Rabu, Mac 17, 2010

AWAL PAGI YANG MURAM

Drogba dilayangkan kad merah oleh pengadil yang konon-kononnya 'tegas'.
Awal pagi tadi (3.30 pagi) bangun tidur menyaksikan perlawanan Chelsea lawan Inter Milan dalam Champions League (CL). Kesimpulannya pada pukul 5.30 pagi bungkam dalam suram, Chelsea tewas 0-1 kepada Inter Milan di Stamford Bridge, London - keputusan agregat 1-3 setelah tewas di San Siro, Milan, Itali pada 24 Februari 2010. Penyerang 'lagak' Chelsea iaitu Drogba dikenakan kad merah; statistik perlawanan seperti di bawah (dikutip dalam laman web rasmi uefa.com):

Match statistics
(Chelsea - Internazionale)
Goals scored: 0 - 1
Shots on target: 3 - 4
Shots wide: 4 - 4
Yellow cards: 4 - 4
Red cards: 1 - 0
Fouls committed: 22 - 12
Corners: 7 - 4
Ruled offside: 4 - 6
Possession (time): 22' 54'' - 24' 12''
Possession (%): 48 - 52

Jose Mourinho, pengurus Inter Milan merangkap mantan pengurus Chelsea ketika zaman Chelsea menjuarai English Premier League (EPL) dua musim berturut-turut 5-6 tahun yang lalu berjaya dalam misinya untuk menundukkan Chelsea seterusnya layak ke suku akhir CL. Dalam hati ini berharap agar Inter Milan menentang Man U dalam suku akhir CL nanti - lalu Mourinho menundukkan juga 'ego dan riak' Man U yang kini mula memandang rendah pasukan-pasukan dalam EPL.

Terdengar khabar angin sejak minggu lalu bahawa Mourinho bakal menjadi pengurus Liverpool atau Real Madrid untuk musim hadapan (2010-2011), semalam juga menyaksikan rancangan liputan bola sepak iaitu Four Four Two (Astro 812) turut menyatakan tentang spekulasi Mourinho yang dikaitkan dengan Liverpool atau Real Madrid ini.
Apa-apapun Chelsea tidak harus putus semangat - dua piala menjadi sasaran kini iaitu Piala EPL dan Piala FA atau mungkin tiada piala langsung dapat diraih musim ini...?

3 ulasan:

pakcu berkata...

bawa bertenang, sabar dlm menghadapi dugaan :)
Patutnya kena cakap kat Pak Alex tlg kalahkan inter ye, sebab inter dah kalahkan Chelsea. Tolong revenge la buat kami la gitu. Baru la semangat 1England namanya :)

Mourinho mungkin lebih gemar ke england dr ke sepanyol.

Stamford bridge bukan kubu kuat lagi. Betul2 london bridge falling down..falling down..

Zaid Akhtar berkata...

ta'ziah.
but we'll support chelsea n gunners.
harap2 penyokong chelsea tak bakar bas dan bunuh org macam penyokong MU.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Kita nanti Man U bertembung Liverpool Ahad ini, mungkinkah 'darah merah' tercurah di Old Trafford?

Cikgu Zaid,
Liverpool tetap kelab utama diikuti ramai peminat dan lawan sepanjang zaman...