Jumaat, Disember 11, 2009

PERIHAL SEORANG SAHABAT DAN MPR

Seorang sahabat baik telah saya hubungi kerana mahu mengkhabarkan tentang namanya yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera Disember 2009 (foto), beliau bertanya tentang apa? Lantas saya beritahu namanya termuat dalam senarai graduan Minggu Penulis Remaja (MPR). Nama para graduan MPR yang terpapar dalam majalah ini melibatkan peserta bermula pertengahan tahun 1980-an sehingga kini.
Sahabat saya ini merupakan graduan MPR tahun 1988, menurutnya ketika itu beliau tingkatan 5. Beliau dominan dalam menulis genre puisi serta ada juga menulis cerpen. Ketika sekolah menengah karya beliau banyak tersiar dalam majalah Dewan Siswa maka itulah beliau dipanggil untuk menjadi peserta pada tahun itu. Beliau menulis dan menghantar karya ketika zaman gemilangnya iaitu zaman mudanya tetapi berhenti berkarya (katanya) sekitar tahun 1997-1998. Beliau juga ada beritahu bahawa pada tahun lepas beliau ada hantar karya puisi melalui pos kepada pihak akhbar arus perdana, lalu dalam tempoh sebulan karyanya tersiar dalam Mingguan Malaysia; lalu saya beritahu bahawa maknanya karyanya masih diterima dan prolifik! Ya... selepas 10 tahun tidak menghantar karya lalu karya sahabat saya ini tersiar.
Sahabat saya kini berkhidmat di UPM merupakan rakan yang akrab khasnya ketika sama-sama belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur, sama-sama mengambil Pengajian Media serta sama-sama menyimpan satu kenangan yang sukar dilupakan ketika mengadakan lawatan ke Padang, Indonesia pada sesi pengajian 1994-95.
Saya memberitahu beliau bahawa ada Perhimpunan Alumni MPR pada 19 Disember 2009 di DBP Kuala Lumpur. Saya bersungguh-sungguh menyeru beliau hadirlah ke perhimpunan itu, beliau nyatakan bahawa tiada undangan diterima - lantas saya nyatakan kepadanya bahawa saya akan berusaha agar beliau dapat hadir ke perhimpunan itu yang akan berlangsung seminggu lagi.
Beliau juga memberitahu bahawa ketika Hizairi Othman menerajui Alumni MPR beliau ada juga terlibat menyertai program yang dikelolakan oleh pengurusan Alumni MPR ini tetapi selepas 'kehilangan' Hizairi bermula tahun 2000 maka beliau terputus hubungan rasmi dengan Alumni MPR. Saya menggesa beliau agar terlibatlah kembali dalam penulisan dan Alumni MPR, saya akan berusaha sedaya upaya yang dalam diri untuk menggalakkan beliau kembali terlibat dalam dunia penulisan kreatif dan kegiatan sastera (walaupun usianya satu tahap berbeza dengan saya).
Hasil perbualan saya dengan beliau itu juga, suatu perkara yang mengejutkan saya - beliau mendedahkan suatu hal yang disaksikan sendiri oleh beliau di satu tempat kerana hal ini melibatkan diri saya, apatah lagi hal ini melibatkan karya penulisan kreatif serta sedikit ada libatkan Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang! Apakah hal itu...? Hal ini membuatkan saya 'naik semangat dan bermotivasi' kembali...?

7 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Sekadar bertanya kembali; apakah hal itu?

Unknown berkata...

Salam RAR. Saya juga berminat untuk mengetahui hal yang berkenaan. Saspens pula..

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Wah, nampak ada unsur kejutan dalam entri kali ini. Apakah ini suatu lagi misteri? Jika melibatkan Allahyarham SN Dato' Usman Awang, tentu sesuatu yang hebat. Bukahkah begitu, RAR?

Citra Wangsa berkata...

Alamakk...cerita tergantung. Suspen je...(entri ini perlukan sambungan).

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi. wah, dah macam penutup novel ni. ada bab seterusnya.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Salam Cikgu Azhar - Tuan Samsudin - Cikgu Nizar - Pn. Azura - Sdra. Wahyu,
Terima kasih kerana prihatin @ cakna tentang entri ini. Bukanlah suatu 'kejutan atau gimik' yang perlukan perhatian serius dan mendalam sifatnya tetapi cuma ingin berkongsi cerita yang diperoleh melalui sahabat baik saya itu.
Saya telah tuliskan entri tentang hal itu - tiada makna apa-apapun sekadar berkongsi cerita untuk menaikkan kembali 'motivasi dan semangat diri' dalam berkarya yang seadanya mampu.
Terima kasih semua.

ainunl.muaiyanah berkata...

En Rusdi, sekiranya en Rusdi boleh mengundang beliau, saya sangat berbesar hati. Kami di pihak AJK pelaksana, sangat kekurangan maklumat mantan-mantan MPR. Jikalau tidak keberatan, bolehlah mengirimkan maklumat beliau kepada saya untuk dihubungi

ainunl.muaiyanah@gmail.com