Jumaat, November 13, 2009

PERTANDINGAN FORUM PELAJAR SEKOLAH CINA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Foto kenangan para peserta bersama urus setia guru pengiring, hakim dan tetamu jemputan.


Pada 11 November 2009 (Rabu) diri ini dilantik selaku hakim Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2009 di SM Foon Yew, Johor Bahru, Johor. Hakim lain yang terlibat termasuklah Cikgu Azhar Salleh (Munsyi Dewan DBP), En. Abd. Karim A. Bakar (DBP Kuala Lumpur), Pn. Siti Khadijah Mion (Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia), dan Pn. Hjh. Nor Hashimah Ali, Pengarah DBPWS (selaku Ketua Hakim).
Sebanyak 6 pasukan yang terdiri daripada sekolah menengah persendirian Cina seluruh negara bertanding mewakili 6 zon. Sekolah tersebut merupakan SM Jit Sin, Bukit Mertajam, P. Pinang (Zon A), SM Poi Lam, Lahat, Perak (Zon B), SM Chong Hwa, Kuala Lumpur (Zon C), SM Foon Yew, Johor Bahru, Johor (Zon D), SM Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah (Zon E), dan SM Katholik Sibu, Sarawak (Zon F). SM Chong Hwa, Kuala Lumpur dinobatkan selaku johan.
Sejak tahun 2002 hingga kini diri ini sering menjadi hakim untuk Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Johor dan Melaka (khas untuk sekolah menengah bantuan penuh kerajaan) serta menjadi pernah sekali menjadi hakim pertandingan ini bagi peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Untuk Pertandingan Forum Pelajar (khas untuk sekolah menengah persendirian Cina) juga sering menjadi hakim khasnya bagi pertandingan peringkat Zon D untuk negeri Johor dan Melaka.
Jika dipertandingkan forum secara terbuka ini tanpa ada pembahagian sekolah menengah bantuan penuh kerajaan dan sekolah persendirian Cina ini, diri ini dapat rasakan bahawa kemungkinan sekolah persendirian Cina akan meraih johan... kenapa? Ya... kerana mutu persembahan ahli forum serta penggunaan bahasa Melayu yang baik dan teratur diselitkan dengan penghujahan isi atau idea yang baik lagi meyakinkan bagi peserta dalam kalangan pelajar sekolah persendirian Cina ini.. kenapa? Ya... kerana mereka bersungguh-sungguh dalam pertandingan sebegini walaupun diketahui bahawa mereka (peserta kategori sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah persendirian) ini telah menghafal dan menyusun topik serta isi yang dibincangkan ketika berforum.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam saudara. Dijemput hadir ke blog saya http:\\www.mybabah.blogspot.com. Berbesar hati jika dapat berikan sedikit komen.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Jawaban saya tentang soalan yang RAR lontarkan ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang WAJIB dipelajari dan tidak harus dipandang enteng oleh pelajar-pelajar, terutama pelajar Melayu. Malah, ada juga mulut celopar yang berkata, "Buat apa belajar Bahasa Melayu, bukankah sudah setiap hari kita bercakap dalam bahasa ini." Tahniah juga kerana dilantik sebagai hakim pertandingan ini. Teruskan.