Khamis, Februari 25, 2010

EMOSI: BENCI TAPI SAYANG

Emosi agak terganggu awal-awal pagi selepas menyaksikan perlawanan siaran langsung (Astro 813: 3.45 pagi - 5.30 pagi) pusingan kedua Champions League melibatkan pasukan yang diminati iaitu Chelsea menentang Inter Milan di Stadium San Siro, Itali. Chelsea tewas 1 - 2 dalam perlawanan dan penguasaan bola yang dikuasai Chelsea sebanyak 60%. Gembira dan ceria buat mantan pengurus Chelsea iaitu Jose Maurinho pabila pasukan bimbingannya Inter Milan (yang kini menguasai tempat teratas Liga Serie A Itali) memperoleh modal yang cukup berharga pabila berkunjung ke laman Stamford Bridge, London nanti.

Jaringan minit ketiga pasukan Inter Milan oleh Milito memeranjatkan, namun Chelsea mengikat kedudukan 1 - 1 hasil jaringan Kalou pada minit ke-51. Selepas empat minit Inter menjaringkan gol kemenangan jaringan Cambiasso (foto di atas) tanpa dicabar langsung oleh Petr Cech (penjaga gol Chelsea). Petr Cech dalam perlawanan ini turut mengalami kecederaan kaki yang serius sehingga digantikan oleh Hilario.


Benci (tapi sayang...) melihat aksi penyerang bernama Drogba (foto) pabila banyak terlepas peluang untuk mengancam pertahanan dan gol Inter Milan. Drogba ini memang disedari agak 'berlagak' pabila menonjolkan skil individu, awal pagi tadi banyak skil individu sama ada menerima bola dan membawa bola tersekat serta sia-sia sahaja. Ketangkasan dan permainan lincah Anelka - Lampard - Malouda - Terry - Ivanovic semacam sia-sia sahaja pabila bola tiba di kaki Drogba.

Chelsea sekali menentang Inter Milan (perlawanan timbal balik) pada 16 Mac 2010 nanti. Pastinya perit buat Chelsea yang kini bergelut menguasai kedudukan teratas English Premier League (EPL) pabila Man U pada kedudukan kedua EPL hanya beza satu mata sahaja selepas semalam menewaskan West Ham 3 - 0. Sabtu ini Chelsea akan menentang Man City dalam EPL, satu perlawanan getir buat Chelsea untuk menjarakkan kedudukan dengan Man U, manakala Man U pada Ahad ini akan 'penuh gigih bertungkus lumus' untuk memperoleh "piala kelas ke-3 (seumpama Piala Presiden atau Piala FAM dalam liga bola sepak Malaysia)" iaitu Piala Carling menentang Aston Villa.

Inilah bola sepak, segala emosi termuat dalamnya: debar - geram - suka - duka - riang - hampa - benci - rindu!

6 ulasan:

pakcu berkata...

sempat lagi melampiakan MU ye heheh. Piala Kelas KE-3 adalah lebih bermakna drpd empty handed at the end of the season..:)
( liverpool suka benar piala kelas ke-3 nih. sebagai rekod, mereka juara 7x heheh )

drogba merasa star. skor terbanyak dlm kem chelsea. ada ego. ia adalah normal. Ronaldo dulu pun begitu juga. Tamak haloba.

saya gembira aje Mourinho mng. Coz suka kat cara dia, cara psywar yg dia lancarkan, Harap2 dia sudi menggantikan pak alex bila pak alex bersara kelak.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Pak Cu,
1. Sekadar lampias ringan buat Man U yang makin konsisten mengejar Chelsea serta ingin merangkul Piala EPL dan Champions League (termasuk piala kelas ke-3 itu), hakikatnya diri ini 'emosi geram - benci - sayang' terhadap pemain Chelsea yang tidak mencatat kemenangan di San Siro, Itali.
2. Benar, Drogba itu 'besar kepala' tapi kadang-kadang golnya cukup berharga untuk sesuatu perlawanan samalah macam Ronaldo ketika di Man U...
3. Apa-apapun persaingan Man U - Chelsea - Arsenal makin terserlah untuk juara EPL; namun ramalan kecil bahawa 3 pasukan ini yang gagal ke pusingan suku akhir Champions League sukar untuk bergelar juara EPL 2009/2010...? tapi jika ketiga pasukan ini gagal siapa bakal juara EPL? mungkin Liverpool...?

JHaZKiTaRo berkata...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

Unknown berkata...

Salam RAR. Malu rasanya menjadi lelaki sepertiku yang kaki bangku dan tidak celik "soccer"....

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Chelsea yang tersungkur di kaki Inter Milan masih berpeluang menebus kekalahan itu di Stamford Bridge dalam perlawanan kedua. Namun yang paling saya tunggu-tunggu ialah perlawanan antara Chelsea dan Manchester City hujung minggu ini. Apakah persaingan BPL tahun ini masih dibayangi keputusan tahun lalu, MU memintas pada saat-saat akhir? Nantikan sahaja...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Aku Sebutir Pasir (Mohd Jhaznarul),
Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini yang kecil ini, terima kasih kerana berkunjung dari Dublin, Ireland.

Tuan Samsudin,
Tidak perlu malu rasanya, tidak rugi sepicing hidup jika 'tidak celik' bola sepak, yang penting ilmu dan pengalaman penuh dalam diri dalam meneruskan kehidupan. Minat serta 'celik' bola sepak dalam diri ini sebagai hobi dan santapan sebahagian kecil hidup tapi tanpa bola sepak dalam diri ini boleh resah juga dibuatnya... hehehe....

Cikgu Nizar,
Wayne Bridge tidak mahu bermain bersama Terry dalam skuad England kerana isu 'kawan makan kekasih kawan' namun kita lihat perkembangan seterusnya, ya... Chelsea lawan Man City esok.
Penyakit Chelsea semacam sudah mula berulang dalam EPL, saat-saat akhir (ketika baki 7-8 perlawanan lagi...) akan dipintas oleh pasukan Man U; Man U akan cuba rangkul 'piala kelas 3' Ahad ini.