Jumaat, Mac 05, 2010

SALJU SAKINAH - BACA BUKU - SINAR FM

Novel 'Salju Sakinah' disebut-sebut dalam radio Sinar FM...!


Sememangnya hampir setiap hari mendengar Sinar FM khususnya seawal pagi 6.30 pagi sehingga tengah hari kerana gemar mendengar celoteh Salleh Yaakob, Raja Azura, Abby Fana dan Khairil Rashid.

Namun hari ini (5 mac 2010) sekitar pukul 11.00 pagi hingga 1.15 tengah hari (sebelum masuk waktu Zohor / solat Jumaat) dengar radio stesen Sinar FM di ofis, di kedai makan dan dalam kereta secara bersambung-sambung kerana juruhebah Abby Fana mengutarakan topik yang agak menarik iaitu tentang 'apakah buku yang anda baca, apakah menariknya buku itu...?' serta meminta pendengar kirimkan pendapat atau pengalaman membaca buku melalui Sistem Mesej Singkat (SMS). Beberapa perkara yang sempat didengar hasil kiriman SMS pendengar yang dibaca oleh Abby seperti berikut:

i. Pengirim SMS menghantar pendapat tentang buku yang dibaca tetapi tiada pengirim yang menyebut sesebuah buku itu yang diterbitkan oleh DBP (sama ada buku kreatif dan buku umum).

ii. Pengirim SMS menyatakan minat membaca novel terbitan 2-3 badan penerbitan yang popular tetapi tiada satupun menyebut terbitan novel DBP.

iii. Majoriti pengirim SMS sungguh tertarik dengan bahan bacaan seperti novel bertemakan cinta terbitan badan penerbitan yang popular dengan tajuk novel yang 'asyik' dan nama penulis yang 'unik', hanya sedikit yang mencadangkan buku-buku ilmiah atau motivasi.

Kutipan serba sedikit maklumat di atas inilah sebahagian kesimpulan kecil ketika mendengar topik tentang 'buku yang dibaca' yang dilontarkan oleh juruhebah Abby Fana melalui radio Sinar FM; inikah mungkin sebahagian realiti tahap pembacaan rakyat 1 Malaysia ini...?

Namun ada sesuatu yang menarik pendengaran dan perhatian pabila seorang pengirim SMS menyatakan bahawa beliau amat berminat membaca dua buah novel iaitu salah satunya SALJU SAKINAH yang ditulis oleh ZAID AKHTAR. Menariknya juga Abby Fana juga menyebut 2-3 kali nama ZAID AKHTAR bersama tajuk bukunya itu. Diri ini teruja pabila nama penulis yang berada di Segamat ini dan tajuk bukunya itu disebut-sebut dalam siaran radio!

Tahniah Cikgu Zaid (YNWA), namun semalam ketika berada di Segamat tidak nampak kelibatnya serta tidak dapat berjumpanya...

5 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Tuan RAR,
:-)
Alhamdulillah. Sewaktu mempromosi SS di MHI pada 26 Mei 2008, saya sempat bertemu Kak Abby sebelum ke udara dan menghadiahkannya senaskhah SS.

Kak Abby katanya memang sering mengikuti SS ketika disirikan di Utusan dulu sebelum ia dibukukan.
Keesokannya, SS mendapat promosi percuma di Sinar FM dalam segmen Sembang Sinar.


YNWA!

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
SS sepatutnya telah lama diuar-uarkan melalui media, namun begitulah adanya, tahap mentaliti masyarakat kita. Kepada Ustaz ZA, tahniah buat anda!

Ameen Homestay berkata...

rakyat malaysia suko buku chinto yo..meleret..couple, kawin, cerai, kayu 3, madu 3, arghh...sama aje.
( bukan ke tabiat manusia,suka yg sendu,mendayu,syahdu,asik ? )

udah mentaliti pembaca buku kita begitu..nak ubah mengambil masa yg lama...dah tu nak wat guane ?

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Jika mahu melihat pemimpin negara pada masa akan datang, lihatlah mentaliti remaja kita pada hari ini...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Selain diri ini dengar tentang SS tempoh hari, diri ini juga dapat saksikan di banyak kedai buku yang bukan hanya di Johor dan KL tetapi juga di Terengganu dan Kelantan(selain kedai buku DAWAMA) bahawa buku SS ini ada terpapar serta boleh dan mudah diperoleh oleh masyarakat pembaca . Ini suatu kelebihan jika sesebuah buku itu diterbitkan dan dipasarkan oleh sebuah badan penerbitan yang agresif dan bersemangat untuk melariskan buku khususnya buku karya kreatif.

Cikgu Azhar,
Menanti dan terus menanti tanpa jemu bilakah mahu lihat dan dengar buku karya Sifu Azhar Salleh (tidak kira kreatif, ilmiah dan kewangan) ada dalam pasaran untuk masyarakat memilikinya...
Hehehe...

Sdra. Pak Cu,
Begitulah secara umum tanggapannya tentang tabiat membaca masyarakat Malaysia, namun yang hairannya buku-buku kreatif terbitan DBP juga yang payah untuk dilihat di kedai buku (kecuali di kedai buku DAWAMA)...?

Cikgu Nizar,
Bahan bacaan berbentuk hiburan dan sensasi juga dipilih oleh kebanyakan golongan remaja, mana silapnya ya...?