Maskot Sukan SEA ke-25 Laos.
Pasukan bola sepak Malaysia untuk Sukan SEA ke-25 Laos mula 'mencipta alasan' pabila alasan penangguhan pesawat ke Laos yang sepatutnya berlepas pada petang semalam terpaksa ditunda pada sebelah pagi tadi. Terdengar dan terbaca berita tentang kelewatan melalui berita televisyen dan akhbar - juga tercetus 'alasan awal' kemungkinan pemain 'hebat' Malaysia akan keletihan kerana terpaksa bertemu pasukan Timor Leste pada hari esok (Rabu). Terdengar melalui berita malam ini 'ciptaan alasan' diterbitkan melalui mulut 1-2 orang kuat FAM tentang 'masalah besar' yang melanda pasukan bola sepak Malaysia ini...!
Secara sinis ini mungkin 'ciptaan alasan awal' jika Timor Leste berjaya mengejutkan Malaysia - maka alasan kerana kelewatan ini boleh dijadikan sumber utama jika Malaysia tewas nanti... Malaysia diletakkan dalam kumpulan bersama pasukan Thailand, Vietnam dan Timor Leste.
______________________________________________________
Kutipan Akhbar Utusan Malaysia - 1 Disember 2009
Penerbangan skuad bola sepak ke Vientiane ditangguh
KUALA LUMPUR - Penerbangan yang membawa pasukan bawah 23 negara ke Sukan SEA Laos, semalam terpaksa ditunda ekoran berlakunya masalah teknikal. Penangguhan itu dibuat ekoran kegagalan mendapat kebenaran mendarat lebih awal daripada pihak berkuasa Laos. Kebenaran hanya diperoleh pada pukul 4.30 petang dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk berlepas pagi ini. Pasukan negara dijadualkan berlepas pagi semalam menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Penerbangan tersebut merupakan kerjasama antara TUDM dengan FAM bagi membawa pasukan bola sepak negara ke Laos. Mengulas lanjut perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana waktu sudah lewat dan pemain sudah penat menanti di Pangkalan TUDM Subang. Katanya, penerbangan menggunakan kapal terbang TUDM mengambil masa sehingga tiga jam lebih untuk tiba di Laos. Sehubungan itu katanya, pemain ditempatkan di sebuah hotel bagi menanti penerbangan hari ini.
"Pasukan negara akan berlepas ke Laos pada pukul 8 pagi esok (hari ini) di Pangkalan TUDM Subang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, semalam.
2 ulasan:
Salam tuan Rusdi. Bulan lepas saya menghadiri kursus bersama tiga pegawai PBB daripada Timur Leste (Barat Leste adalah jajahan Indonesia). Tahu tak tuan berapa jumlah penduduk Timur Leste. Hanya sejuta lebih sahaja. Ramai lagi penduduk KL. Kalau Malaysia kalah bermain bola dengan mereka, wajar kita suruh depa balik jalan kaki sambil gantung but di batang leher. Duit rakyat sudah banyak habis untuk melatih mereka.....
Salam RAR,
FAM dan buat R&D dalam bab-bab mencipta alasan ni. Kalau menang, pujian melangit. Kalau kalah, macam biasa la. Semua salah termasuk penjual kacang kuda di tepi padang sebab memekik kuat sangat. "Kacang kuda! Kacang kuda!" Hehehe...
Catat Ulasan