Bakal pemain pasukan bola sepak Malaysia di tepi Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu merenung jauh nasib bola sepak Malaysia: "Bilakah Malaysia akan bermain dalam Piala Dunia... kecuali menjadi tuan rumah mungkin Malaysia Boleh!"
Awal pagi tadi (5 Disember 2009: 1 pagi - 2.30 pagi) sempat meyaksikan siaran langsung melalui Astro 811 undian kumpulan untuk 32 pasukan dalam Piala Dunia 2010. Undian berjalan lancar serta ditambah persembahan selingan lagu dan budaya juga paparan visual tentang persediaan Afrika Selatan ke arah kejohanan bola sepak paling besar di dunia ini yang hadir empat tahun sekali ini. Maka penentuan kumpulan A hingga H seperti di bawah:
A - Afrika Selatan, Mexico, Uruguay, dan Perancis.
B - Argentina, Nigeria, Korea Seatan, dan Greece.
C - England, Amerika Syarikat, Algeria, dan Slovenia.
D - Jerman, Australia, Serbia, dan Ghana.
E - Belanda, Denmark, Jepun, dan Cameroon.
F - Itali, Paraguay, New Zealand, dan Slovakia.
G - Brazil, Korea Utara, Ivory Coast, dan Portugal.
H - Sepanyol, Switzerland, Honduras, dan Chile.
Sekadar ramalan awal, diri ini secara peribadi memilih 2 pasukan bagi setiap kumpulan yang berhuruf miring dan gelap di atas akan ke pusingan kedua. Mengikut peraturan jadual perlawanan pusingan kedua seperti berikut:
Ramalan perlawanan pusingan kedua
- Pemenang A lawan kedua B : Perancis lawan Nigeria.
- Pemenang B lawan kedua A : Argentina lawan Mexico.
- Pemenang C lawan kedua D : England lawan Ghana.
- Pemenang D lawan kedua C : Jerman lawan Slovenia.
- Pemenang E lawan kedua F : Belanda lawan Paraguay.
- Pemenang F lawan kedua E : Itali lawan Cameroon.
- Pemenang G lawan kedua H : Portugal lawan Chile.
- Pemenang H lawan kedua G : Sepanyol lawan Brazil.
Ramalan perlawanan pusingan kedua di atas mungkin berubah menjadi pertemuan pasukan pilihan lebih awal iaitu:
- Perancis lawan Argentina.
- England lawan Jerman.
- Itali lawan Belanda.
- Brazil lawan Portugal.
E - Belanda, Denmark, Jepun, dan Cameroon.
F - Itali, Paraguay, New Zealand, dan Slovakia.
G - Brazil, Korea Utara, Ivory Coast, dan Portugal.
H - Sepanyol, Switzerland, Honduras, dan Chile.
Sekadar ramalan awal, diri ini secara peribadi memilih 2 pasukan bagi setiap kumpulan yang berhuruf miring dan gelap di atas akan ke pusingan kedua. Mengikut peraturan jadual perlawanan pusingan kedua seperti berikut:
Ramalan perlawanan pusingan kedua
- Pemenang A lawan kedua B : Perancis lawan Nigeria.
- Pemenang B lawan kedua A : Argentina lawan Mexico.
- Pemenang C lawan kedua D : England lawan Ghana.
- Pemenang D lawan kedua C : Jerman lawan Slovenia.
- Pemenang E lawan kedua F : Belanda lawan Paraguay.
- Pemenang F lawan kedua E : Itali lawan Cameroon.
- Pemenang G lawan kedua H : Portugal lawan Chile.
- Pemenang H lawan kedua G : Sepanyol lawan Brazil.
Ramalan perlawanan pusingan kedua di atas mungkin berubah menjadi pertemuan pasukan pilihan lebih awal iaitu:
- Perancis lawan Argentina.
- England lawan Jerman.
- Itali lawan Belanda.
- Brazil lawan Portugal.
