Khamis, Disember 31, 2009

BERAKHIRNYA 2009 - SELAMAT DATANG 2010

Foto Hiasan: 'ASTAKA BAHASA' - Dami buku antologi karya puisi pelajar yang akan diterbitkan DBPWS sedikit masa lagi...



Pencapaian Program Tahun 2009

1. Secara jujur dan ikhlas dinyatakan bahawa pelaksanaan program pengembangan dan apresiasi sastera DBPWS tahun 2009 dapat digerakkan secara kasarnya sebanyak 95% mengikut perancangan yang dibuat bermula Disember 2008 ditambah pula perancangan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan permintaan.

2. Sebanyak 36 program dan aktiviti yang terlaksana dalam konteks anjuran penuh, anjuran bersama dan status dengan kerjasama bagi negeri Johor dan Melaka pada tahun 2009 ini. Atas bantuan dan kerjasama pelbagai jabatan kerajaan dan petubuhan bukan kerajaan di negeri Johor dan Melaka maka terlaksanalah program dan aktiviti yang meliputi skala besar, skala sederhana dan skala kecil.

3. Dalam setahun menggerakkan program tersebut terdapat beberapa kekangan peribadi (dibaca sebagai cabaran, hikmah dan rahmat-Nya) yang melanda diri ini (tetapi ini bukanlah boleh dijadikan alasan yang mewajarkan untuk kurang menggerakkan program!) sepanjang 12 bulan dalam tahun 2009 ini. Antara halnya termasuklah:
i. Cuti selama 31 hari (16 Januari - 15 Februari) kerana pembedahan mata.
ii. Terpaksa ‘kuarantin diri sendiri’ (tidak boleh berlama-lamaan keluar dari Johor Bahru: 4 Mac - 4 Mei) kerana isteri ditahan di hospital selama 2 bulan.
iii. Menerima cahaya mata baharu yang ketiga - isteri bersendirian berpantang hanya di rumah, bukannya bawa balik ke kampung.

4. Perjalanan semakin rancak untuk 6 bulan kedua (Julai - Disember 2009) dengan pelbagai program yang tertunggak yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 6 bulan pertama (Januari - Jun) termasuklah 7 program sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 Negeri Johor dan Melaka yang diadakan sepanjang bulan Oktober 2009. Antara 36 program yang telah dilaksanakan termasuklah (hanya menyebut beberapa program yang agak berskala besar serta cabaran dan rintangan yang agak besar):
i. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Melaka 2009: 10-12 Mac di Air Keroh D’Village, Ayer Keroh, Melaka. (Anjuran bersama DBPWS dan JPNM)
ii. Kursus Pengucapan dan Penilaian Sajak Negeri Johor: 2 April di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Sri Gading, Batu Pahat, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
iii. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor 2009: 14-16 April di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
iv. Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim ke-7: 17 Julai di PERSADA Johor, Johor Bahru. (Anjuran Kerajaan Negeri Johor diselenggarakan oleh YWJ dengan kerjasama MKNJ DBPWS, PPJ)
v. Kolokium Penulis Johor 2009: 18 Julai di Balai Seminar DBPWS, Johor Bahru, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPJ)
vi. Pengucapan Puisi Alam Gunung Ledang: 31 Julai - 2 Ogos di Kompleks Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak, Johor. (Anjuran PTNJ, DBPWS, PPJ dan YWJ)
vii. Sayembara Deklamasi Puisi Patriotisme Sekolah Daerah Johor Bahru: 8 Ogos di Plaza Angsana, Johor Bahru. (Anjuran DBPWS dan Perpustakaan Sultan Ismail MBJB)
viii. Program Kembara Seni dan Sejarah 2009: 8 - 9 Ogos di Pontian Kecil dan Pulau Pisang, Pontian, Johor. (Anjuran bersama PPJ dan Pejabat Daerah Pontian dengan kerjasama DBPWS)
ix. Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2009: 20 Ogos di SMK Raja Muda, Muar, Johor. (Anjuran BTKS DBP, DBPWS dan PPJ Muar)
x. Majlis Pelancaran BBK 2009 Negeri Melaka dan Gema Puisi Patriotisme (Sempena BBK 2009 Melaka): 1 Oktober di Melaka Mall, Melaka. (Anjuran bersama DBPWS, IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka)
xi. Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ dan Pementasan Teater Mini 15 Minit ‘Bidan Ketujuh’ (Sempena BBK 2009 Melaka): 3 - 4 Oktober di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka. (Anjuran bersama DBPWS dan JKKNNM dengan kerjasama IKSEP dan RTM Melaka)
xii. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan (Sempena BBK 2009 Johor): 4 - 8 Oktober di Kukup, Pontian, Johor. (Anjuran KPM diselenggarakan oleh JPNJ dengan kerjasama DBPWS)
xiii. Pementasan Teater Negeri Johor ‘Srikandi Tanah Jauhar’ (Sempena BBK 2009 Johor): 23 - 24 Oktober di Auditorium RTM Johor, Johor Bahru. (Anjuran bersama DBPWS dan Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru dengan kerjasama JKKNNJ dan RTM Johor)
xiv. Pemilihan / Penilaian Karya dan Penerbitan Buku Antologi Puisi dan Cerpen Pelajar Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Negeri Johor dan Melaka 2008-2009: November - Disember. (Pelibatan bersama Unit Sastera dan Unit Penerbitan DBPWS)
xv. Dialog Penyair Johor: 26 Disember di Restoran Baser, Kota Tinggi, Johor. (Anjuran PPJ dan DBPWS)

5. UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH atas kerjasama dan budi serta jasa yang penuh pelbagai jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan terutamanya PPJ termasuklah individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan 36 program yang telah terlaksana sepanjang tahun 2009 ini. Tanpa anda dan pelbagai jabatan serta pertubuhan bukan kerajaan maka program tersebut sukar untuk diadakan.
Perancangan Asas Program Tahun 2010 (Januari - Jun)

1. Pemotongan peruntukan perbelanjaan sebanyak 30 - 40% mungkin mengekang sedikit perancangan dan pelaksanaan program sastera dalam tahun 2010, namun ini bukanlah boleh dijadikan alasan untuk mengurangkan pelaksanaan program dan aktiviti tetapi berbelanja secara bijak dan strategik.

