Jumaat, Disember 11, 2009

KRITIK KERANA MASIH SAYANG...

Sebentar tadi dapat perkhabaran dalam berita radio (pukul 7 malam) dan berita Buletin Utama TV3 (8 malam - tajuk berita kedua utama disiarkan) bahawa pasukan bola sepak Malaysia Sukan SEA Laos layak ke separuh akhir selepas menewaskan Thailand 2 - 1. Tahniah buat pasukan bola sepak bawah 23 tahun kerana berjaya layak ke separuh akhir serta berjaya menewaskan Thailand.
Alang-alang sudah berjaya ke separuh akhir teruskan bersungguh-sungguh untuk meraih pingat emas nanti! Tapi janganlah pula rasa 'riak dan angkuh' menebal di dada pemain dan pengurusan pasukan bola sepak Malaysia yang berada di Laos kini kerana berjaya tewaskan Thailand... Tingkatkan usaha menambahkan mutu permainan.
Beberapa hari yang lalu saya menulis (mengkritik) dalam dua entri tentang pasukan Malaysia ini. Saya dihubungi oleh 3-4 orang rakan melalui telefon dan SMS yang agak sinis menyatakan saya tidak patriotik!, lalu saya menjawab bahawa sayalah orang yang patriotik kepada negara dalam hal ini kerana kritikan itu menandakan saya prihatin dan ambil tahu - kritikan itu menandakan bahawa masih ada rasa sayang dan cinta terhadap pasukan bola sepak kebangsaan. Teguran dan kritikan itulah melambangkan rasa sayang agar pasukan kebangsaan tidak terus 'hanyut tertinggal' berbanding pasukan bola sepak negara serantau di Asia Tenggara.
Sekali lagi - kritikan itu tanda minat, ambil tahu dan sayang...

1 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Saya bersetuju dengan pendapat RAR, kita mengkritik kerana naluri ambil tahu, prihatin dan sayang akan bola sepak negara. Jika disebabkan bola sepak kita dituduh tidak patriotik, itu tuduhan yang melulu sebenarnya. Banyak lagi perkara lain yang lebih "besar" jika hendak disabitkan dengan semangat patriotik ini. Kita mengkritik kerana sukan bola sepak masih dianggap sukan nombor 1 di negara kita. Jadi, salahkah kita mengkritik jika pasukan bola sepak negara menghuni tempat yang agak corot dalam sukan yang dianggap nombor 1 ini?