Sabtu, November 14, 2009

PENILAIAN KARYA PELAJAR UNTUK ANTOLOGI

Cikgu Azhar Salleh tekun berfikir sambil 'diperhatikan' mantan dan Ketua Pengarah DBP terkini yang kesemuanya memakai kaca mata!


Karya-karya puisi dan cerpen pilihan pelajar perkampungan tahun 2008-2009 bersama Cikgu Amiruddin Ali dan Cikgu A. Rani Embi.

Cikgu Amiruddin Ali serius dalam penilaian karya-karya puisi pelajar.

Perbincangan 3 orang penilai tentang pemilihan karya pelajar diselit juga dengan perbualan 'hangat' tentang pemilihan karya dalam KOMSAS!!!?

Buku antologi karya puisi 'Jaring Harapan' pelajar Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor-Melaka tahun 2006-2007.

Buku antologi karya cerpen 'Pengorbanan' pelajar Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor-Melaka 2006-2007.

1. Usaha untuk menerbitkan karya cerpen dan puisi pelajar hasil Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka 2008-2009 diteruskan dalam kekangan peruntukan kewangan yang semakin mengecil. Karya pelajar harus diterbitkan setidak-tidaknya ada hasil karya terbaik yang terpilih melalui program perkampungan sebegini walaupun penerbitan ini hanya bersifat 'khidmat sosial' iaitu diberikan percuma.
2. Sebelum ini telah terhasil 5 buah antologi karya cerpen dan puisi pelajar sejak tahun 2003 sehingga 2007 yang mengikuti program perkampungan ini seperti maklumat di bawah:
i. Antologi Cerpen 'Pengorbanan' - pelajar perkampungan tahun 2006-2007.
ii. Antologi Puisi 'Jaring Harapan' - pelajar perkampungan 2006-2007.
iii. Antolgi Cerpen 'Misteri Otak Szalinsky' - pelajar perkampungan 2003-2005.
iv. Antoogi Cerpen 'Risik' - pelajar perkampungan 2003-2005.
v. Antologi Puisi 'Putik Hijau' - pelajar perkampungan 2003-2005.
3. Semalam (Jumaat - 13 November 2009 - 8.30 malam hingga 11.30 malam) di Bilik Mesyuarat DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru diadakan perbincangan dan penilaian karya pelajar tersebut oleh tiga orang guru dan penulis prolifik karya sastera merangkap tenaga pengajar/pembimbing utama program perkampungan iaitu Cikgu Azhar Salleh, Cikgu A. Rani Embi dan Cikgu Amiruddin Md. Ali Hanafiah.
4. Berdasarkan perbincangan dan penilaian tersebut beberapa ketetapan dihasilkan:
i. Sebanyak 20 karya cerpen akan diterbitkan - cerpen pelajar yang diperoleh sepanjang perkampungan 2008-2009 sebanyak 80 cerpen.
ii. Sebanyak 80 karya puisi akan ditebitkan - puisi pelajar yang diperoleh sepanjang perkampungan 2008-2009 sebanyak 250 puisi.
iii. Penerbitan 2 buah antologi iaitu karya cerpen dan karya puisi.
iv. Walaupun penerbitan ini berskala 'khidmat sosial' sahaja, namun prosesnya tetap seperti penerbitan buku lain yang bertujuan untuk pasaran umum - ada ISBN, mengikut Gaya Dewan, saiz yang bertepatan dan sebagainya.
v. Sebanyak 1,000 - 1,500 naskhah akan dicetak untuk setiap antologi yang bakal terbit menjelang akhir Disember 2009 ini.
5. Secara peribadi diri ini akan tetap mengusahakan penerbitan sebegini khasnya karya pelajar sekolah yang mengikuti program perkampungan peringkat negeri walaupun mungkin mutu kertas dan kulit bukunya pada tahap biasa sahaja (kerana peruntukan kecil serta terhad dan bernilai 'khidmat sosial') tetapi karya yang dipilih dan terpilih oleh tenaga pengajar/pembimbing seperti Cikgu Azhar Salleh - Cikgu A. Rani Embi - Cikgu Amiruddin Ali seboleh mungkin merupakan karya terbaik pelajar yang memperoleh ilmu dan bimbingan dalam bidang penulisan kreatif. Karya cerpen dan pelajar perkampungan tahun 2007 negeri Johor melalui dua buah antologi 'Pengorbanan' dan 'Jaring Harapan' meraih kesemua 6 hadiah dalam kategori karya remaja bawah 19 tahun dalam Hadiah Sastera Darul Takzim VII 2009 pada bulan Julai yang lalu.
6. Buat Cikgu Azhar Salleh - Cikgu A. Rani Embi - Cikgu Amiruddin Ali diucapkan berbanyak terima kasih serta sekalung penghargaan atas usaha penuh gigih serta komited dalam menilai dan memilih karya yang bakal diterbitkan ini. Cikgu Azhar Salleh dan Cikgu A. Rani Embi juga merupakan tonggak utama serta pembimbing utama dalam program perkampungan tahun 2008 - 2009 bagi negeri Johor dan Melaka.
7. Buat guru-guru pembimbing dan pengiring lain yang terlibat dalam program perkampungan tahun 2008 -2009 bagi peringkat negeri Johor dan Melaka juga diucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan tenaga fikiran dan fizikal atas berlangsungnya program tersebut selama ini. Tanpa guru pembimbing dan pengiring lain maka usaha ini juga akan terbantut dalam menjayakan perkampungan dan menerbitkan karya pelajar. Buat pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Melaka juga penuh komited bersama DBPWS dalam menjayakan program perkampungan sebegini buat anak pelajar di negeri Johor dan Melaka, terima kasih.

4 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Semoga usaha untuk mengantologikan karya pelajar-pelajar Perkampungan Penulis Muda Johor-Melaka ini akan menyemarakkan perkembangan karya sastera penulis remaja terutama di wilayah selatan ini.

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

Assalamualaikum.
1. Tekun Cikgu Amir dan Cikgu Azhar. Tentu tuan lebih2 lagi. Tahniah atas segala daya usaha.

2. Rasanya, lebih baik menyepikan diri buat sementara. Tapi bukan selamanya.

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Cikgu Azhar tu..kenapa merenung jauh begitu...?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Harapan dan gerak kerja yang dilakukan demi kesinambungan pengkaryaan para pelajar yang menyertai program DBPWS kendalian saya sebaik dan semampu yang baik seadanya. Ada program ada hasil yang seboleh mungkin untuk disiarkan semampunya.

Tuan Azam,
Lama tuan menyepi termasuk menyepi melalui penulisan blog tuan... Sesekali perlu keluar dari zon penyepian itu... Hehehe...

Tn. Hj.,
Cikgu Azhar bukan merenung jauh tetapi sedang berbicara soal karya yang dinilai termasuk karya yang sewajarnya untuk KOMSAS...?