Khamis, Disember 24, 2009

MAJLIS HADIAH TUNAS REMAJA - CERPEN

1. Majlis ini diadakan pada 23 Disember 2009 (Rabu) di Dewan Bankuet DBP, Kuala Lumpur.
2. Diri ini dikhabarkan oleh pegawai program selaku urus setia utama tentang majlis penyampaian hadiah ini dua minggu yang lalu. Ketika itu pegawai yang menguruskan program ini sebenarnya ingin memberitahu bahawa pelajar sekolah Johor membolot hadiah 1 - 2 - 3 serta meraih 3 hadiah sagu hati. Salah satu cerpen yang meraih hadiah terkandung juga dalam buku antologi pada foto yang terpapar di sebelah.

3. Sekadar makluman umum, Hadiah Tunas Remaja ini diusahakan dan digerakkan oleh Bahagian Pengembangan Sastera Remaja dan Kanak-kanak DBP pada bulan Mac / April yang lalu. Konsepnya - setiap sekolah perlu menghantar karya cerpen yang terbit dalam majalah sekolah masing-masing iaitu majalah tahun 2008. Cerpen ini dinilai untuk menerima hadiah iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga serta hadiah sagu hati.
4. Ketika borang penyertaan mula dikeluarkan, pegawai program ini meminta agar diri ini menghebahkan dan menyebarkan maklumat hadiah ini sebanyak dan seluas mungkin kepada sekolah-sekolah menengah di Johor dan Melaka; maka diri ini giat sedaya upaya yang seadanya menggerakkan hal hebahan dan mengedarkan borang penyertaan sedaya mampu yang terjangkau dalam keterbatasan diri ke beberapa daerah di negeri Johor dan Melaka.
5. Pabila pegawai program itu nyatakan kepada diri ini dua minggu yang lalu bahawa pelajar Johor bolot hadiah utama 1 - 2 - 3 serta 3 sagu hati, maka diri ini rasa puas juga kerana ada sepicing dan senipis usaha yang digerakkan diri ini walaupun sekadar menyebarkan maklumat dan borang penyertaan kepada sekolah-sekolah menengah di negeri Johor dan Melaka.
6. Namun jauh di sudut hati rasanya banyak lagi sekolah di negeri Johor sekadar memandang sepi tentang hal penyertaan karya kreatif yang dihasilkan pelajar untuk dinilai... kebanyakan sekolah tidak mengambil berat tentang hal sastera dan berkarya maka peranan beberapa pihak termasuk DBP harus giat dan berusaha gigih semampunya agar perkara tentang sastera dan pengkaryaan pelajar boleh diketengahkan untuk manfaat ramai.


Catatan kecil: 2 buah buku antologi karya puisi dan cerpen pelajar Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka 2008 - 2009 anjuran penuh DBPWS dengan kerjasama JPNJ dan JPNM bakal terbit sedikit masa lagi yang berjudul 'Astaka Bahasa' (antologi puisi) dan 'Mawar: Taman Ezzflowz' (antologi cerpen), mungkin dalam masa 1 - 2 minggu lagi... sesiapa yang inginkan buku cetakan terhad ini bolehlah beritahu diri ini supaya dapat disimpan awal. Terima kasih.

5 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

tahniah tuan RAR.
budi baik tuan dikenang jua di bumi Ujong Madini ini.

simpankan saya satu naskhah antologi, jika tidak jadi keberatan.

terima kasih.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Syukur kerana pelajar Johor membolot hadiah utama dan sagu hati. Usaha RAR amat dihargai oleh semua pihak di Johor. Ttg antologi yang bakal terbit, mudah-mudahan akan menyemarakkan sastera Johor ini. Saya tidak mahu RAR simpan antologi itu satu untuk saya, kerana saya mahu tiga! he..he..he...

NASSURY IBRAHIM berkata...

Alangkah seronoknya jika setiap bulan dapat membaca JENDELA SELATAN. Alamat hamba,

NASSURY IBRAHIM, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa, 16109 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM.

Jemputan, selamat berkunjung ke blog 'kedaibukumaya.blogspot.com'

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Pasti untuk cikgu diberikan nanti kerana cikgu juga termasuk antara tenaga pembimbing yang ada membantu DBPWS selama ini.

Cikgu Azhar,
1. Seadanya tolong pihak Ibu Pejabat DBP untuk sampaikan makluman dan promosi semampu yang terjangkau untuk negeri Johor dan Melaka dalam Hadiah Tunas Remaja (Cerpen) ini.
2. Usah dibicara soal 1 atau 3 atau berapa sekalipun..., yang pasti dua buku ini tidak akan terbit jika tanpa usaha besar, penat lelah dan bersungguh-sungguh cikgu selama ini dalam hal jenama Perkampungan ini... lihat sahaja sejak 4-5 tahun belakangan ini (tahun 2005 - 2009) walaupun Perkampungan sudah wujud sejak tahun 2002, hanya cikgu yang tahu...

Tuan Nassury,
1. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca blog seadanya kerdil dan kecil saya, diri ini juga sesekali ada berkunjung dan membaca blog tuan melalui pautan blog rakan yang lain. Selepas ini blog tuan akan saya pautkan dalam blog ini.
Secara peribadi diri ini suka membaca tulisan dalam blog tuan ini apatah lagi ada juga selitan unsur satira dan kritikan halus yang berkaitan politik dan isu semasa negara. Teruskan tuan.
2. Saya akan usahakan poskan Jendela Selatan yang masih ada dalam simpanan saya untuk 2-3 keluaran yang lalu kepada tuan dalam sedikit masa lagi.
Terima kasih.

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi yang dihormati. tahniah en.rusdi dengan usaha hebat; yang memangkin pencapaian pelajar/penulis pelapis johor. semoga adik2 ni tekal berkarya.