Ahad, Februari 07, 2010

RAJA LAWAK 4 - ANJXXG TERKELUAR JUGA...


Sudah musim ke-4 menyaksikan rancangan realiti TV iaitu Raja Lawak yang tersiar dalam rangkaian Astro Prima 105. Sudah 3 individu @ kumpulan telah dinobatkan johan sebelum ini, johan sebelum ini cukup berbakat dan punyai nilai dan idea lawak yang baik dan berkesan (bukannya terlalu banyak bergantung kepada lawak bodoh semata-mata).

Menonton Raja Lawak (sebuah rancangan pertandingan realiti TV yang berunsurkan hiburan) ini sekurang-kurangnya dapat menambahkan serba sedikit ilmu dan pengamatan terhadap suasana dan tingkah laku masyarakat Malaysia masa kini, berbanding menonton realiti TV seperti Akademi Fantasia (AF) yang penuh dalam kelalaian serta merugikan masa juga penuh dengan khayalan glamor tanpa ada unsur ilmu dan pengajaran yang mebina pemikiran yang boleh dijadikan panduan mulia (maaf ya buat peminat tegar AF...).

Raja Lawak Musim ke-4 (sehingga minggu 6...)

Pada minggu ke-3 (jika tidak silap) seorang jurinya iaitu Din Beramboi secara terus terang menggelarkan kumpulan AN2 sebagai kumpulan ANJXXG..!, sudah selayaknya kumpulan AN2 itu diberi gelar ANJXXG kerana idea dan paparan lawaknya tahap 'membodohkan' diri dua orang ahli kumpulan ini namun kumpulan ini bertahan kerana RUPA PARAS MANJA DAN AGAK KACAK ATAU ISTILAH YANG POPULAR KINI 'CUTE'... maka undian untuk kumpulan ini agak tinggi kerana harapkan muka 'cute' semata-mata (amat benar serta sokong penuh kata-kata Afdlin Shauki - Bob Lokman - Din Beramboi setiap minggu). Minggu demi minggu kumpulan ANJXXG @ AN2 ini kekal namun semakin tinggi 'lawak bodohnya' terserlah. Juri yang terdiri daripada Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki terus kritik dalam nada sinikal.

Malam ini (minggu 6) akhirnya kumpulan ANJXXG @ AN2 terkeluar juga setelah bertahan dengan bangganya dengan 'lawak tidak menjadi dan lawak bodohnya'. Tidak dapat dinafikan terdapat juga peserta lain dalam musim ini yang punyai tahap 'lawak bodoh' namun mereka cepat sedar diri serta cepat mengubah diri dalam penampilan idea dan bahan lawaknya berbanding kumpulan ANJXXG @ AN2 ini. Tambah parah juga Din Beramboi malam ini juga mengambil contoh dialog dalam lawak kumpulan ANJXXG @ AN2 ini iaitu "pergi jahanamlah...", maka selayaknya pada tahap sebenarnya kumpulan ANJXXG @ AN2 ini terkeluar...

Sesungguhnya menonton Raja Lawak sebegini dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang tahap pemikiran terhadap manusia yang menjadi pelawak dan kandungan lawak pada zaman kini; sekurang-kurangnya ada nilai pemikiran dan pengajaran yang boleh dikutip dalam idea serta bahan lawak / bahan sinis yang disampaikan oleh pelawak individu mahupun berkumpulan.

Berbanding rancangan realiti TV AF yang saban tahun melalaikan itu (sudah tahun ke-8 rasanya melalaikan manusia remaja Melayu khususnya...), apakah nilai pemikiran positif yang diperoleh? Namun apakan daya cita rasa, minat dan pemikiran masing-masing berbeza, kita dalam negara demokrasi amat bebas rasanya dalam soal hiburan seumpama AF sebegini...!?

2 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Sepatutnya kumpulan ini terkeluar dari minggu pertama lagi kerana lawak yang mereka susah amat untuk membuat saya ketawa (lawak ngeri agaknya). Saya mengakui, tidak semua peserta dalam episod RL yang lalu dapat meletakkan diri mereka dalam rancangan2 bercorak komedi di skrin TV, namun ada beberapa orang pelawak yang berjaya "mewujudkan" diri mereka dalam bidang ini seperti Yus, Johan dan Jizan RL 1), Nabil, Along dan Nabil (RL 2) dan Sepah (RL 3. Namun kualiti untuk musim ke-4 ini agak kurang menyerlah kecuali Mamu, Idlan dan Alex. Mungkin 3 peserta ini yang akan mara ke peringkat akhir. AF8? Semakin ramailah remaja "KITA" yang berfantasi...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Diakui bahawa sebahagian besar peserta dalam Raja Lawak 4 ini kurang bermutu; namun 3 juri (Bob lokman - Afdlin Shauki - Din Beramboi) serta Zizan - Johan tetap menghiburkan dan menghangatkan suasana kali ini.
Elok benar kumpulan ANJXXG itu keluar... sepatutnya minggu ke-2 lagi sudah keluar.