Ahad, Februari 28, 2010

SANTAI: MENTARI MERAH DI UFUK BARAT

Baju T 'Search - Langit dan Bumi' yang dihadiahkan oleh Sdra. Sharrul Rizal.

Treler membawa kelengkapan konsert Search di Johor Bahru pada 9 Mei 2009.

Secara kebetulan serta tidak disengajakan menonton rancangan Melodi TV3 (Ahad - 28 Februari 2010 - 1.15 tengah hari), ada paparan cerita dan visual video tentang jelajah konsert Search di Britian. Memang diri ini mengikuti serba sedikit tentang perkembangan konsert Search ini melalui blog seorang pengikut tegar Search iaitu blog Sdra. Sharrul Rizal (sharrulrizal.blogspot.com - Dari Khutub Khanah) serta melalui beberapa pautan facebook tentang Search dan media cetak (sebelum Search ke Britian). Dalam blog Sdra. Sharrul Rizal dipaparkan beberapa foto konsert Search itu.
Dalam rancangan Melodi TV3 itu dipaparkan serba sedikit visual aksi konsert dan temu bual bersama Search serta beberapa peminat. Konsert yang dilangsungkan di tiga tempat iaitu di Dublin (16 Februari 2010), di London (18 Februari 2010) dan di Liverpool (21 Februari 2010). Walau hanya seketika dipaparkan aksi konsert Search di Britian ini ketika rancangan Melodi TV3 namun rasa teruja juga melihatnya, ya juga paparan foto dalam blog Sdra. Sharrul Rizal.
Terima kasih TV3 dan Sdra. Sahrrul Rizal kerana paparan cerita dan foto tentang jelajah konsert 'Mentari Merah di Ufuk Barat' tersebut.

1 ulasan:

Sharrul Rizal Hashim berkata...

Jangan lupa persembahan Search itu juga akan ditayangkan di Astro. Cuma masa dan tarikh belum dipastikan lagi. Terdapat juga ura-ura yang akan keluar CD Search Live In Dublin, dan juga buku bergambar semasa mereka menjelajah UK.