Khamis, Disember 03, 2009

MARTABAT BAHASA MELAYU - BERNAMA TV

Tiga ahli panel diskusi 'Memartabatkan Bahasa Melayu' - Helo Malaysia BERNAMA TV (Astro 502).


Shamsudin Othman - ahli panel yang penuh semangat, tenang dan berkeyakinan ketika kemukakan hujah dan menjawab soalan. Tahniah anak jati Johor!

(Catatan: Foto di atas dirakam secara langsung menggunakan kamera peribadi.)

1. Semalam sempat menonton dan mengikuti rancangan bual bicara 'Helo Malaysia' melalui siaran BERNAMA TV (Astro 502) pukul 10 hingga 11 malam. Isu dan isi perbincangan tentang 'Memartabatkan Bahasa Melayu' dipengerusikan oleh Sherkawi Jirim dengan menampilkan tiga ahli panel iaitu Shamsudin Othman (dirujuk sebagai Pensyarah UPM), Borhan Mohd Zin (Pengerusi Biro Perhubungan Komunikasi dan Media GAPENA) dan Ahmad Ibrahim (Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia).

2. Sempat mencatat juga tentang isi ringkas yang disampaikan oleh ahli Shamsudin Othman antaranya seperti berikut:
- krisis identiti masyarakat kini tidak yakin dengan diri sendiri.
- pihak pelaksana di atas sendiri yang tidak berperanan.
- konsep pelaksana dan pelaksanaan yang mengelirukan.
- teras bangsa Malaysia paksinya bahasa Melayu.
- konsep 1 Malaysia cuba memartabatkan bahasa Melayu ke tahap bahasa ilmu tinggi.
- mengangkat martabat bahasa Melayu itu perlu dalam gagasan 1 Malaysia.

3. Juga sempat mencatat isi hujah dua panel lain termasuk pengerusi seperti di bawah:
- orang Melayu sendiri yang tidak martabatkan bahasa Melayu.
- kepimpinan melalui teladan.
- kalau pemimpin perlekeh bahasa maka orang bawah bagaimana.
- pelaksana itu pemimpin utama.
- GAPENA berjanji hidup mati pertahankan bahasa Melayu.
- pokok pangkalnya kesungguhan kita.

4. Menarik juga perbincangan semalam sehingga menyentuh soal bahasa Melayu dalam konsep gagasan 1 Malaysia, konsep pelaksana (pemimpin), bahasa ibunda kaum lain, teras bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan negara, dan pelbagai lagi isi yang tersentuh dalam tempoh hampir satu jam diskusi ini.

5. Tahniah buat Tuan Hj. Shamsudin Othman yang lancar dan penuh ilmu dalam menyampaikan hujah dan isi serta idea dalam rancangan ini semalam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Sifu Rusdi. Bagi pencinta bahasa, berita-berita seumpama ini sememangnya menggembirakan. Tetapi "kokokan"nya tidak berapa nyaring untuk didengar oleh banyak orang. "Salakan" penguasa tentang hal ini mungkin memberi impak yang lebih besar. Sayangnya penguasa tidak ke situ fikirannya. Mereka ada hal lain yang jauh lebih penting daripada soal bahasa yang dikatakan amat remeh. Wallahualam.