Ramalan secara sinis juga bahawa pasukan yang mewakili kuota Asia tidak akan melangkah ke pusingan kedua, kecuali ketika Piala Dunia 2002 pabila Korea Selatan - Jepun menjadi tuan rumah sehingga membawa Korea Selatan ke perlawanan separuh akhir! Sepatutnya pasukan dari Asia cuma 2 pasukan sudah cukup, berilah kuota lebih kepada pasukan Eropah seperti Republik Ireland, Sweden, Republik Czech, Croatia, Bosnia, dan Rusia.
5 ulasan:
Salam Rusdi. Saya suka analisis tuan yang mengikuti perkembangan bola sepak (saya kurang minat bola sepak, hanya minat memancing seperti Nizar)tempatan dan peringkat dunia. Tetapi, yang paling saya minat ialah ulasan bergambar tuan, "Bakal pemain pasukan bola sepak Malaysia di tepi Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu merenung jauh nasib bola sepak Malaysia...". Betul-betul menyayat hati...
ada benar, tahun ini bukan tahun yg sesuai utk asia. tp kot jadi mcm n9 mana la tau kan.underdog yg gemilang. sbg rakyat asia x salah berharap hehe.
sadis buat rusia ( salah sendiri )
simpati buat ireland ( no mercy 4 henry ). i luv zizou only :)
sama2 kita saksikan jun nanti. bial dah tgk game di pusingan pertama baru bleh ramal dgn lebih tpt, team mana yg perform, team mana yg hampeh..
bakal player malaysia cilik tu nak main team mana nanti ? kelantan barangkali ? hehehe. mana yau kot dia yg leh bantu tamatkan penantian kelate
Salam Bro,
1.Pasukan dari benua Afrika sekarang digeruni Bro..sebab banyak pemain pasukan merupakan pemain pro dalam liga besar Eropah..depa mana heran tengok Mat Saleh sebab hari-hari main dengan Mat Saleh. Jangan pandang rendah kekuatan Ivory Coast, Nigeria, Ghana dan Cameron. Salah satu akan jejak ke separuh akhir Bro.
2. Pasukan Asia tak kurang hebat bro..cuma pemain Asia belum banyak pendedahan dalam liga besar di Eropah. Memang pasukan Asia menghadapi laluan sukar..lebih-lebih lagi kedua-dua Korea bersaudara...ha ha ha..maut bro..kumpulan maut..
3. Bolasepak Malaysia..sediahlah bro nak cerita.. yg ampunya jawatan tu paham-pahamlah bro..kalau dah stim teruk..kasilah tongkat kat orang lain.. barangkali ada sikit sinar.. pemain Malaysia bukan tak bagus tapi.. halangan macam2 bro..mental dan fizikal.
Torres dan Spain tuan nak humban ke mana? Takkan dah tersangkut di 2nd round?
saya hanya follow holland dan spain.
Tuan Shamsudin,
Saya mula minat ikuti bola sepak sejak darjah 4 (tahun 1982) seterusnya membawa ke usia kini. Foto itu dirakam sendiri ketika di K. Terengganu minggu lepas, banyak kiasan melalui foto itu boleh dibuat atau ditafsir secara kreatif.
Pak Cu,
Yang pastinya ketika Itali menjuarai Piala Dunia 1982 di Sepanyol baru darjah 4 tika itu), Itali hampir tersingkir dalam pusingan pertama pabila hanya seri tiga perlawanan, lalu seterusnya dalam pusingan kedua bertemu Argentina dan Brazil lalu bertemu Poland seterusnya juara menewaskan Jerman Barat. Bermula dari itu maka minat kepada Itali berterusan hingga kini... hehehe...
Sdra. Tanpa Nama,
1. Terima kasih berkunjung ke blog kerdil ini. Yang pastinya teraju FAM harus berubah 10 tahun yang lalu lagi tapi tetap menyimpan orang itu juga untuk 'kemajuan bola sepak negara'?
2. Sebuah pasukan benua Afrika (tapi bukannya Afrika Selatan) bakal ke separuh akhir dalam edisi kali ini seperti Korea Selatan pada tahun 2002.
Cikgu Zaid,
Jelas dalam ramalan itu bahawa Sepanyol bakal bertemu Brazil atau Portugal pada pusingan kedua nanti, jika Sepanyol berjaya pasti rasanya akan muncil mood tinggi untuk ke perlawanan akhir...!
Catat Ulasan