man U! Suatu hal yang bedar dan hebat...!, yang pastinya pengurus legendanya Fergueson pasti menyatakan bahawa "Man U tidak tertarik untuk merebut Piala FA ini, Man U lebih berghairah untuk merangkul Piala EPL dan Champions League..." Biasalah pasukan Man U dengan tabiat 'memperkecilkan' pasukan lain dan sesebuah piala...

5 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

MU yang selalu diselamatkan oleh pengadil. 5 minit tambahan masa tak cukup pula baginya:

That was the chant from the Leeds fans when five minutes of injury-time was signalled. Ferguson, with his individual sense of timekeeping, thought that was insufficient. "That is an insult to the game and the players out there," he said.

pakcu berkata...

biasa2 aje.
bias semua milik Man.U..
Ego. Angkuh milik Man.U
Kadang2 aneh juga macam pasukan lain terlalu suci daripa bias , angkuh dan juga pertolongan ref..dunia..dunia..
Mungkin kerna sukar menamatkan penguasaan Pak Alex di EPL selama 23thn menjadikan mereka begitu benci kepadanya...pengurus terhebat ? Semestinya kerna pasukan lain tidak tahu bersabar dan berahi benar menukar pengurus :)
Pengakuan Leeds deserved to win adalah wajar drpd Pak Alex. Ye, mungkin boleh lebih fokus kepada EPL.
Nk dikatakan apa lagi, dah kalah hahah..nak raih FA Cup kali ke -12 ( ulang suara kali ke-12 ) pun sudah berkubur. Ye cuba lagi tahun depan.

Zaid Akhtar berkata...

bukan apa, RAR.
pelik juga. tiba-tiba fergie sensitif ttg "hadiah" injury-time drpd ref. selalunya dapat pujian saja ref. sampai 8 minit pun tak apa. selagi MU tak skor gol, ref takkan tiup wisel. hahaha.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Biasalah sebuah pasukan hebat seperti Man U dikritik dan 'ditohmah' sebegitu, hakikatnya melalui kritikan dan 'tohmahan' sebegini melambangkan serta memberikan satu tahap unggul buat pasukan itu disegani pencapaian yang diraih sebelum ini.
Sesekali atau kerap kali Man U kena kritik atau 'diherdik' peminat pasukan lain... itulah asam garam dalam sesebuah pasukan, Liverpool, Chelsea dan Arsenal juga alami nasib yang sama...
Tapi khas untuk perlawanan menentang Leeds ini, kata-kata Fergie bahawa beliau mahu pengadil tambah masa lagi?
Hehehe...

Cikgu Zaid,
Man U semacam sinonim dengan 'masa tambahan' pula, kenapa ya? Apa-apapun kalah tetap kalah.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Oh, tidak! Tidak mengapa, ada beberapa piala lagi yang mampu dijulang oleh MU. Ketumpulan penyudah beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol (mungkin nasib tidak menyebelahi MU kali ini)menafikan MU kali ini. Pasukan bawahan biasanya mempunyai keazaman yang kuat untuk menewaskan pasukan yang lebih gagah, dan pasukan gagah biasanya ada sikap memandang rendah keupayaan pasukan seperti Leeds United. Apabila bercerita tentang Leeds United, tiba-tiba saya teringat akan Gordon Strachan....