2. Antara perancangan asas Januari - Jun 2010 (dalam bentuk awalan - diputuskan secara rasmi peringkat demi peringkat) program itu termasuklah:
i. Anugerah Sastera Negeri Melaka: 22 Januari 2010 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
(Anjuran Kerajaan Negeri Melaka diselenggarakan IKSEP dengan kerjasama DBPWS)
ii. Bicara Karya Sastera Negeri Melaka: 22 Januari 2010 di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. (Anjuran DBPWS, BTKS DBP dengan kerjasama IPGPPM)
iii. Ekpresi Sastera Melaka (Radio Melaka FM): Februari - Julai 2010.
iv. Bersama Pengarang KOMSAS (Daerah Kota Tinggi): Februari 2010 di SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPD Kota Tinggi)
v. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor 2010: Februari 2010 di Kulai Jaya, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
vi. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Melaka 2010: Februari 2010 di Ayer Keroh, Melaka. (Anjuran bersama DBPWS dan JPNM)
vii. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Segamat: Mac 2010 di SMK Gemereh, Segamat, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPD Segamat)
viii. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Batu Pahat: Mac 2010 di Batu Pahat, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPD Batu Pahat)
ix. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Mersing: Mac 2010 di Mersing, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPD Mersing)
x. Dialog Penulis Johor - Singapura: April 2010 di Johor Bahru, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPJ)
xi. Celik Sastera dan Budaya: April 2010 di Tangkak, Johor. (Anjuran bersama YPJ dan DBPWS)
xii. Gema Puisi Mersing: April 2010 di Mersing, Johor. (Anjuran bersama JKMM Endau, DBPWS dan PPJ)
xiii. Seminar Puisi Melayu Tradisional dan Malam Gema Puisi: April 2010 di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. (Anjuran bersama IPG Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM) dan DBPWS)
xiv. Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2010: Mei 2010 di Batu Pahat, Johor. (Anjuran BTKS DBP, DBPWS dan PPJ)
xv. Wacana Karya Sastera dalam Nilai Patritiotisme: Mei 2010 di Melaka (Anjuran IKSEP dan DBPWS)
xvi. Malam Puisi Citra Kota Tinggi: Jun 2010 di Kota Tinggi, Johor. (Anjuran bersama DBPWS dan PPJ)
xvii. Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2010: Julai 2010 di Johor Bahru, Johor. (Anjuran DBPWS dengan kerjasama JKKNNJ dan MTNJ)


3. Perancangan 6 bulan pertama seperti di atas pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa bantuan dan kerjasama pelbagai jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan seperti PPJ dan badan-badan lain.
Catatan:
Jangan dilupa bahawa tahun 2010 ini juga merupakan tahun Piala Dunia yang bermula Jun nanti... kemungkinan tumpuan agak sedikit terganggu tetapi pelaksanaan program atas nama tugas hakiki harus diutamakan!

5 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Rusdi. Tuan memang hebat. Dah siap laporan tahun 2009 dan perancangan tahun 2010. Semoga semua yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selamat Tahun 2010 kepada Rusdi & keluarga.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Saya mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada RAR (DBPWS) yang telah banyak menyumbangkan khidmat dan bakti bagi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkembang sastera di bumi Johor ini. Saya mendoakan semoga tahun 2010 RAR dan DBPWS akan terus memberikan khidmat dan bakti kepada masyarakat. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada DBPWS (RAR) kerana telah mengundang diri ini dalam beberapa program kerjasama KPM, JPNJ dan DBP sepanjang tahun 2009. Terima kasih....terima kasih...terima kasih!

Sham al-Johori berkata...

Salam tuan tanah hujung semenanjung,
Tahniah atas kejayaan DBPWS menguruskan amanah yang diberikan. Moga tuan terus sukses dan diperkuatkan azam untuk meneruskan agenda bahasa dan sastera MElayu.
Salam.

Zaid Akhtar berkata...

Salam.
Tahniah RAR atas kejayaan 2009.
Wah, perancangan 2010 juga sudah lengkap. Bulan Februari nanti perkampungannya di Kulai ya? Macam biasa, ada game live tak? Hehehe

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Samsudin / Cikgu Nizar / Tuan Shamsudin UPM / Cikgu Zaid,
Seadanya pencapaian 2009 dan perancangan 2010 kerana itu tugas hakiki yang ingin dihulurkan semampu yang boleh, juga atas dasar minat - sayang - cinta maka pengorbanan harus dilakukan tetapi jika tiada minat - sayang - cinta maka kerja tidak menyerap dalam diri dan jiwa... mungkin sekadar memenuhkan tuntutan kerja tanpa jiwa dan roh yang ada.
Terima kasih atas semua kata-kata itu, akan teruskan usaha semampu daya yang ada walaupun peruntukan semakin mengecil tahun 2010 ini(dipotong 30% berbanding 2009).