Ahad, Mac 21, 2010

BOSAN PEMAIN KE-12... IKUTILAH JUGA CCC

Bosan dengan gelagat dan urusan pemain ke-12 pasukan seperti Man U dan Arsenal dalam English Premier League (EPL). Pemain ke-12 itulah 'Pengadil' yang nampak jelas 'memihak' khususnya buat dua pasukan ini dalam EPL.
Lantas menyusup serta sering juga mengikuti perkembangan Coca Cola Championship (CCC) yang merupakan liga bola sepak kedua tahapnya selepas EPL dalam liga bola sepak England.
Umumunya setiap akhir musim EPL, 3 pasukan terakhir dalam EPL pasti akan menghuni CCC pula untuk musim baharu berikutnya. Musim lepas dalam saingan EPL, pasukan kegemaran iaitu Newcastle United (NU) menjadi mangsa terpaksa turun ke tahap CCC akibat prestasi yang tidak memberangsangkan.

Pasukan dalam CCC yang diikuti pastinya NU. Pasukan berjersi belang hitam - putih ini merupakan sebuah pasukan yang diminati sejak dahulu khususnya ketika kegemilangan Kevin Keegan dan Alan Shearer suatu waktu dahulu.
Perkembangan terkini, NU sedang mendahului liga CCC dengan 77 mata diikuti West Bromwich 75 mata dan tempat ketiga Nottingham Forest (Forest) 67 mata. Semakin cerah rasanya buat NU untuk kembali secara automatik dalam saingan EPL musim 2010/2011 nanti.

NU sudah melalui 37 perlawanan daripada 46 perlawanan dalam CCC, baki 9 perlawanan lagi untuk kembali ke EPL.

Harapan agar pasukan Forest juga turut serta bersama NU bersaing dalam EPL musim hadapan. Dalam EPL tidak perlu lagi pasukan seperti Hull, Burnley, Portsmouth, Wigan dan Wolves. Forest merupakan sebuah kelab ternama ketika tahun 1970-an hingga 1990-an. Rekod Forest yang unggul pastinya ketika meraih juara Piala Eropah (kini dikenali Champions League) pada tahun 1979 dan 1980.

Namun EPL tetap disayangi, diikuti rapat dan berterusan walaupun Man U semacam sudah dapat menghidu kejuaraan lagi musim ini pabila berjaya menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford sebentar tadi hasil JARINGAN PENALTI Rooney dan tandukan Ji Sung, namun Torres tetap unggul menanduk masuk gol Liverpool pada minit ke-5.
Nanti dahulu..., Man U punyai satu halangan lagi untuk meraih juara EPL 2009/2010 ini pabila bertemu Chelsea pada 3 April 2010 nanti di Old Trafford. Pertemuan Man U - Chelsea di Stamford Bridge yang lalu berkesudahan Chelsea menang 1-0. Jika Man U berjaya tewaskan Chelsea pada hari Sabtu 3 April nanti maka secara tidak rasmi MAN U JUARA EPL 2009/2010... Bukankah begitu...?

4 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

Tuan, sabar, jangan mengenang dan murung durja. Yang penting, Nottingham Forest (Forest/ NF), akan mula meledak di EPL tahun depan. Selepas Spurs, team saya ialah NF. Saya masih simpan jersey NF tahun 1989. Hehehehe

Farmilla Hamdi berkata...

MU mungkin boleh menjadi juara tetapi bola, apa2 pun boleh berlaku

clattenburg berkata...

Howard Webb spesis Mike Riley.
Tarik luar kotak pun diberinya penalti.
Biasalah, MUmno memang selalu menang cara keji. Hihihihi.

Ameen Homestay berkata...

sabar lah dlm menghadapi dugaan. :)
patut juga bersyukur stevie G masih diberi peluang bermain oleh FA England, dia sudah pandai bermain sesiku L rupanya.

Tak sangka pula howard webb baca blog saya heheh. Penalti satu ! TQ

Akhir kalam..what a sweet revenge ?

p/s ada harapan lagi ke club merseyside ini ke CL thn depan ?