Isnin, Disember 21, 2009

SANTAI: SEPI MALAM DI KUALA LUMPUR

Foto KLCC dirakam dari bilik penginapan menggunakan kamera digital berkuasa rendah dan murah milik sendiri, pastinya jarak agak jauh maka fotonya bergoyang...

SEPI MALAM DI KUALA LUMPUR

Bukannya menyendiri
merenung detik pemula
di sini merangkak lalu berjalan
meninggalkan semalam
meraih hari mendatang
kadang kala terlupa
mencari harga utuh muhasabah
memanggil diri
kembali.

Jalan TAR - 22/12/2009 - 12.10 tengah malam.


(Catatan: Puisi segera tanpa makna khusus sekadar suka-suka dicipta tanpa diperam dan disunting... tiba-tiba rasa ingin menulis sebuah puisi segera dari dalam bilik penginapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur setelah asyik melihat cahaya KLCC dan Menara KL.)

5 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Bro, lu ke KL ke? Baca puisi ni macam ada sesuatu! Memanggil diri kembali! Bro, jangan la camni. Jgn kembali lagi! Kat KL dah banyak staf DBP. Lu masih perlu berbakti di DBPWS.

sahrunizam abdul talib berkata...

Salam. Cantik sekali kombinasi foto dan puisi.Yang murah hanyalah nilai benda, tapi yang lebih mahal harganya hasil seni dari hati yang ikhlas.

Unknown berkata...

Salam Rusdi. Saya rasa tinggal di sebuah hotel di Kampung Baru, KL. Betul tak tekaan saya? Jika tuan masih di KL, hubungilah saya di 013-3510250. Saya belanja minum (dan makan).

al-Misri berkata...

Salam tuan & apa khabar? Saya setuju dgn C. Azhar namun puisinya tetap puitis. Tahniah...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Tiada apa-apa serta kena mengena puisi segera biasa itu tentang hal DBPKL mahupun DBPWS, sekadar menulis untuk mengembalikan semangat diri setelah menyedari diri ini sudah amat jauh ketinggalan... maka itulah perlu 'kembali' (agaknya lah kot...)

Cikgu Sahrunizam,
Rakaman foto sendiri itu sekadar minat maka sesuailah dengan dengan diri yang hanya mampu miliki kamera berkuasa murah dan mutunya rendah. Ya... hasil seni dari hati yang ikhlas itulah yang 'mahal'.
Terima kasih cikgu atas kata-kata perangsang.

Tuan Samsudin,
Terima kasih atas pelawaan. Berbanyak maaf tidak berkesempatan kali ini untuk menerima pelawaan tuan, saya banyak urusan rasmi di DBP dan urusan peribadi @ keluarga dalam kunjungan ke KL pada kali ini. Insya-Allah lain kesempatan sudilah kita bertemu ya...

Cikgu Jafny,
Baik adanya. Terima kasih atas kunjungan dan titipan kata itu, hakikatnya tiada apa-apa makna puisi segera itu tentang tugas hakiki diri ini.