Rabu, Mac 31, 2010

HARUSKAH BEGITU...?

Haruskah ada rasa bersalah atau rasa sia-sia...? Inilah yang terbuku di hati pabila selesai mengikuti satu majlis.
Majlis ini baik dan bermaklumat dengan penyampaian isi kandungannya yang bersesuaian serta diberikan beberapa bahan dan dokumen bercetak sebagai rujukan dan bacaan untuk menambahkan pemahaman. Penjelasan yang disampaikan membuatkan ramai bertambah mengerti tentang hal itu. Tahniah dan syabas!
Ini sebuah majlis rasmi serta ada etika dan protokolnya tetapi mengapa diselitkan juga dengan hentaman dan serangan kepada pihak lain...? Cukuplah hentaman dan serangan yang dilaksanakan dalam banyak saluran yang ada kini tetapi nampaknya semacam tidak cukup ruang untuk meneruskan hentaman... atau mungkin hentaman yang ada dalam pelbagai saluran itu masih tidak meyakinkan banyak pihak?
Sekali lagi, jelas majlis itu cukup bermakna dan bermaklumat serta tidak sia-sia, penyampian isi dan keterangannya jelas untuk pemahaman ramai. Cukuplah dan janganlah digunakan majlis rasmi yang ada etika dan protokolnya sebegini untuk hal-hal hentaman dan serangan; sudah banyak dan luas saluran untuk hal-hal hentaman dan serangan yang ada kini.
Haruskah ada rasa bersalah...?

4 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Ada orang semakin berkuasa, semakin dipertontonkan kebebalannya dengan riak bangga. Banyak sungguh orang (atau orang-orangan?) yang sentiasa mencari ruang utk diangkat menjadi hero. Sayangnya, semakin ghairah mereka utk menjadi hero, bangsa asing semakin kuat bertepuk tangan meraikan kejayaan atas kebebalan. Tanah makin tergadai ketika sesama bangsa makin galak menghebahkan keburukan lawan. Jikalau semua rangkaian tv di dunia ini diberi kpd mereka pun, tidak akan berasa berkecukupan kerana kebebalan yang diwarisi.

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Saya bersetuju dengan pendapat Azhar sifu itu. Kita kini terperangkap dengan ketakutan yang kita cipta sendiri sehingga perlu menggunakan apa saja saluran demi menjaga diri dan kuasa bukannya agama dan bangsa lagi.

Sham al-Johori berkata...

Kanda Shapiai,
Adakah patut orang politik yang embuat onar makan kita rakyat yang tak punya kuasa ini turut sama dipersalahkan?

Pendirian saya jelas, bahawa yang mencipta kehancuran Melayu dan bahasanya adalah orang politik? Rakyat yang dimangsakan. Kenapa pula kita sebagai rakyat perlu menyalahkan diri kita?

Sekarang kian parah; pemimpin dalam pelbagai parti bercakaran sesama bangsa dan agama atau semalaysia; masakan pula rakyat yang hendak dipersalahankan?

Di mana hak rakyat untuk bersuara? Media atau apa?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Ghairah tiada salahnya jika kena pada tempat, kaedah dan salurannya tetapi janganlah seperti Cikgu nyatakan hingga menunjukkan 'kebebalan'. Pendapat Cikgu ini sungguh benar dalam situasi sekarang.

Tn. Hj. Shapiai,
Sungguh hairan rasanya pabila satu pihak amat rakus 'menghentam dan membaham' sehebat-hebatnya (sama ada dalam media mahupun pelbagai saluran lain) kepada satu pihak lagi..., sehingga semua yang dilakukan oleh pihak itu dijulang hebat, benar dan penuh sempurna manakala pihak yang dihentam itu semuanya salah (jijik dan sehina-hinanya) dan umpama jatuh hukum 'dosa besar'.
Taktik 'menghentam dan membaham' sehebat-hebatnya ini boleh menyebabkan pihak yang dihentam itu makin dikurniakan simpati dan bertambah sokongan...

Tuan Shamsudin,
Buatlah pelbagai cara sekalipun rakyat kini bertambah cerdik dan mengerti akan teknik dan taktik yang dipaparkan...