Bangga
1. Rasa bangga atas kejayaan pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia yang berjaya meraih emas dalam Sukan SEA ke-25 di Laos semalam.
2. Sememangnya sebelum perginya pasukan ini ke Laos tiada harapan buat Malaysia meraih emas apatah lagi majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan bola sepak negara (termasuk diri ini) 'sinis dan jadi bahan lawak' pabila sebut pasal pasukan bola sepak Malaysia.
3. Kritikan sinis yang dilemparkan sebenarnya membuktikan ramai yang masih prihatin dan sayang akan bola sepak Malaysia. Kebanggaan mula berputik selepas Malaysia menewaskan Thailand dalam peringkat kumpulan serta menewaskan Laos dalam perlawanan separuh akhir.
4. Bangga melihat aksi dan skil pemain Malaysia walaupun tidaklah sehebat pemain dalam liga-liga negara Eropah seperti kutipan dalam entri sokernet.blogspot bertajuk 'Malaysia Menang Emas Dalam Sukan Bola' seperti di bawah:
- Juga, sejak 1989, antara taktik serangan terbaik yang dipersembahkan oleh pemain Malaysia, setuju? (Come on, rasanya ada empat lima miss opportunity stail EPL, kira orait la tu dari trademark Malaysia sebelum ini).
- Juga, selari dengan corak serangan yang menarik, ada beberapa throughpass kreatif dari Malaysia. Tak ada la sampai tahap Eropah la kan, tapi orait la untuk standard Malaysia.
- Juga Malaysia sudah ada jarang trademark pass tepi tapi tak ada siapa yang sambut bola.
- Juga, selari dengan corak serangan yang menarik, ada beberapa throughpass kreatif dari Malaysia. Tak ada la sampai tahap Eropah la kan, tapi orait la untuk standard Malaysia.
- Juga Malaysia sudah ada jarang trademark pass tepi tapi tak ada siapa yang sambut bola.
Bimbang
1. Bimbang rasanya... seperti kata dalam sokernet.blogspot bahawa '- Ah, bila pikir balik FAM yang bakal mendabik dada kata kejayaan ini hasil kepala otak diorang, otak jadi lesu. Kata-kata ini juga ada benarnya kerana takut 'penyakit rasa bangga dan riak melampau' akan dijunjung oleh sebuah badan yang jaga bola sepak negara sejak selepas merdeka hingga kini.
2. Melihat gaya pemain Malaysia sambut kemenangan semalam semacam lagak pasukan Man U / Liverpool / Chelsea raih piala EPL atau lagak Barcelona / Real Madrid raih Champions League atau Brazil / Itali / Perancis raih Piala Dunia. Bimbang rasanya kerana mungkin ada unsur 'riak dan bangga diri melampau' dalam kalangan pemain Malaysia... makanya mungkin rasa 'tak sedar diri melampau' akan membekas dalam diri pemain (minta dijauhkan).
3. Laporan pascaperlawanan dan berita dalam televisyen semalam juga 'menakutkan' jika diteliti kata-kata yang diluahkan, 'pujian terlampau' menjadi inti pati yang tidak terkawal, manakala dalam laporan akhbar utama hari ini juga bernada sama.
4. Bimbang menyelubungi rasa, takut 'penyakit unggul' sukan Malaysia akan kembali pabila menang sesuatu maka 'riuh dan besar kepala' selepas itu terus merudum... harap tidak begitu berulang terjadinya 'penyakit' ini.
5. Apa-apapun PASUKAN UTAMA bola sepak kebangsaan juga harus buktikan sesuatu dalam bentuk peningkatan dan kejayaan yang lain juga khasnya peringkat Asia Tenggara dalam kejohanan yang lebih besar dan unggul.
10 ulasan:
tahniah malaysia.ye kritik bukan krna x cinta.kalau dah main mcm hampas kelapa xkannak puji plak.tp skuad 23 mmg membawa kelainan, x mcm skuad senior yg terabaa-raba. budak2 nih main semangat. x lembik.bangkit utk bungkuskan siam sgt la mengujakan.
FAM ? mmg keje depa nak takbur.bila agaknya FIFA nak ban FAM kerna campurtgn politik yg menyerabutkan. kalau aku jadi player pahang, aku pindah tema lain. x rasa trhina ke main liga super atas ehsan. hang tu tak layak. tau tak x layak ? Presiden hang je dok selamatkan hang tiap tahun..hehe emo la plak.
Salam RAR,
Saya sekadar mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang mengungguli pingat emas sama seperti saya mengucapkan tahniah kepada atlet lain yang turut menyumbangkan kilauan pingat itu kepada negara. Bagi saya, terlalu awal untuk memuji skuad bola sepak ini secara "melampau" kerana saya akan memantau prestasi skuad negara dalam kejohanan-kejohanan lain pada masa yang akan datang. Sekiranya skuad bola sepak negara mampu mengekalkan momentum kemenangan (paling tidak dua atau tiga kejohanan), tidak salah sekiranya saya menghamburkan pujian itu - tetapi tidaklah terlalu melangit. Cukuplah yang sekadarnya sahaja.
