Khamis, Disember 03, 2009

NADA KEANGKUHAN MULA TERSEBAR...

Pemain kanak-kanak 'Kelab Padi Malinja BBU' gembira menyumbat gol...


Pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Timor Leste 11 - 0! Dengar dalam berita televisyen dan dan radio sejak semalam dan hari ini ungkapan 'belasah', 'menang penuh bergaya', 'rekod baharu jaringan' dan pelbagai ungkapan bernada angkuh...! Bunyinya macam hebat sungguh semacam sudah berjaya menjuarai Piala Asia atau Piala Asia Tenggara. Secara peribadi diri ini tidak hairan serta tiada rasa bangga langsung Malaysia menang besar (kononnya) ke atas Timor Leste. Pasukan Timor Leste ini sebuah pasukan baharu yang tampil dalam Sukan SEA yang berkemungkinan akan menewaskan @ memalukan Malaysia dalam 2-3 tahun lagi.
Baca pula akhbar hari ini menambahkan lagi rasa 'geram' dengan laporan yang mula bernada 'angkuh dan sombong' seperti tajuk akhbar di bawah:
i. Timor Leste jadi santapan 'Raja' - Berita Harian
ii. Permulaan garang - Harian Metro
iii. Langkah kanan - Harian Metro
iv. Timor Leste kena belasah - Utusan Malaysia
v. Skuad B-23 sumbat 11 gol - KOSMO
Ingat... Malaysia akan menentang Vietnam hari Ahad ini, jika Malaysia menang pastinya laporan bernada 'angkuh besar' menghiasi berita televisyen, radio dan akhbar... makanya harapan agar Malaysia kalah menentang Vietnam dan Thailand nanti agar Malaysia 'sedar diri' tentang keupayaan sebenar dalam bola sepak berbanding negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Vietnam, Singapura, Myanmar dan Indonesia.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,
Pasukan "lauk kicap" bolehlah bro..nantilah dua tiga tahun lagi. Macam takraw gak...Myanmar pun kalahkan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Malangnya apabila pasukan bola sepak pompuan kena belasah 14-0, senyap je bro sok khabor kit.. menghabihkan "karan" je antar ke sana..