Ahad, Mac 28, 2010

MENUNGGU 3 APRIL DI OLD TRAFFORD


Tandukan John Terry ketika menewaskan Man U di Stamford Bridge pada 8 November 2009 dalam saingan EPL.

Sedikit gelisah semalam ketika berada di Padang Kawad UTM, Skudai pabila hati agak tidak tenang kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan siaran langsung Chelsea menentang Aston Villa. Di UTM menyaksikan Malam Puisi Riong Berita Harian - UTM yang memang wajib untuk diri ini tonton.
Sampai ke rumah pukul 1.00 pagi, perlawanan Chelsea - Villa baru tamat sekitar 5-10 minit lepas, namun sempat menonton ulasan selepas perlawanan termasuk gol-gol yang dijaringkan... Chelsea tewaskan Villa 7-1. Keputusan ini bukanlah luar biasa cuma agak sedikit terkejut sahaja. Frank Lampard jaring 4 gol, persoalannya ketika Drogba tidak bermain Chelsea dapat menjaringkan banyak gol, kenapa? Sama ketikanya pabila Drogba tidak bermain 4-5 perlawanan untuk Chelsea ketika Kejohanan Piala Afrika yang lalu, Chelsea menang bergaya!
Keputusan 7-1 ini bukanlah satu berita yang membanggakan atau berita selesa untuk melonjak riang kerana Man juga menang menewaskan Bolton 4-0. Tunggu sahaja di Old Trafford pada 3 April 2010 ini pabila Chelsea berkunjung ke sana untuk menentang Man U. Siapa menang atau siapa kalah... makanya harus lupakan untuk menjuarai EPL 2009/2010?

1 ulasan:

pakcu berkata...

penentu..? belum lagi...
ranjau masih pjg.
blues belum ketemu liverpool..
man.u pun belum ketemu city n spurs..

tp ia memang sgt penting di saat arsengal mula sengal setelah seri mlm tadi..