ALAM BAHARU
Berdebar diri
meniti arah itu
langkah disusun beriring semangat diri
dalam doa dan azam terikat janji
berpaksi misi mengukuh peribadi
untuk secebis ruang berbakti
untuk mengerti dunia rasmi
meraih harap dan pengalaman seni
berpadu pasti bersulam murni
dalam rapi hilanglah sangsi
ke alam baharu menabur budi
dalam berani dan cekal hati.
Larkin - Skudai: 16 Disember 2009.
Catatan:
1. Terima kasih buat Hj. Zulkifli Khair atas kepercayaan dan tawaran ini, walaupun mulanya agak sangsi dengan upaya diri ini untuk berbakti namun atas dasar menimba pengalaman dan meraih ilmu maka diri ini memberanikan diri. Akhirnya diri ini memperoleh resolusi iaitu ruang dan peluang ini tidak harus dipandang sepi demi kelangsungan penyebaran nilai-nilai murni bersandarkan kreativiti.
2. Terima kasih Cikgu Azhar @ Sifuku kerana memberikan dorongan dan semangat melalui kata-kata penuh bermisi kepada diri ini serta atas bantuan dan keizinan tentang bahan-bahan yang bakal disediakan. Hasil kutipan pengalaman, semangat dan ketekunan yang besar Sifuku ini - dijadikan pedoman dan azimat buat diri ini untuk berbudi dan berbakti.
3. Membimbing insan berminda global 'sains - teknologi - komputer' yang tidak mengerti tentang dunia sastera dalam rencah kreatif merupakan cabaran besar harus ditempuhi demi melebarkan lagi nilai apresiasi terhadap dunia sastera dan bahasa, inilah peluang secebis yang ada untuk berbakti. Masih ada ruang untuk meniti untuk berbakti walaupun masih kurang pengalaman diri.
Bersambung...
5 ulasan:
RAR,
selamat pengantin baharu.
:-)
Assalamualaikum Munsyi Azhar. Saya cuba telefon tuan beberapa kali tetapi gagal. Saya juga ada menghantar mesej melalui sms. Mungkin tuan sibuk. Apa-apa pun, selamat menyambut awal muharam. Semoga Allah senantiasa memberkati usaha tuan dan kita semua. Wassalam.
Salam RAR,
Adakah Bilik Kuliah 7 ini ada misterinya seperti kisah "Gadis Pukul 12 Malam"? Hehehe.... Tahniah hamba ucapkan. Teruskan perjuangan RAR!
Salam RAR,
Mungkin apa-apa yang gua bantu RAR tidak sebesar dengan apa-apa yang RAR telah bantu gua. Apa-apa pun, gua ucapkan tahniah dan syabas. Teruskan perjuangan kerana gua terlalu amat yakin bahawa RAR mampu melakukan jauh lebih cemerlang daripada apa-apa yang RAR jangkakan. Gua yakin RAR mampu menjalankan tanggungjawab ini dengan berkesan sehebat prestasi RAR di DBPWS. Gua pasti RAR akan berbakti pada tahap Gaban!
2 minggu dah berlalu, maknanya bolehlah tu. Selamat bertugas dan saya tempah sebuah antologi cerpen remaja Johor. Tahniah!
Catat Ulasan