Salam RAR,
Pendek kata, gua sejak dulu sampai sekarang, tidak pernah kagum, bangga, dan seumpamanya dengan pasukan bola sepak negara kita. Memang mereka meraih pingat emas, tetapi percayalah, esok lusa mereka akan tertiarap dengan memalukan. Walaupun ada yang tidak setuju, tak apalah, gua tak suruh sokong pun. Takat menang dengan gol sendiri, apalah sangat. Gua pun tonton game tu, main macam taik itik! Taik itik lagi cantik! Taik itik boleh! Sori bro, kalau ada yang tak setuju!
bro.azhar,emo nye.
walaupun ia gol sendiri, ia tetap satu usaha drpd mereka. bukannya pemain vietnam ambik bola sepak dlm gol mereka.
jika kita taik itik, team lain yg dah bungkus dgn kita pastinya lebih drpd itu, atau bagaimana ?
perkara esok lusa buka dlm perkiraan kita bro...lu tau ke esok Liverpool akan kalah dgn portsmouth ?
team yg ada perlu terus dibibing, kurangkan campurtgn politik, jgn bg insentif lebih2 sampai budak2 tu naik lemak.
walau apa pun, saya tetap sokong "taik itik"..walaupun minggu depan mereka bungkus lawan timor leste.
Salam Saudara Rusdi. Saya menonton permainan itu, tetapi tertidur sekejap semasa permainan berlangsung (bukan ketika masa rihat). Tak sedar bila tidur. Saya memang bosan tengok permainan tak senonoh kedua-dua pasukan. Yang paling menyakitkan hati apabila penjaga gol Vietnam "berlakon" cedera. Setiap kali dia pulih, penyokong Vietnam bersorak. Dia jadi seronok dan ketagih cedera. Saya meletakkan permainan ini dalam kategori "bawah 12 tahun" peringkat sekolah-sekolah kebangsaan. Apo nak dikato lai...
Saya sendiri tidak minat bola. Tapi hari tu tengok juga siaran secara langsung melalui tv 2. Kecut-kecut perut dibuatnya, kerana saya masih berharap agar Malaysia dapat pingat emas.
Apa-apa pun tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun yang berjaya menjadikan sesuatu yang tidak dijangka akhirnya menjadi kenyataan.
Dalam apa juga perkara kita seharusnya bersungguh-sungguh barulah beroleh kejayaan. Di samping jangan lupa berdoa.
Pak Cu,
FAM yang dipegang oleh 'beliau' sejak berdekad lamanya masih begitu adanya, Pahang juga mendapat untung walaupun sepatutnya hanya layak bermain dalam Liga FAM atau Piala Presiden sahaja...!
Cikgu Nizar,
Kebimbangan utama pabila skuad 23 tahun ini terlalu dipuji melangit kini tanpa kawalan... takut 'penyakit lama' kembali.
Cikgu Azhar,
Ya... kebimbangan takut mereka ini akan tertiarap kembali dalam keadaan memamlukan kerana dipuji dan dijunjung teramat hebat tanpa kawalan...
Tuan Samsudin,
Permainan 'tak senonoh' itulah juga yang membimbangkan kerana rantau lain di Asia semakin meningkat jauh tetapi rantau Asia Tenggara adalah sedikit peningkatan...
Tn. Hj. Shapiai,
Berusaha bersungguh-sungguh lalu berdoa itulah amalan yang amat baik dalam disiplin kehidupan pelbagai bidang, usaha dan terus berusaha...
Tuan Rusdi,
kawan juga turut menyaksikan pertarungan itu. Separuh akhir lagi menarik.
>oh pasal BN dan SPR di payung itu kawan pun tak perasan. he he he
Tuan Azam,
Hamba ini pengamat dan pemerhati yang setia... Hehehe...
Bro,
Kedai2 mamak penuh sesak sepanjang perlawanan akhir disiarkan secara langsung. Wa tengok kat Medan Selera UDA..sampai angkat kerusi nak baling bila TAK GOL.. sapa kata bolasepak di Malaysia tak ada peminat. Sapa kata pasukan Malaysia tak ada yang minat?? Kalau main bagus..semangat..kalahpun orang tak bising. Yg orang bising ialah bila main macam taik..macam budak sekolah..haru biru..macam otak ditinggalkan di luar padang sebelum melangkah masuk ke padang. Semoga lepas ini ada "sesuatu" yang baru yg boleh melanjutkan kejayaan ini.
Catat Ulasan